*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian kepada Allah; tuhan yang memilik dan menguasai segala yang ada di
langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw;
insan yang menjadi teladan di sepanjang zaman.
Apa yang saya faham, PokeMon bermaksud Pocket Monster dan kartun ini datang dari
Jepun. Saya fikir ianya tiada kaitan dengan Pork. Namun ianya bukanlah watak yang
wajar digemari oleh anak-anak Islam. Kerana Pocket Monster sebenarnya adalah hantu.
Maka ianya tergolong dalam perkara tahyul yang tidak sepatutnya ditayangkan atau
dipasarkan dal bentuk barangan yang lain.
Mungkin kita akan berkata, "Alahh, kartun saje..." Tapi itulah cara orang Yahudi
hendak melalaikan kita; melalui kartun, muzik, filem dsb. Secara tidak sedar, apa
yang anak-anak kita tontoni, itulah yang meresap masuk ke fikiran mereka.
Sebenarnya siri kartun banyak mengandungi unsur-unsur keganasan. Tidak
ketinggalan siri-siri bercorak mutant yang menonjolkan masyarakat yang telah porak
peranda. Lebih membimbangkan apabila keganasan ditonjolkan sebagai lawak janaka.
Anak-anak kita seronok apabila melihat watak kartun dipukul, ditembak, meletup, jatuh
dsb. Kita tidak sedar dan biarkan anak-anak kita menontonnya dengan alasan ianya
hanyalah kartun. Kita biarkan semua itu meresap ke jiwa dan fikiran anak-anak kita.
Itu sebabnya kita perhatikan hari ini, ramai kanak-kanak mudah tertawa apabila melihat
kawan terjatuh dsb.
Menurut kajian, unsur ganas yang dipaparkan di dalam filem adalah jauh lebih
kerap daripada yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Kekerapan ini lebih tinggi lagi
di dalam siri kartun.
Marilah kita renungkan bersama. Saya fikir, tindakan besar yang perlu dilakukan
ialah keluarkan tv daripada rumah kita. Itulah yang saya lakukan untuk anak-anak
saya. Walaupun mereka masih memperolehinya dari persekitaran di luar, tetapi saya
sudah hindarkan mereka daripada menatapinya setiap hari. Bukan fanatik. Tetapi
siaran tv banyak yang buruk daripada baik. Kalau ada yang baik pun tidak ramai yang
mahu menontonnya. Lebih baik kita ceritakan kisah nabi, sahabat dan binatang yang ada
diceritakan di dalam al Quran. Hiasilah rumah kita dengan bacaan al Quran dan al
Hadith. Saya mengajak diri saya dan netters semua untuk membentuk suasana agama di
rumah kita semua.
Wallahu `alam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>