*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BARISAN BERTINDAK MELAYU (BBM) DISEBALIK PARTI
MELAYU SEMANGAT S 46-MAHATHIR MAKIN DITEKAN PAK LAH
Oleh : WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI(WRLR)
Kuala Lumpur 30 Januari 2001- Laporan saya dua hari lepas melalui sumber-sumber
dalaman mendapati bahawa wujudnya perjumpaan sulit dimana ianya di dalangi Pak Lah
untuk menjatuhkan Mahathir. Perjumpaan yang diadakan disebuah rumah persendirian kini
diadakan di Kuala Lumpur. Ianya turut dihadiri Oleh Ibrahim Ali, Rahim Thambi Chik,
Mazlan Harun, dan beberapa lagi teman-teman rapat Semangat 46,walaubagaimana pun bekas
Presiden Tengku Razaligh tidak terut serta. Ianya mungkin menyediakan sumber kewangan
dan berperanan dari jauh sebagai �mastermaind�. Sebagaimana yang diketahui , selain
beberapa jutawan dan Tengku Razaligh serta Daim sendiri yang menyediakan sumber
kewangan dalam usaha menjatuhkan Sdr Anwar, kini ia mungkin akan terjadi kepada
Mahathir.
Perhimpunan pada 4 Feb 2001 anjuran Ibrahim Ali dengan penubuhan BBM telah
dicanangkan sejak isu Suqui bermula, kini ianya didalangi oleh kebanyakkan ahli S
46.Ibrahim Ali yang merupakan gurkha semasa kempen menjatuhkan Anwar kini telah
diketepikan dari arena politik tempatan. Ibrahim Ali dengan panggilan yang menjadi
terkenal
dengan panggilan �Ibrahim Katak� �Al �Kataki� merupakan seorang ahli politik yang
sering berubah pendiriannya kepada pihak yang dianggap menguntungkan diri sendiri.Ia
kini
telah diketepikan oleh kebinet Mahathir Mohammad.
Bagi Mahathir sendiri sejak menyingkirkan 3 timbalannya, sering mengeluarkan dan
melantik
menteri-menteri secara lantikan tidak normal. Beliau melantik menteri-menterinya
melalui
lantikan sebagai Senator. Dengan cara yang demikian., menteri-menteri yang
dilantiknya
akan mengikut telunjuknya.
Selain itu dipercayai juga isu Penyatuan Melayu dimainkan bagi mendesak Mahathir
meletakkan jawatannya.Ini adalah kerana isu Melayu walaupun tidak menjadi sebarang
masalah serius yang perlu dibincangkan melainkan ianya berkaitan dengan agama,
politik,
ekonomi dan sosio budaya, ianya sebenarnya mendesak Mahathir supaya mengundurkan
diri.Bagi Barisan alternatif yang cepat menerangkan kepada penyokongnya dianggap
tepat
dan difahami, usaha UMNO sebenarnya dilihat sebagai bagi mendesak Mahathir meletakkan
jawatannya.
Pak Lah menyedari bahawa jika beliau terlalu optimis akan dilantik menjadi Perdana
Menteri, telah mengambil langkah-langkah yang lebih kehadapan bagi menjatuhkan
Mahathir. Ini adalah kerana kebimbangan beliau bahawa jika ianya akan menerima nasib
seperti 3 timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Masalah yang lebih besar ialah
terpaksa
mengendalikan kes Sdr Anwar Ibrahim. Menyedari bahawa isu Anwar adalah isu utama,
maka kini Pak Lah dijangka akan menggerakkan ahli-ahli bekas Semangat 46 bagi
menjatuhkan Mahathir dalam kempen peringkat bahagian pada bulan Mac nanti. Usaha ini
sebenarnya adalah mesej jelas kepada Mahathir bahawa beliau sedang menggerakkan
jentera dan pengaruhnya. Mahathir makin tertekan.
_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>