*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum netters semua....
Perjuangan PAS adalah atas dasar Islam dan perjuangan UMNO atas dasar
bangsa.... Perjuangan bangsa dan perjuangan ISLAM banyak bezanya... Pihak
kafir takut dengan kekuatan Islam yang telah terbukti di zaman Rasullullah
S.A.W yang bakal berulang di akhir zaman ini. Sebelum kebangkitannya, ia
akan mengalami segala pahit getir dan tidak hairanlah kini untuk menjulang
nama ISLAM amat payah.....ISLAM kembali didagangkan.... ISLAM tidak lagi
digunakan untuk DUNIA sebaliknya DUNIA digunakan untuk ISLAM
Wassalam
>From: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Fw: warga hizbinet ...beri comment...please
>Date: Thu, 22 Feb 2001 19:18:08 -0800 (PST)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Umno penyebab pertemuan ditangguh
>**********************************
>Oleh Ismail Hashim
>
>ALOR SETAR, 21 Feb (Hrkh)-Umnolah pihak yang
>bertangungjawab menggagalkan pertemuan PAS-Umno yang
>dijadualkan berlaku pada 19 Februari lalu kerana gagal
>memberi jaminan untuk mengembalikan status quo kepada
>PAS sebelum pertemuan berlangsung.
>
>Dewan Pemuda PAS Pusat mengganggap tindakan Umno itu
>merupakan penyebab kepada gagalnya perbincangan itu
>diadakan bagi menyelesaikan 'apa sahaja topik' bagi
>kepentingan nasional.
>
>Ketuanya, Haji Mahfuz Omar berkata, PAS tidak pernah
>berniat untuk menggagalkan pertemuan itu malah dalam
>Mesyuarat Lajnah Politik PAS yang beliau juga turut
>serta mempertegaskan usaha-usaha untuk mengatur
>pertemuan itu mesti diteruskan.
>
>Menurutnya, dengan perkembangan yang berlaku
>membuktikan Umno masih mengamalkan politik perkauman
>sempit, balas dendam, tidak menghormati keputusan
>rakyat,menutup kebebasan bersuara dan bertindak
>agresif terhadap pembangkang.
>
>Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berucap
>demikian dalam majlis ceramah khas di perkarangan
>Pejabat PAS Kawasan Pokok Sena untuk menjelaskan
>kenapa pertemuan itu ditangguhkan.
>
>Katanya, perbincangan yang PAS mahu adalah untuk
>kepentingan nasional itu telah ditangguhkan ekoran
>Umno gagal untuk memberi jaminan untuk memberikan
>semula royalti minyak kepada Kerajaan Terengganu yang
>mereka sedia nikmati sejak 1978.
>
>Dua lagi prasyarat yang PAS kemukakan sebelum
>perbincangan boleh berlaku iaitu kembalikan Harakah
>kepada lapan kali sebulan dan jaminan kerajaan tidak
>akan membuang nama Islam pada parti-parti politik juga
>tidak dapat jaminan dari Umno.
>
>Beliau juga sempat menceritakan helah Jawatankuasa
>Teknikal Umno yang mengatakan apa yang diminta oleh
>PAS adalah antara PAS kerajaan sedangkan pertemuan itu
>adalah antara PAS dan Umno.
>
>Seorang wakil Jawatankuasa Teknikal PAS, Dato'
>Hishamuddin Yahaya lantas mempersoalkan tentang
>penggunaan kereta-kereta kerajaan oleh Setiausaha
>Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob sedangkan pertemuan
>itu adalah antara PAS dan Umno.
>
>Ustaz Fadzil juga telah memberitahu pada umum tentang
>masalah ini,katanya "Dia tidak mahu menjadi seperti
>Yssir Araffat.Pergi berbincang dengan puak-puak yang
>memang tidak mahu melihat ISLAM itu kembali gemilang,
>disana-sini,tetapi dalam masa yang sama puak-puak ini
>meningkatkan lagi seranggan mereka pada rakyat
>Pelestin.Inikah seorang pemimpin yang dikehendaki
>dalam ISLAM?Ini semua sedang berlaku dalam negara
>kita.Dalam dia sungguh-sungguh menggajak kita duduk
>berbincang,dalam masa yang sama dia juga
>sungguh-sungguh menyekat hak demokrasi rakyat untuk
>berhimpun,mendegar ceramah dan lain-lain lagi.Selama
>ini ceramah kita tidak pernah dihadiri oleh air kimia
>dan gas pemedih mata ,tetapi sekarang semua ini telah
>terjadi.Kita dalam B.A sekarang sedang menuju kearah
>memerintah bukan lagi diperintah.Jadi saya tidak mahu
>menjadi seperti pemimpin yang bernama Yassir Araffat."
>--- Mohd Amli Masran <[EMAIL PROTECTED]>
>wrote:
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: Mohd Amli Masran
> > To: Norhazira Binti Md. Haza
> > Sent: Friday, February 23, 2001 9:04 AM
> > Subject: Re: merencana
> >
> >
> > mula-mula tanpa syarat...lepas tu nanti adela syarat
> > dia....tengokla nanti.....saya tak nak bertengkar
> > pasal hal ini....tak baik kata orang...kalau saya
> > silap maafkan saya....cuma saya tak gemar dengar
> > cara umno...mahadey..be-end....emmmm awak baca
> > berita harian...dah terang lagi bersuloh berita
> > hariaan tu dikuasai oleh pro..mahadey...say ini
> > orang bodoh tak tau ape-ape...kalau awak terasa
> > maafkan saya..yek....any coment //???
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: Norhazira Binti Md. Haza
> > To: Mohd Amli Masran
> > Sent: Thursday, February 22, 2001 4:48 PM
> > Subject: merencana
> >
> >
> > Kalau awak tak tau ape dalam benak fikiran
> > Mahathir nak merencana agenda politik dia, macam
> > mana pulak awak boleh kata UMNO tu
> > memperbodoh-bodohkan PAS. Entah-entah PAS tu yang
> > ingin memperbodoh-bodohkan UMNO. Tak gitu? Awak ada
> > baca berita harian hari ni tak? UMNO tak terima
> > syarat PAS dan saya rasa itu satu tindakan yang
> > baik. UMNO berkata UMNO dan PAS boleh berbincang apa
> > saja tanpa ada syarat. Kenapa PAS tak gunakan
> > peluang ni, pernah dengar Datuk Fadzil Noor sudah
> > lama nak berjumpa dgn PM, nak bermuzakarah konon.
> > Pastu apa dah jadi. Takkan takut nak jumpa UMNO kot,
> > si Datuk Mahfuz tu kan terror berbahas, why not guna
> > peluang ni berbahas ler berhabis-habisan hentam UMNO
> > tu.
> >
> > "Orang yang dikatakan pandai kadang-kadang ada
> > bodohnya"
> > ----- Original Message -----
> > From: Mohd Amli Masran
> > To: Norhazira Binti Md. Haza
> > Sent: Saturday, February 24, 2001 12:02 AM
> > Subject: Re: sekular
> >
> >
> > kita tengoklah nanti itu saya tak tau ape dalam
> > benak fikiran mahadey nak merencana agenda politik
> > dia ...dia kan bijak....betui tak...memang bijak
> > mahadey tu ..kalau tak takkan boley maintain 20
> > tahun.....
> > ----- Original Message -----
> > From: Norhazira Binti Md. Haza
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > Sent: Wednesday, February 21, 2001 9:58 PM
> > Subject: sekular
> >
> >
> > inilah bila agama bercampur
> > politik--PAS?........politik itu adalah ciptaan
> > sekular--apa dia sekular tu?..........dalam bab pas
> > ..pas mengenakan syarat.. adalah untuk tidak
> > diperbodohkan oleh umno.---apa yang cuba UMNO
> > perbodoh-bodohkan PAS?
> >
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices!
>http://auctions.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Lyn burn" <[EMAIL PROTECTED]>