*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mursyidul Am jamin PAS tidak sertai BN

KOTA BHARU, 29 Jan (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
tidak akan merelai PAS menyertai semula Barisan Nasional (BN), sebagaimana dihasrat 
oleh Umno.

Bahkan, tambahnya beliau sendiri akan melarang mana-mana ahli PAS daripada menyertai 
BN atau cuba membawa masuk parti ini bersama-sama mereka. 

"Saya akan larang orang PAS masuk semula BN dan kami tidak akan masuk semula pakatan 
dalam BN, cukuplah dengan pengalaman perit yang telah kami alami sebelum ini," 
ujarnya. 

Menurutnya, pengalaman pahit sewaktu PAS bekerjasama dengan Umno hendaklah dijadikan 
iktibar, kerana ada ahli parti yang merajuk sehingga menubuhkan parti lain ekoran 
menentang pakatan tersebut. 

"Untuk itu, pakatan lalu hendaklah dijadikan iktibar dan kami tidak akan menyertai BN 
lagi," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pecah tanah bagi 
pembinaan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) yang menelan belanja kira-kira RM5 
juta, di sini, baru-baru ini. 

Sehubungan itu, beliau menjelaskan PAS sedia menerima jemputan Umno untuk duduk semeja 
dalam membincangkan soal perpaduan nasional. Ini tidak semestinya PAS turut bersetuju 
untuk menyertai parti BN.

Lagipun, tambahnya persoalan yang akan dibincangkan nanti bukan sekadar perpaduan 
Melayu saja, sebaliknya isu berkaitan Islam lebih diutamakan. 

Katanya, apabila Islam dilaksanakan dengan sempurna, maka masalah lain dapat 
diselesaikan dengan mudah. 

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kedua-dua parti ini boleh bersatu, 
apabila Umno boleh menerima dasar Islam yang berlandaskan al-Quran  dan hadis. 

Jelasnya, ketika itu tiada lagi PAS dan Umno kerana ia telah menjadi satu perjuangan 
yang  berlandaskan Islam. Turut hadir dalam majlis itu ialah, Timbalan Menteri Besar 
Kelantan,  Ustaz Abdul Halim Abdyul Rahman, anggota exco, wakil-wakil rakyat, Ketua 
Dewan Muslimat
PAS Pusat, Senator Jamilah Ibrahim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajjah Kalthom 
Othman. 

   

_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke