*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum..
dicelah2 keributan dan kerenah birokrasi kes ini..saya tiba2 terfikir kearah
satu sudut yg kecil..
Apalah malangnya nasib saudara anwar ibrahim..mengalami musibah/ujian
bertimpa2..
sudahlah dikaitkan dgn kes liwat(sehingga kesnya diketahui hampir seluruh
dunia)..dan kini dilapurkan dlm keadaan yg tidak sihat..
bukan sedikit org yg mendoakannya..bukan sedikit air mata yg mengalir..
dan, bukan sedikit org-org yg sembahyang mohon ditunjukkan kebenaran
dariNya..(berkaitan kes beliau)
saya bertanya pd diri..dalam rasa rendah diri dan berhati2..dalam keadaan
ketakutan dan macam2 lagi..
Apakan yg Dia cuba Zahirkan dlm suratan ini?..Apakah isyarat yg Dia mahu
kita "Iqra'" kan ?..
apakah..apakah..apakah ini bala'?..apakah ini ujian yg tersimpul seribu
hikmah?..Hanya Allah yg Maha Mengetahui..
dan kini diberitakan , keluarga beliau berusaha mendapatkan doktor yg
terbaik..terbaik dari yg terbaik sehinggakan tiada doktor negara ini yg
selayaknya..
maka , berusahalah mereka bersungguh2 menghadapi suratan ini..
pada akhirnya..saya masih berpegang pada kata2 org Tua itu.."..jika nak
sembahyang hajat..buatlah.., mohonlah pada Allah moga ditunjukkan akan
kebenaran.., jika saya bersalah , biarlah ditunjukkan saya bersalah..dan
jika si polan itu bersalah biarlah ditunjukkan kesalahanya.."
begitu jelas,ikhlas,neutral dan gentleman..
akhirnya..apa tanda yg saya dpt ??..
--bersambung-
(InsyaAllah)
>From: "mat jentol" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Rawatan Untuk Anwar: UMNO Yang Bengong!
>Date: Fri, 30 Mar 2001 01:55:11 -0000
>agak membengongkan kerana ada juga doktor yang sempat untuk menghantar
>tulisan sebegini ke halaman khabar angin.doktor ayam ker ?????.kalau doktor
>takkan lah sebegini teruk tulisannya macam budak darjah 3 ajer corak
>penulisannya.kalau nak menipu orang tu biarl er berpada-pada an logik
>sikit?????
>
>
>Rawatan Untuk Anwar: UMNO Yang Bengong!
>
>
>Hari semalam Mahathir dengan ketakutan/phobianya terhadap Anwar mengatakan
>Kerajaan tidak benarkan Anwar menerima rawatan di luar negara kerana takut
>Anwar ambil suaka politik di luar negara. Itu cakap Mahathir. Pada
>pandangan
>saya, jika kes jenayah macam Anwar itu benar dan dia memang bersalah, jika
>dia keluar jauh dari bumi Malaysia ni lagi bagus. Buat apa simpan
>warganegara semacam ini, buat malu aje! Kes rasuah Anwar pula bukannya
>telah
>menghilangkan berjuta-juta ringgit Malaysia. Malah bukti pun tak ada! Oleh
>itu apa yang nak di takutkan. Jika dia minta suaka di luar negara
>sekalipun,
>tak rugi apa benda pun. Tetapi kenapa Mahathir takutkan itu semua? Ini
>maknanya Mahathir teramatlah sedang takutkan kuasa Anwar dan reformasi
>rakyat yang sedang membara sekarng ini.
>
>Cakap Menteri Kesihatan dan beberapa orang doktor perubatan yang pro UMNO
>pula, mereka mengatakan Dr.Thomas telah menghina doktor-doktor di Malaysia
>ini. Tak ada cerita buat ceritalah tu!
>
>Saya juga doktor perubatan, tapi taklah sebodoh dan sebengong doktor-doktor
>proUMNO tu termasuklah Menteri Kesihatan yang biasa dengan mulut celupar.
>
>Perlu saya katakan, doktor manakah yang sepatutnya menjawab kreadibiliti
>atau keupayaan doktor-doktor Malaysia untuk merawat Anwar? Menteri
>Kesihatan
>ke? Ketua Pengarah ke? Atau sebodoh pengarah HKL ke? Saya sendiri pun tak
>boleh jawab kerana saya bukanlah doktor pakar bedah saraf. Oleh itu samada
>orang ramai maupun doktor-doktor Malaysia sebenarnya tidak tahu apa yang
>mereka utarakan. Jika otak bengong di sebabkan UMNO maka doktor pakar
>sepandai manapun tetap jadi bengong macam orang UMNO!
>
>Adakah kita semua telah mendengar pandangan pakar-pakar bedah saraf dalam
>negara ini? Pakar bedah saraf dalam Malaysia ini boleh di kira dengan jari,
>cubalah tanya pandangan Mr.Ahmad Khan, Mr. Johari, Mr.Abdul Muin, Mr.
>Jefry,
>Mr. Ho, Prof. Ben, Mr. Halili dan yang lainnya. Jemput mereka duduk sebaris
>semeja, dengar pandangan mereka, berapakah risiko untuk membedah penyakit
>Anwar itu. Saya bukannya hendak merendahkan pakar-pakar negara kita itu,
>malah mereka pernah menjadi pensyarah saya, dan jadi boss saya jadi saya
>amat menghormati mereka. Setiap pakar ada tahap keupayaan masing-masing.
>Dalam formula one pun ada tempat no.1, no.2 dan seterusnya. Jika saya naik
>kereta dengan kelajuan 200km/jam, sudah pasti saya minta M.Schumacher atau
>M.Hakinen memandu kereta itu kerana risiko kemalangan adalah rendah. Jika
>naik motosikal tak semestinya M.Schumacher di tempat no.1 juga. Oleh itu
>setiap orang ada 'talent' masing-masing. Maka kita perlu hormati kehebatan
>'talent' mereka itu untuk kehidupan manusia sejagat.
>
>Oleh itu tuduhan oleh Menteri Kesihatan dan beberapa doktor bengong UMNO
>itu
>adalah karut dan sebaliknya menghina etika kedoktoran dan profesyen
>perubatan serta hak pesakit. Jika kata-kata saya ini di sangkal, saya cabar
>tunjukkan kepada saya siapakah doktor pakar bedah saraf dan pakar bius
>Malaysia yang sanggup tampil ke depan untuk membedah Anwar? Jika Dr.Thomas
>melakukan pembedahan di sini, siapakah doktor bius yang sanggup tampil ke
>depan? Kenapa selama ini semua doktor membisu. Kerajaan dan UMNO jangan
>main
>tarik tali, jangan bising riuh sekampung tapi habuk pun taraa! Bila suruh
>buat nanti mulalah cari alasan itu ini. Hal anwar ini adalah amat spesifik
>dan memerlukan kepakaran dan pembedahan berisiko rendah. Perkara Anwar ini
>bukan boleh di rawat macam mekanik kereta, jika rosak lagi boleh datang
>lagi
>dan tukar 'spare part' baru. Almaklum sekali sahaja rosak tisu saraf maka
>kecacatannya adalah kekal seumur hidup.
>
>Sekian dari saya.
>Dr.Yusof MD
>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "mat jentol" <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "siang malam" <[EMAIL PROTECTED]>