*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Umno penyebab pertemuan ditangguh
**********************************
Oleh Ismail Hashim
ALOR SETAR, 21 Feb (Hrkh)-Umnolah pihak yang
bertangungjawab menggagalkan pertemuan PAS-Umno yang
dijadualkan berlaku pada 19 Februari lalu kerana gagal
memberi jaminan untuk mengembalikan status quo kepada
PAS sebelum pertemuan berlangsung.
Dewan Pemuda PAS Pusat mengganggap tindakan Umno itu
merupakan penyebab kepada gagalnya perbincangan itu
diadakan bagi menyelesaikan 'apa sahaja topik' bagi
kepentingan nasional.
Ketuanya, Haji Mahfuz Omar berkata, PAS tidak pernah
berniat untuk menggagalkan pertemuan itu malah dalam
Mesyuarat Lajnah Politik PAS yang beliau juga turut
serta mempertegaskan usaha-usaha untuk mengatur
pertemuan itu mesti diteruskan.
Menurutnya, dengan perkembangan yang berlaku
membuktikan Umno masih mengamalkan politik perkauman
sempit, balas dendam, tidak menghormati keputusan
rakyat,menutup kebebasan bersuara dan bertindak
agresif terhadap pembangkang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berucap
demikian dalam majlis ceramah khas di perkarangan
Pejabat PAS Kawasan Pokok Sena untuk menjelaskan
kenapa pertemuan itu ditangguhkan.
Katanya, perbincangan yang PAS mahu adalah untuk
kepentingan nasional itu telah ditangguhkan ekoran
Umno gagal untuk memberi jaminan untuk memberikan
semula royalti minyak kepada Kerajaan Terengganu yang
mereka sedia nikmati sejak 1978.
Dua lagi prasyarat yang PAS kemukakan sebelum
perbincangan boleh berlaku iaitu kembalikan Harakah
kepada lapan kali sebulan dan jaminan kerajaan tidak
akan membuang nama Islam pada parti-parti politik juga
tidak dapat jaminan dari Umno.
Beliau juga sempat menceritakan helah Jawatankuasa
Teknikal Umno yang mengatakan apa yang diminta oleh
PAS adalah antara PAS kerajaan sedangkan pertemuan itu
adalah antara PAS dan Umno.
Seorang wakil Jawatankuasa Teknikal PAS, Dato'
Hishamuddin Yahaya lantas mempersoalkan tentang
penggunaan kereta-kereta kerajaan oleh Setiausaha
Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob sedangkan pertemuan
itu adalah antara PAS dan Umno.
Ustaz Fadzil juga telah memberitahu pada umum tentang
masalah ini,katanya "Dia tidak mahu menjadi seperti
Yssir Araffat.Pergi berbincang dengan puak-puak yang
memang tidak mahu melihat ISLAM itu kembali gemilang,
disana-sini,tetapi dalam masa yang sama puak-puak ini
meningkatkan lagi seranggan mereka pada rakyat
Pelestin.Inikah seorang pemimpin yang dikehendaki
dalam ISLAM?Ini semua sedang berlaku dalam negara
kita.Dalam dia sungguh-sungguh menggajak kita duduk
berbincang,dalam masa yang sama dia juga
sungguh-sungguh menyekat hak demokrasi rakyat untuk
berhimpun,mendegar ceramah dan lain-lain lagi.Selama
ini ceramah kita tidak pernah dihadiri oleh air kimia
dan gas pemedih mata ,tetapi sekarang semua ini telah
terjadi.Kita dalam B.A sekarang sedang menuju kearah
memerintah bukan lagi diperintah.Jadi saya tidak mahu
menjadi seperti pemimpin yang bernama Yassir Araffat."
--- Mohd Amli Masran <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
>
> ----- Original Message -----
> From: Mohd Amli Masran
> To: Norhazira Binti Md. Haza
> Sent: Friday, February 23, 2001 9:04 AM
> Subject: Re: merencana
>
>
> mula-mula tanpa syarat...lepas tu nanti adela syarat
> dia....tengokla nanti.....saya tak nak bertengkar
> pasal hal ini....tak baik kata orang...kalau saya
> silap maafkan saya....cuma saya tak gemar dengar
> cara umno...mahadey..be-end....emmmm awak baca
> berita harian...dah terang lagi bersuloh berita
> hariaan tu dikuasai oleh pro..mahadey...say ini
> orang bodoh tak tau ape-ape...kalau awak terasa
> maafkan saya..yek....any coment //???
>
> ----- Original Message -----
> From: Norhazira Binti Md. Haza
> To: Mohd Amli Masran
> Sent: Thursday, February 22, 2001 4:48 PM
> Subject: merencana
>
>
> Kalau awak tak tau ape dalam benak fikiran
> Mahathir nak merencana agenda politik dia, macam
> mana pulak awak boleh kata UMNO tu
> memperbodoh-bodohkan PAS. Entah-entah PAS tu yang
> ingin memperbodoh-bodohkan UMNO. Tak gitu? Awak ada
> baca berita harian hari ni tak? UMNO tak terima
> syarat PAS dan saya rasa itu satu tindakan yang
> baik. UMNO berkata UMNO dan PAS boleh berbincang apa
> saja tanpa ada syarat. Kenapa PAS tak gunakan
> peluang ni, pernah dengar Datuk Fadzil Noor sudah
> lama nak berjumpa dgn PM, nak bermuzakarah konon.
> Pastu apa dah jadi. Takkan takut nak jumpa UMNO kot,
> si Datuk Mahfuz tu kan terror berbahas, why not guna
> peluang ni berbahas ler berhabis-habisan hentam UMNO
> tu.
>
> "Orang yang dikatakan pandai kadang-kadang ada
> bodohnya"
> ----- Original Message -----
> From: Mohd Amli Masran
> To: Norhazira Binti Md. Haza
> Sent: Saturday, February 24, 2001 12:02 AM
> Subject: Re: sekular
>
>
> kita tengoklah nanti itu saya tak tau ape dalam
> benak fikiran mahadey nak merencana agenda politik
> dia ...dia kan bijak....betui tak...memang bijak
> mahadey tu ..kalau tak takkan boley maintain 20
> tahun.....
> ----- Original Message -----
> From: Norhazira Binti Md. Haza
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Sent: Wednesday, February 21, 2001 9:58 PM
> Subject: sekular
>
>
> inilah bila agama bercampur
> politik--PAS?........politik itu adalah ciptaan
> sekular--apa dia sekular tu?..........dalam bab pas
> ..pas mengenakan syarat.. adalah untuk tidak
> diperbodohkan oleh umno.---apa yang cuba UMNO
> perbodoh-bodohkan PAS?
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices! http://auctions.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>