*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelik dan memualkan bila membaca polemik yang sedang berlaku di Kelantan
ekoran dari dua orang ADUN Pas kena tarik balik Pingat Kebesaran oleh
Sultan Kelantan. Pelik kerana ada pihak begitu beriya-iya nak pertahankan
pingat-pingat tu supaya tidak diambil balik oleh si pemberi.Dalam
mempertahankan pendapat mereka, ada yang sampai ke peringkat mengeluarkan
kata dua kepada pihak Sultan dan mengugut akan mengadakan roadshow untuk
menjelaskan (mendapatkan sokongan!)rakyat mengenai isu ini. Apa sangat ler
pentingnya pingat dua butir yang langsung tak membawa apa-apa gelaran itu.
Kalau yang nak ditarik balik itu darjah yang membawa gelaran Datuk, Nenek
dan sebagainya...mungkin adalah logik nya sikit nak bising-bising sebab
sipolan yang selama ini orang panggil Datuk Polan atau Nenek Polan tiba-tiba
sahaja kena panggil Encik Polan, tentulah janggal. Aku rasa meluat dan mual
bila membaca kenyataan-kenyataan "budak-budak" di Kelantan yang kata nak
buat roadshow, nak desak adakan pindaan perlembagaan dan macam-macam shit
lagi, hanya kerana dua butir pingat chiput tu. Besar benar ker nilai pingat
tersebut kepada hangpa sehingga sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan
(?) dan mempertahankannya?
Selama ini bukan main lagi kutuk kepada "daki dunia" seperti darjah
kebesaran, pangkat dan kedudukan, tapi bila golongan sendiri sudah mula
dapat merasa benda-benda itu, nampaknya sekarang makin ramai yang
berlumba-lumba nak dapatkan pingat, darjah dan gelaran. Mana-mana yang belum
dapat menggunakan berbagai cara untuk mendapatkannya dan tak hairan ler
kalau yang dah dapat sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya
sehingga ketahap lupa diri...sanggup memaki hamun dan marah-marah kepada
orang yang memberi bilamana benda tu nak ditarik balik!! BEDEBAH betul.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>