^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ < Sila hantarkan mel anda ke [EMAIL PROTECTED] > < Hizbi-Muslimat-Net : Membina Muslimat Pembangun Ummah > ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^Assalamualaikum;
Terima kasih kepada sdri Munirah Hayati di atas posting ini. Terasa nak komen sedikit.
Apabila membaca tulisan ini terus terlintas di hati saya; persis tulisan Sisters In Islam. logika akal dan mementingkan kepentingan dunia dari syarak. Pendapat saya ini dikuatkan lagi dengan kenyataan penulis:
1. Is it really worth sacrificing your dream because of the head scarf?
2. Would you be less of a Muslim for not wearing it? If you want to be a doctor and have your education paid as well, stay in Turkey and accept the price. It is not a heavy one.
dan yang paling kuat:
3. Being a good Muslim is in your heart.
4. It is not as if the Turks are forcing you to eat pork or preventing you from praying.
Apabila membaca tulisan saudara yang menyatakan memberi 'nasihat' ini kepada seorang Muslimah yang di dalam 'dilema' terasa akan kelogikannya. Tetapi kita harus sedar, logik aqal tidak semestinya benar. kalau dibaca buku Karls Marx, john Stuart Mill, Adam Smith, Darwin dan pelbagai puak Orientalist yang lain pun, hujah mereka juga amat logik dan tidak mustahil kalau saya katakan pasti ada yang berkata: "betul jugak". Tetapi adakah ia semestinya benar?
Nasihat sebegini sekiranya kita dapati kita seharusnya sandarkan kembali kepada al-quran dan As Sunnah. Adakah ia bercanggah atau adakah ia meraikan dalil-dalil yang mmg hukumnya Qatie dilalah (jelas).
Penulis menyatakan "It is not as if the Turks are forcing you to eat pork or preventing you from praying." Saya menyatakan bahawa ayat yang menyatakan untuk jangan memakan babi ada lebih kurang 5 ayat, untuk sembahyang ada lebih 70 ayat sedangkan untuk bertudung ada hanya satu ayat. tetapi, adakah di atas alasan itu bertudung patut ditinggalkan dan berhujah: "It is not as if the Turks are forcing you to eat pork or preventing you from praying." Siapa yang menentukan hukum, penulis atau Allah? Sedarkah, apa hukumnya menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan? keduanya membawa kepada syirik besar! (ruj Qardawi halal dan haram dalam Islam)
Seterusnya dia berhujah:
"Do our job well and Allah will look kindly upon us. Think of the wonderful deeds you could do after you become a doctor. Do not let your present difficulties come in the way of your dreams."
Semasa Rasullulah ditawarkan 3 perkara; yakni kekayaan, kekuasaan dan wanita-wanita yang cantik dengan tukaran Rasullulah saw berhenti menyampaikan Islam, apa balasan Rasullulah: "Sekiranya matahari di letakkan ditangan kanaku dan bulan diletakkan ditangan kiriku, nescaya tidak aku tinggalkan dakwah ini!" Sama akan halnya di dalam konteks ini. saidina Ali pernah berkata:
�Sesungguhnya dunia ini telah berangkat membelakangi dan sesungguhnya akhirat itu datang mendepani dan bagi tiap2 dari keduanya ada putera2. Maka jadilah kamu putera-putera akhirat dan janganlah kamu jadi putera-putera dunia. Kerana sesungguhnya hari ini hari amalan dan tiada perhitungan, sedang keesokannya hari perhitungan dan tiada amalan�
Sabda Rasullulah:
�dari Umar r.a katanya: rasulullah saw memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang yang berdagang, atau orang yang sedang melalui jalan (pengembara). Dan adalah ibnu Umar berkata: jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau� HR Bukhari
Dan saya berkata: hidup kita sebagai seorang doktor sekiranya berjaya berapa lama? 20 tahun? 50 tahun? 60 tahun? 70 tahun? atau esoknya mungkin akan mati. Atau sekejap lagi, atau beberapa detik lagi. Ditakdirkan diambil nasihat tersebut. kita buang tudung demi mengejar dunia atas alasan We Muslims should be celebrating diversity dan belum habis berlajar, tup tup kematian menjemput; di depan Allah kita nak jawap apa? "We Muslims should be celebrating diversity?" Sejak bila kita boleh Tolerate agama kita dengan jual beli dunia? Sedangkankan Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan AYAT-AYAT Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya oleh itu gugurlah amal-amal mereka maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." Al Kahfi : 103-105
Nasihat saya tidak mengapa kita rugi didunia. Biar merana sekalipun. Kerana kalau dikira kerugian dan kesengsaraan kita lebih sengsara umat-umat zaman dahulu yang digergaji kepalanya sehingga putus dua. Lebih siksa sahabat-sahabat yang dijemur dan disiat kulit mereka. Tetapi mereka tidak pernah berpaling walaupun dijanjikan kemerdekaan dan kekayaan walaupun dihias dengan harta kekayaan dunia dan kesenangan2. Kerana mereka sedar janji Allah:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya" Ali Imran : 14-15
Lstly, Kamal Artatuk adalah musuh Islam. Jijik menyebut namanya jijik juga mendengar orang memujinya. Orientalist apabila menceritakan kejatuhan empayar Uthmaniyah turki dan kebangkitan Kamal saling tak tumpah seperti kata penulis: "Kemal Ataturk struggled very hard to drag Turkey into the MODERN age and out of the clutches of the medieval mullahs. His successors constantly worry that she would slide back."
Modennya apabila tudung ditanggalkan, apabila kain disingkatkan, apabila arak dituang dan diteguk, apabila anak sudah hilang nasab ayah sudah tidak kenal erti iman dan takwa. Masjid hanya untuk orang-orang tua yang sudah tidak larat, atau ada kematian, atau hanya untuk majlis kahwin.. Itulah kemodenan di mata penulis dan juga dimata kaum kamal artatuk ini...
Islam itu sempurna dan wajib diambil secara sempurna dan bukannya separuh-separuh. Ambil sebahagian dan tinggalkan sebagaian yang lain. Itu seperti mengejek Allah sahaja layaknya sedangkan firman Allah:
Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum Syari`atNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum Syari`atNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Maidah : 40
My advice is; tinggalkan kerja sekiranya ia melanggar syarak, hidup merana? tidak mengapa. Kerana mereka yang menjadikan Allah sebagai Auliya' (pembantu) mereka akan mendapat kejayaan dan kemenangan yang nyata dan yang menjadikan taghut sebagai pembantu mereka akan mendapat kesesatan dan penyiksaan yang juga nyata:
"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah Ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." Al baqarah:257
wassalamualaikum;
Awang Semut
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Laman Muslimat Net di http://members.tripod.com/~muslimatnet/ ========================================================================== = Melanggan? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: SUBSCRIBE MUSLIMAT = = Berhenti? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE MUSLIMAT = = Segala pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan = = pandangan rasmi dan bukan tanggungjawab Hizbi-Muslimat-Net = ========================================================================== ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "munirah hayati muhtar" <[EMAIL PROTECTED]>$ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
