*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Pendedahan Mufti Wilayah Mengenai Mahathir Di Putra Jaya 
Mahathir Tidak Lena Malam 
 
PUTRA JAYA, KUALA LUMPUR 21 FEB 2001- Memang sudah ditakdirkan tinggal dirumah yang 
serba hebat dan indah dikelilingi panorama tasik ciptaan manusia. Begitu gah sekali 
dengan keajaiban pemandangannya. Namun siapa yang tahu penghuni di dalamnya sedang 
bergelut dengan sejenis penyakit yang tidak dapat tidur malam. 

Bagi yang tinggal berdekatan dengan Putra Jaya , anda akan dapat saksikan bahawa pada 
setiap malam Jumaat akan terdapat berderet kereta memasuki Putra Jaya bagi membaca 
surah Yassin di malam Jumaat. Ini terjadi berikutan adanya berita di mana Keling 
Mahathir telah mengarahkan seluruh Mufti negeri bagi membaca Yassin secara bergilir. 
Keling Mahathir Mohammad tidak dapat lena di malam hari memikirkan akan nasib beliau 
dan anak-anaknya. 

Diketika beliau bersama Anwar suatu ketika dahulu, iaitu dizaman kegemilangan 
Mahathir-Anwar, beliau pastinya tidur nyenyak kerana tidak ada masaalah seperti 
sekarang. Bayangan Anwar dan kesilapan yang dilakukannya, yang bukan sahaja melibat 
soal dalaman negara, malahan isu Anwar menyebabkan beliau dipandang sinis di kalangan 
masyarakat dunia. Dilema Mahantir. 

Berita ini digembar-gemburkan oleh orang ramai apabila ada penghuni di kawasan sekitar 
menyaksikan betapa sejak akhir-akhir ini, malahan di setiap malam Jumaat ada kereta 
Mufti dari setiap negeri memasuki Putra Jaya. Khabar angin juga bertiup kencang 
apabila Datuk Hashim Yahya, Mufti Wilayah telah secara sedar atau tidak telah 
menceritakan keadaan ini kepada sahabatnya selepas sembahyang di Masjid Negara , 
malahan ada juga terjadi peristiwa apabila beliau bergegas untuk pulang ke Putara Jaya 
keesokannya kerana menerima arahan Mahathir. 

"Saya terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur, Mahathir tidak boleh lena malam, malah 
kepanasan", demikian keluh Mufti berkenaan. 

Jika inilah terjadi , maka jelaslah pembalasan Tuhan bukan dengan tiba-tiba, malahan 
ianya mula dirasai Mahathir. Rakyat tidak menghalalkan duit ringgit mereka digunakan 
kearah yang tidak betul sama sekali. Bayangkan bagaimana keluhan setinggan dan rakyat 
marhaen di kawasan peneroka kelapa sawit dan getah. Apakah mereka menghalalkan wang 
mereka digunakan walau pun satu sen hanya untuk kediaman seorang perdana Menteri??? 
Fikirkanlah Mahathir. 
 




Who needs Cupid?  Matchmaker.com is the place to meet somebody.
FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke