*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
** Proprietary **
** High Priority **

Assalamualaikum,

Apa yang saya tulis di bawah sana nun tidak ada kena mengena dengan Arqam. Malahan 
Arqam mengaku mereka berketurunan dari Bani Tamim sedangkan yang saya ajak umat Islam 
mencari ialah Bani Hasyim.

Bani Hasyim ialah keluarga Baginda Rasulullah SAW yang sedang berselimut sama seperti 
ayat Al Quran di dalam surah Al Muzammil. Keluarga Baginda tidak memerintah mana-mana 
negara malahan keturunan Baginda ini hidup seperti manusia biasa tetapi lebih miskin 
pada zahirnya daripada saudara-saudara sekalian. Hidup mereka susah sentiasa dipenuhi 
fitnah dari masyarakat sekeliling kerana mereka orang miskin.

Sedangkan ulamak-ulamak di negara ini semua kaya-kaya belaka termasuklah dari mereka 
yang memegang pergerakkan Arqam sekalipun.

Saya memohon maaf kepada Saudara Temingat kerana mengganggu kedamaian kehidupan 
saudara dengan ajakan saya mencari Bani Hasyim. Saya faham bahawa saudara mungkin 
tidak berminat mencari Bani Hasyim kerana saudara berilmu - bukan macam saya yang 
bodoh ini. Saya tidak menuntut mana-mana tarikat. Tidak pernah belajar usuludin, 
tasawuf, sufi dll. Saya memang bodoh. Tak tahu kiri, tak tahu kanan, tak tahu depan, 
tak tahu belakang.

Namun apakan daya, dari 73 golongan yang ada, 72 pasti menentang. Rupanya bukan senang 
hendak menegakkan Islam ini.

Wasallam.

>>> "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]> 02/06/01 06:22AM >>>
salam~

TU DIA....WA CAKAP SAMA LU....TAK CUKUP DENGAN GENG SUFI DAN WAHABI, KALI INI 
MASUK PULAK PUAK ARQAM!!

Asal tulis dia tu elok benar dah, minta orang jangan bergaduh; tulis
macam baguih benar dah minta Sufi/Tariqat dan Wahabi/Salafi supaya jangan
berkelaie, tapi rupa2nya di penghujung bicara sempat lagi dok selit tariqat
Arqam yang dah pupus tu!!

Ish, ish tak kan kot kerana nampak Ghafar Baba muncul di kaca TV dok berucap dlm
majlis 'Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia' tu, puak2 Arqam nie dah confident
sakan kata teori Abuya depa tengah dok jadi?

Opps, lupa nak habag; teori Abuya yg diucapkan oleh Abuya Asshari At-Tammimi, 
Pemuda Bani Tamin ini iaitu sewaktu Anwar masih
lagi jadi TPM tu mengatakan bahawa PM lepas Mahathir bukanlah Anwar, tapi
siapa lagi kalau bukan Ayahanda depa....al-syeikh abuya ashaari attamimi
al pemuda bani tamim yg ditulis oleh sdra Zabidi dlm bukunya sebagai mengaku
pernah bercakap direct kpd Rasululullah yg masuk ke dalam tubuh seorang wanita 
dalam geng Al-Arqam (sila check buku Tersungkur di Pintu Syurga).

Oppss...lupa lak nak habag; menurut ceritanya lagi; Abuya kita nie habag jugak 
yg selepas Mahathir nanti, kuasa pemerintahan akan diambil oleh siapa si tua 
dari Batu Berendam, ayahanda al-syeikh Ghafar Baba yg akan memerintah buat 
seketika sebelum kuasa itu dipindahkan secara ghaib kpd Abuya kita; saya dah 
lupa term yg depa pakai....tak silapnya bunyi macam khawaritulghaib ka apa 
ka....lepas kurang macam tu lah bunyinya....sorrylah, la nie pun saya tengah dok 
pening dengan term2 yg diguna pakai oleh kawan2 Sufi dan wahabi kita, la nie nak 
kena tau pulak term tentera2 Al-Mahdi kumpulan Abuya nie....

Pening, pening, pening............

-Temingat Di Belantara-
p.s: saya tak sokong mana2, cuma sebagai pemerhati; takat nie saya rasa kita 
boleh bagi extra point kat sdra Rahman Celcom pasal satu kenyataan dia semalam 
yg mengatakan kalau sungguh ada mana2 tarikat yg digunapakai oleh mana2 puak 
Sufi nie, kalau sungguh sahih, tentu dah ada dalam sahih Bukhari atau sahih 
Muslim. Kalau tak dak, tak kan Nabi main sembunyi2 bagi kat orang tu kat orang 
nie kot; macam tu kalu tak masuk akai lah wei!




-----Original Message-----
From:   Zul Iskandar B M Salleh [SMTP:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent:   Tuesday, February 06, 2001 6:40 AM
To:     [EMAIL PROTECTED] 
Subject:        H-Net* Inilah Islam hari ini

Assalamualaikum wbt,

Lihat kat bawah nun contoh-contoh umat Islam yang bertekak di antara satu dengan 
yang lain. Semua hendak menegakkan ilmu masing-masing tapi kedua-duanya tidak 
mahu berpegang kepada Al Quran.

Pernah ke Allah berfirman suruh umat Islam memerangi di antara satu dengan yang 
lain? Kenapa senang umat Islam sekarang menuduh di antara satu dengan yang lain?

Kalau hendak yang benar, maka cari lah yang benar. Contoh di bawah tu 
menunjukkan betapa bangangnya ulamak Islam sekarang ni. Sedangkan 
saudara-saudara di sini sepatutnya menjadi contoh kepada umat Islam yang lain. 
Tulisan-tulisan saudara menjadi pedoman bagi mereka yang sedang mencari 
kebenaran. Saudara-saudara bertanggungjawab atas setiap perbuatan saudara. 
Saudara-saudara mengajak kepada kebaikkan tetapi perbuatan saudara-saudara ini 
langsung tidak menggalakkan suasana tenang di dalam Islam.

Itulah sebabnya Allah turunkan Imam Al Mahdi untuk membetulkan semula umat 
Islam. Dari sini kita perlu faham bahawa setiap ilmu yang ada di dalam diri kita 
ini adalah tidak berguna sehinggalah disahkan oleh keturunan Baginda Rasulullah 
SAW iaitu Bani Hasyim. Untuk mencari keluarga Baginda ada caranya. Syarat-syarat 
seorang Bani Hasyim:

1. Mempunyai Silsilah keluarga - silsilah keluarga perlu untuk menunjukkan 
perhubungan keluarga yang turun dari Saidina Ali KW dan Saiditina Siti Fatimah 
AS melalui cucu baginda Imam Hassan dan Imam Hussin.

2. Mempunyai Panji Islam Yang Sebenarnya - Panji Islam yang digunakan Rasulullah 
di dalam menegakkan Islam

3. Mempunyai amalan yang sejati - Amalan ini tidak datang dari pecahan empat 
mazhab Islam tetapi terus dari Rasulullah sendiri. Tidak tercemar dengan 
penipuan ulamak-ulamak dan suci bersih dari penghinaan.

Tetapi ketiga-tiga perkara di atas ini hanya boleh dipastikan kebenarannya oleh 
mereka-mereka yang sampai makrifat. Sekiranya masih berada di dalam tahap 
syariat, tarikat, hakikat, usuludin, tasawuf, sufi - semuanya tak cukup lagi.

Hanya mereka yang sudah mencapai tahap makrifat sahaja dapat memastikan 
kebenaran ini. Sekiranya kamu makrifat, cuba kamu terokai alam ghaib dan 
lihatlah dengan pancaindera kamu sendiri - pada siapakah nur itu berada dan di 
manakah dia. Bukankah keluarga Rasulullah ini iaitu Bani Hasyim memerintah alam 
ghaib ketika ini? Dan ianya akan menjadi nyata tidak lama lagi? Adakah ini 
kebohongan semata-mata.

Tak guna kita bertekak sesama sendiri - Lebih baik kita bersama-sama mencari 
yang satu dari Bani Hasyim ini. Insya Allah kita akan bertemu dengan kebenaran.

Wasallam.
Disclaimer note:

Confidential information may be contained in this e-mail and any files transmitted 
with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this Message (or 
responsible for delivery of this Message to such person), you are hereby notified that 
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part 
thereof is strictly prohibited. In such a case, you should delete this Message 
immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other 
information in this Message that do not relate to the official business of Maxis shall 
be understood as neither given nor endorsed by Maxis.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zul Iskandar B M Salleh" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke