*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullah,

Sepanjang tempuh beberapa minggu terakhir ini nampaknya berlaku pertentangan
pendapat di kalangan beberapa netters
berkenaan martabat, kedudukan, pendapat, mazhab (aliran pemikiran) dan
kecenderungan para ulama mutakaddimin. Konflik
ini berterusan hingga melibatkan kedudukan para Sahabat pula

Jika kita rujuk kepada contoh yang dikemukakan oleh sdr. abu basyir berkenaan
cerita Umar r.a. dengan Habith bin Abu Bal'taah, sudah memadai bagi kita untuk
mengambil iktibar. Di kalangan para sahabat sendiri yang pernah menjadi pejuang
perang Uhud pun berlaku konflik. Tetapi bagi mereka sedikit pun tidak
menjejaskan kedudukan mereka di sisi Allah SWT (sila rujuk Hadis Nabi yang
dikemukakan oleh abu basyir).

Dalam zaman Sahabat, konflik turut berlaku hingga terjadi beberapa peperangan,
seperti perang saffin (antara Ali r.a.dan Umaiyyah r.a.. dan perang Jamal antara
Ali r.a. dan Aishah r.a.). Kedudukan mereka juga tidak terjejas di sisi Allah
SWT.

Begitulah seterusnya, konflik intelektual, pendapat, mazhab turut berlaku di
kalangan para ulama. Ekoran daripada itu saya tidak hairan kenapakah boleh
timbul konflik pendapat, ide, aliran pemikiran dan sebagainya dalam dinul Islam.
Para ulama seperti Ibnu Taimiyyah, Imam al Ghazali, Imam Abdul Wahab (Al
Wahabi), Imam mazhab yang empat (setakat beberapa contoh) dan ramai lagi ...

Saya menaruh kepercayaan, kedudukan mereka sebagai Imam yang hafiz Quran dan
banyak memahami Hadis Nabi SAW serta bersungguh dan istiqamah beribadah dan
beramal soleh , kedudukan mereka di sisi Tuhan mereka adalah Hak Taala yang
menentukannya. Nabi SAW pernah berSabda yang maknanya,"Aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara, sekiranya kamu berpandukan kepadanya nescaya kamu tidak sesat
selamanya, iaitu Quran dan Hadis Nabi SAW".

Ketahuilah wahai saudara sekalian, kelompok atau golongan manusia yang cuba
dibahas dan dibicarakan di sini merupakan para Imam yang bertahap mujtahidin.
Mereka adalah manusia yang berkelayakan dan bertaraf mujtahid, Imam dan pakar
rujuk di zaman mereka. Di zaman mereka para ulama lain mengiktiraf mereka
sebagai ulama yang disegani, menjadi ikutan para ulama lain dan merupakan
nukleus ilmu dan sumber rujukan.

Saya percaya ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan terbukti Quran dan Hadis
adalah menjadi pegangan, ikutan dan amalan para Imam mujtahidin ini. Jika
ijtihad mereka benar maka mereka mendapat dua kali ganda kebajikan. Jika ijtihad
mereka tersilap maka mereka mendapat satu kebajikan.

Bagi kita, siapalah kita untuk membicarakan kedudukan mereka. Apakah kita
memiliki sesuatu kelayakan yang melayakkan kita berijtihad dan mengeluarkan satu
ijtihad atau 'fatwa' bahawa Imam ini tidak betul atau Imam itu tidak betul? Bagi
saya nak memetik satu-satu hujah atau bukti atau alasan daripada kitabullah dan
Hadis Nabi SAW pun terpaksa buka dan rujuk kitab atau buku. Ini disebabkan
banyak yang saya tidak tahu dan tidak hafal. Jika tahu dan hafal pun adalah
merupakan terjemahan-terjemahan Quran dan Hadis yang ditelah ditulis dan
terangkan mafhum dan maksudnya oleh para ulama terdahulu. Dan sebahagian para
ulama yang kitabnya menjadi rujukan kita itu mungkin menjadi murid para Imam
tadi. Dan malangnya kedudukan kita pula belum tentu menyamai murid kepada murid
kepada murid para Imam tersebut. Sedangkan para Imam yang cuba dibincangkan
kedudukan mereka itu adalah orang yang berkali-kali telah hafiz dan hafal serta
mengamalkan kitabullah dan Hadis nabi SAW. Ilmu dan kefahaman mereka serta
sumbangan mereka terlalu jauh untuk kita tandingi. Apatah lagi untuk
menyamainya.

Biasanya orang yang berani mengkritik dan memberikan komentar merupakan seorang
yang bijak, pintar dan cerdik. Walau pun tidak melebihi orang yang dikritik,
sekurang-kurangnya setanding dengan mereka. Bagus juga jika begitu.
Sekurang-kurang nya di zaman mutakhir ini masih kedapatan alim ulama yang hebat
yang kedudukannya sebaris dengan ulama yang bertaraf mutjtahid. Yang
kealimanannya menjadi petanda kembalinya sinar syiar Islam yang semakin malap.
Ibadahnya kukuh serta istiqamah dan ucapan perkataannya boleh dijadikan pedoman
dan pegangan lantaran tidak ada yang keluar dari isi hatinya melainkan terbit
daripada nur yang Allah pertaruhkan antara tengah qalbunya. Setiap pendapat dan
ijtihadnya adalah yang terbaik yang terbit dan datang daripada Rabbnya. Orang
yang bertaraf demikian, jika mengajar tidak perlu kepada kitab lantaran dadanya
sendiri adalah kitab sesuai dengan Hadis Nabi SAW ,"Sebenar-benar ilmu itu
adalah di dalam dada". Hasil daripada pengamalan dan penghayatan kehidupan yang
berteraskan kitabullah, Allah SWT mengajari insan apa yang tidak diketahuinya.

"Rasul Allah telah berIman dengan sekalian yang diajari, diasuh dan diturunkan
daripada Rabbnya, demikian juga orang-orang berIman (bahawa mereka telah berIman
dengan sekalian yang diajari, diasuh dan diturunkan daripada Rabbnya". Al
Baqarah : 285

Saya pun suka untuk bertemu dan berguru dengannya. Sila sertakan telefon rumah
dan alamat rumah untuk saya dan rakan-rakan saya hubungi dan datangi ke rumah.

abu basyir wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sesungguhnya taraf dan darjat Ibnu Taimiyah tidaklah sama dengan taraf dan
> darjat Imam Ahmad. Apalagi dengan taraf ahli Uhud. Dan tak juga sama taraf
> sahabat2 yang memeluk Islam dan berjihad selepas Futhul Makkah (th 8 H)
> dengan taraf dan darjat sahabat2 dari golongan Muhajirin dan Ansar yang
> telah berhijrah dan berjihad bersama2 Rasulullah SAW. Dan adalah Umar semasa
> menjadi Khalifah mengutamakan dengan melebihkan golongan Muhajirin dari
> golongan Ansar dalam bab pembagian harta ghanimah. Sebabnya adalah mereka
> mendahului keIslaman dan keimanan, mendahului hijrah dan jihad, berbanding
> dengan generasi selepasnya. Pahala mereka berterusan sampai hari kiamat,
> selagi ada hijrah, ada jihad, ada idad dan ribath.
>
> "Maafkanlah orang2 yang memiliki jasa2 besar dari kesalahan2nya. Demi dzat
> yang nyawaku berada ditanganNYA,sesungguhnya salah seorang dari kalian
> melakukan kesalahan namun tangannya tetap ditangan AR RAHMAN."
> (Syeikh Nasiruddin Albani, dalam Shahih Al-Jami' As-Shaghir)
>
> "Apabila volume air mencapai kadar dua qullah, maka ia tidak mengandung
> najis"
> (Kitab Al-Jami As-Shaghir)
>
> Ketika Umar meminta izin kepada Rasulullah untuk memancung leher Hathib bin
> Abu Bal'taah, yang disangkanya telah nifak kerana mengirim surat kepada
> saudaranya di Mekah sebelum peristiwa Futhul Makkah, RAsulullah bersabda:
>
> "Tidakkah engkau tahu wahai Umar, sesungguhnya dia telah ikut dalam
> peperangan Badar. Boleh jadi Allah telah melihat isi hati para ahli Badar
> lalu Dia berfirman: Berbuatlah sesuka kalian, sesungguhnya Aku telah
> mengampuni kalian"
> (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
>
> ------Original Message------
> From: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "abu basyir" <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
> <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, "hizb_hizbi_net"
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: February 3, 2001 7:52:30 AM GMT
> Subject: Re: Fw: H-Net* Re: Abd. Rahman Al-Salafiah yang Jahil Usuluddin
>
> Saya cuma nak bertanya...adakah Kamu nak mengatakan taraf dan darjat Ibnu
> Taimiyah sama dgn AHLI UHUD?  Sila nyatakan kitab tafsir dan Ulamak mana yg
> mengatakan demikian? Tak kiralah samada Ahli Sunnah atau Wahabi.
>
> ----- Original Message -----
> From: abu basyir
> Sent: Friday, February 02, 2001 7:44 AM
> To: pakar rujuk; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]; hizb_hizbi_net
> Subject: RE: Fw: H-Net* Re: Abd. Rahman Al-Salafiah yang Jahil Usuluddin
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sesungguhnya Allah telah memberi maaf kepada ahli2 Uhud yang melarikan diri
> dari melindungi Nabi semasa bertemunya 2 pasukan.
> (Sila rujuk QS:Ali Imran :153-155) tafsir Ibnu Kathir.
>
> Allah memberi maaf kerana besarnya jasa2 mereka kepada Islam. Mereka telah
> turut sama dengan Rasulullah dalam perang Badar, Uhud, dan perang2 yang
> lain. Tanpa mereka, Islam akan hancur, dan Allah tak lagi disembah lagi
> dibumi ini.
>
> Ibnu TAimiyah adalah sangat besar jasanya kepada Islam berbanding dengan
> Syeikh2 Sufi yang kerjanya cuma beriri hati dan tabiat mereka suka mendekati
> pemerintah.
>
> Ibnu Taimiyah dipenjara kerana dikatakan menyeleweng sebab fatwa2nya banyak
> yang tak dapat disepakati oleh ulama masa dia tapi fatwa2nya dijadikan
> sebagai landasan oleh ulamak2 muktabar kemudian hari.
>
> Ibnu Taimiyah menyeru umat Islam berjihad menentang undang2 Yasa' yang
> dijadikan perlembagaan oleh pemerentah Mongol. Sedangkan ulamak2 Sufi masa
> tu cuma mendiamkan diri.
>
> Sesungguhnya keberanian kamu menuduh dan mengiakan golongan Sufi
> menghentam Ibnu Taimiyah adalah sangat memalukan. Malah ia adalah tabiat
> kebaculan orang2 yang bacul. Mengapa tak berani kamu tawan stesen tv atau
> parlimen, lalu mengistiharkan bahwa Mahathir dan Dolah Babi adalah sesat,
> lagi menyesatkan. Atau sekurang2nya mengkapirkan kekapiran Umno.
> -------------------------------
> APA yg saya katakan berdasarkan pandangan AHLI ILMU yg layak memperkatakan
> hal Ibnu Taimiyah itu sahaja.. KALAU sungguh kamu berImamkan Ibnu Taimiyah
> kenapa tidak kamu saja tawan stesen TV dan lain2 tu yg kamu kata
> tu....seperti orang hilang perancangan dan hilang akal. Itu pun kalau
> perkataan BACUL tu bukan sesuatu yg melekat di batang hidung kamu sendiri.
> Jangan cakap sahaja berdegar2 padahal kebaculan itulah sifat sebenar kamu
> dan yg seumpama kamu.
>
> ------Original Message------
> From: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,
> "hizb_hizbi_net" <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: February 1, 2001 5:06:46 PM GMT
> Subject: Fw: H-Net* Re: Abd. Rahman Al-Salafiah yang Jahil Usuluddin
>
> Akidah ibnu Taimiyah itu tidak dapat diterima (SESAT). Walaupun ada beberapa
> pandangan fiqhnya yg boleh di terima pakai. Dari segi akidah dia SESAT.
> Bahkan ibnu Taimiyah telah diadili oleh Mahkamah Syariyah di zamannya dan
> didapati menyeleweng lantas di hukum penjara. Sila dapatkan Buku
> "Perbandingan Akidah" Tulisan Ustz Muhammad Said , Bekas mufti Negeri Sabah.
> Buku ini agak tebal dan dlm versi jawi . Tak tahulah kalau sudah ada dalam
> tulisan rumi. Perpecahan akidah umat Islam ada dibahaskan
> kesemuanya...salaf, khalaf, takwil etc.
>
> ----- Original Message -----
> From: Abdul Rahman
> Sent: Thursday, February 01, 2001 11:41 PM
> To: Sani Norku
> Cc: Khairol Azam Mohamad; minyak 7 sirih; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Re: H-Net* Re: Abd. Rahman Al-Salafiah yang Jahil Usuluddin
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Sani Norku wrote:
>
> > Assalamualaikum,
> >
> > Ya ... diharapkan Abdul Rahman dapat menunjukkan bukti
> > menyatakan saksi sebagaimana yg diminta oleh sdr
> > Khairol Azam. Kalau tak boleh tunjuk bukti dan saksi,
> > maka jgn marah kalau anda digelar MUNAFIK. Bohong tu
> > kan tanda munafik!
> >
>
> Munafik?/ Semua tuduhan palsu awak dan kuncu2 awak sebelum ini pada Imam
> Ibnu Taimiyyah apabendenye??.  Kalau macam tu awak dan kuncu2 awak ini
> LEBIH MUNAFIK dari semua orang di dalam dunia ini.
>
> Sebab awak dah KERAP KALI MEMFITNAH Imam Ibnu Taimiyyah.
>
> >
> > Dipersilakan ...
> >
> > --- Khairol Azam Mohamad minta tunjuk bukti:
> >
> > > Unjukanlah dan nyatakan saksi kamu..........
> > >
> > > Abdul Rahman mendakwa:
> >
> > > > > > > >Kalau SEMUA Tok Syeh SUFI digabungkan ILMU
> > > mereka, tak sampai 10% Ilmu Imam Ibnu Taimiyyah.
> > > > > > > >
> > > > >
> >
> > --- Khairol Azam Mohamad minta bukti:
> >
> > > > > Amboi, besarnya perkataan kamu ni. Kamu ada
> > > bukti dan saksi ke?
> > > > >
> > > >
> >
> > > Abdul Rahman mengaku:
> >
> > > > Ada. BANYAAAAAAAAK bukti.
> > > >
> > > > >
> > > > > > > >Sheikh2 Sufi ni pun BUKANNYA alim sangat
> > > pun.
> > > > > > > >
> >
> > __________________________________________________
> > Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35
> > a year!  http://personal.mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.<br
> clear=all><hr>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at <a
> href="http://www.hotmail.com">http://www.hotmail.com</a>.<br></p>
>
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: abu basyir <[EMAIL PROTECTED]><br clear=all><hr>Get Your
> Private, Free E-mail from MSN Hotmail at <a
> href="http://www.hotmail.com">http://www.hotmail.com</a>.<br></p>
>
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: abu basyir <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/free_video/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke