*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN AKHBAR :
Campurtangan Daim Zainuddin Dalam Urusan
RHB Bank Berhad, Bank Utama Berhad,
EON Bank Berhad Dan Kumpulan Arab-Malaysian
Majalah Far Eastern Economic Review (FEER) bertarikh 22 Februari 2001 telah
mendedahkan campur tangan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dalam urusan empat
buah bank utama negara iaitu RHB Bank Berhad, Bank Utama Berhad, EON Bank
Berhad dan Kumpulan Arab-Malaysian. FEER menjelaskan bahawa di sebalik tabir
gabungan bank-bank yang dikatakan bermatlamat memperkuatkan lagi struktur
sistem kewangan negara, rupa-rupanya terdapat pihak yang menangguk di air
keruh dan cuba mengambil kesempatan untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni
masing-masing.
Daim Zainuddin sebenarnya sedang berusaha memperkasakan empayar kewangannya
yang dibina daripada hasil rasuah dan pengalaman kronisme yang berleluasa.
Daim berhasrat untuk menguasai kesemua bank-bank besar di negara ini secara
peribadi. Proksi-proksi Daim sedang bergiat cergas untuk memaksa para
pengusaha bank di Malaysia menjual kepunyaan mereka kepada syarikat-syarikat
yang dikuasai oleh Daim dan kuncu-kuncunya.
Jika niat jahat Daim ini berjaya, beliau, keluarga dan kuncu-kuncunya akan
menguasai aset rakyat sejumlah antara RM 120 hingga RM 202 billion, iaitu RM
5500 hingga RM 9200 bagi setiap rakyat, lelaki, wanita dan kanak-kanak yang
hidup di tanah air kita ini!
Pergerakan Pemuda KeADILan khuatir bahawa rakyat khususnya para pelanggan
bank-bank di kalangan rakyat biasa dan peniaga kecil akan menerima layanan
yang lebih buruk akibat penumpuan bank-bank tersebut menjadi suatu mega-bank
yang tidak lagi mengambil endah kehendak dan keperluan pelanggan kecil dan
sederhana. Dengan penguasaan Daim ke atas bank-bank utama ini juga, ramai
pekerja bank akan dibuang kerja kerana Daim berhasrat menjalankan
konsolidasi dan menutup banyak cawangan-cawangan.
Rekod peribadi Daim Zainuddin adalah amat buruk sekali. Kekayaan yang beliau
miliki bukannya hasil penat jerihnya tetapi terbina atas timbunan rasuah dan
salah guna kuasa yang cukup melampau. Pergerakan Pemuda KeADILan telah
berkali-kali menuntut agar pihak polis dan BPR menyiasat tuduhan-tuduhan
yang dibuat ke atas Daim, malah kami turut menyertakan bukti-buktinya.
Tetapi Daim berjaya memeras dan menindas para pegawai penyiasat hinggakan
mereka kecut perut untuk bertindak, ditambah pula dengan penindasan dan
campurtangan kawan baik Daim iaitu Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
Kini Daim berusaha pula menakluk sistem kewangan negara demi kepentingan
peribadinya. Pergerakan Pemuda KeADILan menuntut agar BPR segera menyiasat
tuduhan yang dibuat oleh FEER itu. Jika ianya benar, maka amat wajar Daim
digugurkan sebagai menteri dan dihadapkan ke muka mahkamah atas dasar rasuah
dan campur tangan secara tidak sah dalam urusan bank-bank tersebut.
Kami juga menggesa Kesatuan Pekerja yang terlibat dalam menjaga kebajikan
pekerja-pekerja industri perbankan, beserta dengan persatuan-persatuan
pengguna yang prihatin, menyertai kami dalam protes terhadap niat jijik Daim
Zainuddin ini!
Mohamad Ezam M Nor
Ketua Pemuda
Parti KeADILan Nasional
20 Februari 2001
Pendedahan Mufti Wilayah Mengenai Mahathir Di Putra Jaya
Mahathir Tidak Lena Malam
PUTRA JAYA, KUALA LUMPUR 21 FEB 2001- Memang sudah ditakdirkan tinggal
dirumah yang serba hebat dan indah dikelilingi panorama tasik ciptaan
manusia. Begitu gah sekali dengan keajaiban pemandangannya. Namun siapa yang
tahu penghuni di dalamnya sedang bergelut dengan sejenis penyakit yang tidak
dapat tidur malam.
Bagi yang tinggal berdekatan dengan Putra Jaya , anda akan dapat saksikan
bahawa pada setiap malam Jumaat akan terdapat berderet kereta memasuki Putra
Jaya bagi membaca surah Yassin di malam Jumaat. Ini terjadi berikutan adanya
berita di mana Mahathir telah mengarahkan seluruh Mufti negeri bagi membaca
Yassin secara bergilir. Mahathir Mohammad tidak dapat lena di malam hari
memikirkan akan nasib beliau dan anak-anaknya.
Diketika beliau bersama Anwar suatu ketika dahulu, iaitu dizaman
kegemilangan Mahathir-Anwar, beliau pastinya tidur nyenyak kerana tidak ada
masaalah seperti sekarang. Bayangan Anwar dan kesilapan yang dilakukannya,
yang bukan sahaja melibat soal dalaman negara, malahan isu Anwar menyebabkan
beliau dipandang sinis di kalangan masyarakat dunia. Dilema Mahantir.
Berita ini digembar-gemburkan oleh orang ramai apabila ada penghuni di
kawasan sekitar menyaksikan betapa sejak akhir-akhir ini, malahan di setiap
malam Jumaat ada kereta Mufti dari setiap negeri memasuki Putra Jaya.
Khabar angin juga bertiup kencang apabila Datuk Hashim Yahya, Mufti Wilayah
telah secara sedar atau tidak telah menceritakan keadaan ini kepada
sahabatnya selepas sembahyang di Masjid Negara , malahan ada juga terjadi
peristiwa apabila beliau bergegas untuk pulang ke Putara Jaya keesokannya
kerana menerima arahan Mahathir.
"Saya terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur, Mahathir tidak boleh lena
malam, malah kepanasan", demikian keluh Mufti berkenaan.
Jika inilah terjadi , maka jelaslah pembalasan Tuhan bukan dengan tiba-tiba,
malahan ianya mula dirasai Mahathir. Rakyat tidak menghalalkan duit ringgit
mereka digunakan kearah yang tidak betul sama sekali. Bayangkan bagaimana
keluhan setinggan dan rakyat marhaen di kawasan peneroka kelapa sawit dan
getah. Apakah mereka menghalalkan wang mereka digunakan walau pun satu sen
hanya untuk kediaman seorang perdana Menteri??? Fikirkanlah Mahathir.
SEMINGGU YANG SESAK?
UMNO@BN Yang Amat Nazak Sangat…!!!!
Dalam tempoh seminggu ini UMNO@BN serta juak-juaknya sesat nafas sehingga
ada yang nak mampus….!!!!
1. Ceramah umum di Sabak Bernam …. FRU & SB menganas …. Nak gagalkan
program anjuran PAS yang dihadiri oleh Yb Mat Sabu dan Yab Menteri Besar
Terengganu … tapi orang Sabak Bernam tetapkan iman .. lawan tetap lawan.
Akhirnya Polis mengalah kerana rakyat seramai10,000 tu akan bangkit menenang
polis jika keganasan dimulakan oleh pihak polis.
2. Perhimpunan Kelapa Di Tanjung Karang … hantar kelapa kerumah Menteri
Besar … FRU & SB menganas lagi … begitu juga malam sebelumnya ceramah
Sdr Ezam dan Dr.Badrul Amin di kacau oleh SB & FRU ……!!!!!
3. Majlis kemasukan ahli UMNO@BN ke dalam KeADILan .. sekali lagi FRU & SB
menganas serta mencederakan beberapa tetamu di majlis tersebut … kali ini
YB Mat Sabu dan Sdr.Ezam pula diserang di Kubang Pasu …. Orang ramai telah
memberikan amaran cukup tegas kat FRU dan SB … hampa boleh pukul dan surai
orang ramai dengan cara kekerasan … tak pa … hari ini masa hampa …
tapi hampa jangan lupa …. Hampa juga akan jadi orang awam jika tak
bertugas atau dah pencen … masa tu hampa tau lah langit tiggi
rendah…..????
4. Laporan Moktar Dugong di Balai Dang Wangi ….. Ezam sampai hempas fail
hadapan pegawai polis berpangkat Inspektor kerana Body Guard dia dirempuh
dan diseret dengan ganas oleh pihak polis dihadapan balai Dang Wangi ….
Dan pihak FRU & SB macam anjing gila melihat para reformis apabila Dell
Akbar arahkan FRU & SB jangan kacau dan sentuh orang ramai ….. punyalah
sakit hati SB dan FRU bila Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sanggup
berkompromi dengan para reformis ……!!!!!
5. Dataran Merdeka akhirnya berjaya ditawan semula oleh para Reformis
seperti yang berlaku pada 20hb.Sept.1998…yang mana DSAI telah berjaya
mengerakan para reformis kesana .. tapi pada 17hb.Feb.2001 ….Sdr. Ezam
dan KeADILan membuktikan semangat BAPA REFORMASI MALAYSIA masih kuat membara
di DATARAN MERDEKA … akhirnya Bangunan Sultan Abdul Samad sekali lagi
menyaksikan Pejuang REFORMASI berkumpul dan mendengar amanat Sdr.Ezam di
atas pentas yang dibena khas oleh DBKL.
6. SOGO .. Jalan TAR … 17hb.Feb.2001 .. sekali lagi menjadi medan
pertempuran FRU & SB dengan para reformis … awal tadi di depan balai Dang
Wangi … FRU & SB ini macam anjing gila laparkan mangsa … kali ini tali
pengikat anjing ini telah terlepas dari tuanya…. Apabila lagi mengamuk
sakanlah anjing-anjing Mahathir@Mahafiraun ni di Sogo dan Pertama Kompleks
….????? 7 Orang jadi mangsa zalim FRU & SB.
7. LUNAS … ceramah Sdr.Ezam dan rakan-rakan .. sekali lagi diganggu oleh
FRU & SB … dengan anjing FRU dan SB di Kuala Lumpur cuba direalisasikan
oleh anak anjing di LUNAS … sekali lagi rakyat marhaen jadi mangsa.
8. KULIM sekali lagi menjadi sejarah keganasan anjing-anjing
mahadey@mahafiraun ….. 7 ditahan depan mahkamah kulim yang membicarakan
kes "Ghost Buster" …. Tapi FRU dan SB ni lupa .. amaran keras orang Kedah
di Kubang Pasu pada 14hb.Feb.2001 … apa lagi … FRU & SB silap jangkaan
… orang Kedah lebih berani bangun menentang pihak FRU & SB … yang jadi
sasaranya balai polis kulim dan anggotanya dihujani batu dan kayu ….!!!!!
Petanda awal kebangkitan rakyat menentang kekerasan FRU & SB telah bermula
di Kedah….?????dandi Kulim juga pihak polis telah berani mengunakan
senjata api menentang para reformis . .nasib baik tak yang mati semalam ….
Kalau tak kecoh satu Malaysia dibuatnya…..?????
9. Jln Pudu dan Jalan Damansara … DAP@BA ….!!! Buat pertama kalinya
sejarah Malaysia .. kaum Cina ditangkap seramai 46 orang kerana berjongging
dalam projek menyelamatkan SRJK © Damansara…….!!!! FRU & SB menganas
kerana menangkap pelajar berumur 15 tahun dan apek berumur 75 tahun…..!!!!
rasa-rasanya kaum Cina pasti tersentuh hati apabila orang ramai dari kaum
CINA dijadikan mangsa nafsu rakus mahadey@mahafiraun dan juak-juaknya.
10. Akhirnya PAS ambil jalan tengah .. menangguhkan perjumpaan dengan UMNO
.. ..kerana keadaan semasa negara dan sikap lidah bercabang biawak hidup
UMNO@BN masih tidak meluluskan permintaan Jawatankuasa Teknikal Perjumpaan
PAS-UMNO …walaupun dalam media tempatan membuat laporan palsu bahawa
mahadey@mahafiraun bersedia berbincang apa jua yang dikemukan oleh PAS ..
tapi belum bincang lagi mahadey@mahafiraun dah mengamuk sakan kat Khalil
Yaakop kerana ikut telunjuk PAS ….???….piiiiraah cakap tak serupa bikin
mahadey oooi ….. awak ingat PAS tu budak sekolah Tadika macam S46
ka……!!!!!
SEMINGGU YANG MENGANCAM telah benar-benar memanaskan UMNO@BN serta
Mahadey@Mahafiraun ….!!! Punyalah sesak kepala otak mereka … sakit jiwa
dan sakit hati rakyat marhaen dah tak nak layan perangai buruk
mereka…kah..kah..hi…hi….sayonara UMNO@BN dan juak-juaknya.
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
19HB.FEB.2001
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>