*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~
TU DIA....WA CAKAP SAMA LU....TAK CUKUP DENGAN GENG SUFI DAN WAHABI, KALI INI
MASUK PULAK PUAK ARQAM!!
Asal tulis dia tu elok benar dah, minta orang jangan bergaduh; tulis
macam baguih benar dah minta Sufi/Tariqat dan Wahabi/Salafi supaya jangan
berkelaie, tapi rupa2nya di penghujung bicara sempat lagi dok selit tariqat
Arqam yang dah pupus tu!!
Ish, ish tak kan kot kerana nampak Ghafar Baba muncul di kaca TV dok berucap dlm
majlis 'Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia' tu, puak2 Arqam nie dah confident
sakan kata teori Abuya depa tengah dok jadi?
Opps, lupa nak habag; teori Abuya yg diucapkan oleh Abuya Asshari At-Tammimi,
Pemuda Bani Tamin ini iaitu sewaktu Anwar masih
lagi jadi TPM tu mengatakan bahawa PM lepas Mahathir bukanlah Anwar, tapi
siapa lagi kalau bukan Ayahanda depa....al-syeikh abuya ashaari attamimi
al pemuda bani tamim yg ditulis oleh sdra Zabidi dlm bukunya sebagai mengaku
pernah bercakap direct kpd Rasululullah yg masuk ke dalam tubuh seorang wanita
dalam geng Al-Arqam (sila check buku Tersungkur di Pintu Syurga).
Oppss...lupa lak nak habag; menurut ceritanya lagi; Abuya kita nie habag jugak
yg selepas Mahathir nanti, kuasa pemerintahan akan diambil oleh siapa si tua
dari Batu Berendam, ayahanda al-syeikh Ghafar Baba yg akan memerintah buat
seketika sebelum kuasa itu dipindahkan secara ghaib kpd Abuya kita; saya dah
lupa term yg depa pakai....tak silapnya bunyi macam khawaritulghaib ka apa
ka....lepas kurang macam tu lah bunyinya....sorrylah, la nie pun saya tengah dok
pening dengan term2 yg diguna pakai oleh kawan2 Sufi dan wahabi kita, la nie nak
kena tau pulak term tentera2 Al-Mahdi kumpulan Abuya nie....
Pening, pening, pening............
-Temingat Di Belantara-
p.s: saya tak sokong mana2, cuma sebagai pemerhati; takat nie saya rasa kita
boleh bagi extra point kat sdra Rahman Celcom pasal satu kenyataan dia semalam
yg mengatakan kalau sungguh ada mana2 tarikat yg digunapakai oleh mana2 puak
Sufi nie, kalau sungguh sahih, tentu dah ada dalam sahih Bukhari atau sahih
Muslim. Kalau tak dak, tak kan Nabi main sembunyi2 bagi kat orang tu kat orang
nie kot; macam tu kalu tak masuk akai lah wei!
-----Original Message-----
From: Zul Iskandar B M Salleh [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, February 06, 2001 6:40 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Inilah Islam hari ini
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
** Proprietary **
** High Priority **
Assalamualaikum wbt,
Lihat kat bawah nun contoh-contoh umat Islam yang bertekak di antara satu dengan
yang lain. Semua hendak menegakkan ilmu masing-masing tapi kedua-duanya tidak
mahu berpegang kepada Al Quran.
Pernah ke Allah berfirman suruh umat Islam memerangi di antara satu dengan yang
lain? Kenapa senang umat Islam sekarang menuduh di antara satu dengan yang lain?
Kalau hendak yang benar, maka cari lah yang benar. Contoh di bawah tu
menunjukkan betapa bangangnya ulamak Islam sekarang ni. Sedangkan
saudara-saudara di sini sepatutnya menjadi contoh kepada umat Islam yang lain.
Tulisan-tulisan saudara menjadi pedoman bagi mereka yang sedang mencari
kebenaran. Saudara-saudara bertanggungjawab atas setiap perbuatan saudara.
Saudara-saudara mengajak kepada kebaikkan tetapi perbuatan saudara-saudara ini
langsung tidak menggalakkan suasana tenang di dalam Islam.
Itulah sebabnya Allah turunkan Imam Al Mahdi untuk membetulkan semula umat
Islam. Dari sini kita perlu faham bahawa setiap ilmu yang ada di dalam diri kita
ini adalah tidak berguna sehinggalah disahkan oleh keturunan Baginda Rasulullah
SAW iaitu Bani Hasyim. Untuk mencari keluarga Baginda ada caranya. Syarat-syarat
seorang Bani Hasyim:
1. Mempunyai Silsilah keluarga - silsilah keluarga perlu untuk menunjukkan
perhubungan keluarga yang turun dari Saidina Ali KW dan Saiditina Siti Fatimah
AS melalui cucu baginda Imam Hassan dan Imam Hussin.
2. Mempunyai Panji Islam Yang Sebenarnya - Panji Islam yang digunakan Rasulullah
di dalam menegakkan Islam
3. Mempunyai amalan yang sejati - Amalan ini tidak datang dari pecahan empat
mazhab Islam tetapi terus dari Rasulullah sendiri. Tidak tercemar dengan
penipuan ulamak-ulamak dan suci bersih dari penghinaan.
Tetapi ketiga-tiga perkara di atas ini hanya boleh dipastikan kebenarannya oleh
mereka-mereka yang sampai makrifat. Sekiranya masih berada di dalam tahap
syariat, tarikat, hakikat, usuludin, tasawuf, sufi - semuanya tak cukup lagi.
Hanya mereka yang sudah mencapai tahap makrifat sahaja dapat memastikan
kebenaran ini. Sekiranya kamu makrifat, cuba kamu terokai alam ghaib dan
lihatlah dengan pancaindera kamu sendiri - pada siapakah nur itu berada dan di
manakah dia. Bukankah keluarga Rasulullah ini iaitu Bani Hasyim memerintah alam
ghaib ketika ini? Dan ianya akan menjadi nyata tidak lama lagi? Adakah ini
kebohongan semata-mata.
Tak guna kita bertekak sesama sendiri - Lebih baik kita bersama-sama mencari
yang satu dari Bani Hasyim ini. Insya Allah kita akan bertemu dengan kebenaran.
Wasallam.
______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>