*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
agak membengongkan kerana ada juga doktor yang sempat untuk menghantar 
tulisan sebegini ke halaman khabar angin.doktor ayam ker ?????.kalau doktor 
takkan lah sebegini teruk tulisannya macam budak darjah 3 ajer corak 
penulisannya.kalau nak menipu orang tu biarl er berpada-pada an logik 
sikit?????


Rawatan Untuk Anwar: UMNO Yang Bengong!


Hari semalam Mahathir dengan ketakutan/phobianya terhadap Anwar mengatakan 
Kerajaan tidak benarkan Anwar menerima rawatan di luar negara kerana takut 
Anwar ambil suaka politik di luar negara. Itu cakap Mahathir. Pada pandangan 
saya, jika kes jenayah macam Anwar itu benar dan dia memang bersalah, jika 
dia keluar jauh dari bumi Malaysia ni lagi bagus. Buat apa simpan 
warganegara semacam ini, buat malu aje! Kes rasuah Anwar pula bukannya telah 
menghilangkan berjuta-juta ringgit Malaysia. Malah bukti pun tak ada! Oleh 
itu apa yang nak di takutkan. Jika dia minta suaka di luar negara sekalipun, 
tak rugi apa benda pun. Tetapi kenapa Mahathir takutkan itu semua? Ini 
maknanya Mahathir teramatlah sedang takutkan kuasa Anwar dan reformasi 
rakyat yang sedang membara sekarng ini.

Cakap Menteri Kesihatan dan beberapa orang doktor perubatan yang pro UMNO 
pula, mereka mengatakan Dr.Thomas telah menghina doktor-doktor di Malaysia 
ini. Tak ada cerita buat ceritalah tu!

Saya juga doktor perubatan, tapi taklah sebodoh dan sebengong doktor-doktor 
proUMNO tu termasuklah Menteri Kesihatan yang biasa dengan mulut celupar.

Perlu saya katakan, doktor manakah yang sepatutnya menjawab kreadibiliti 
atau keupayaan doktor-doktor Malaysia untuk merawat Anwar? Menteri Kesihatan 
ke? Ketua Pengarah ke? Atau sebodoh pengarah HKL ke? Saya sendiri pun tak 
boleh jawab kerana saya bukanlah doktor pakar bedah saraf. Oleh itu samada 
orang ramai maupun doktor-doktor Malaysia sebenarnya tidak tahu apa yang 
mereka utarakan. Jika otak bengong di sebabkan UMNO maka doktor pakar 
sepandai manapun tetap jadi bengong macam orang UMNO!

Adakah kita semua telah mendengar pandangan pakar-pakar bedah saraf dalam 
negara ini? Pakar bedah saraf dalam Malaysia ini boleh di kira dengan jari, 
cubalah tanya pandangan Mr.Ahmad Khan, Mr. Johari, Mr.Abdul Muin, Mr. Jefry, 
Mr. Ho, Prof. Ben, Mr. Halili dan yang lainnya. Jemput mereka duduk sebaris 
semeja, dengar pandangan mereka, berapakah risiko untuk membedah penyakit 
Anwar itu. Saya bukannya hendak merendahkan pakar-pakar negara kita itu, 
malah mereka pernah menjadi pensyarah saya, dan jadi boss saya jadi saya 
amat menghormati mereka. Setiap pakar ada tahap keupayaan masing-masing. 
Dalam formula one pun ada tempat no.1, no.2 dan seterusnya. Jika saya naik 
kereta dengan kelajuan 200km/jam, sudah pasti saya minta M.Schumacher atau 
M.Hakinen memandu kereta itu kerana risiko kemalangan adalah rendah. Jika 
naik motosikal tak semestinya M.Schumacher di tempat no.1 juga. Oleh itu 
setiap orang ada 'talent' masing-masing. Maka kita perlu hormati kehebatan 
'talent' mereka itu untuk kehidupan manusia sejagat.

Oleh itu tuduhan oleh Menteri Kesihatan dan beberapa doktor bengong UMNO itu 
adalah karut dan sebaliknya menghina etika kedoktoran dan profesyen 
perubatan serta hak pesakit. Jika kata-kata saya ini di sangkal, saya cabar 
tunjukkan kepada saya siapakah doktor pakar bedah saraf dan pakar bius 
Malaysia yang sanggup tampil ke depan untuk membedah Anwar? Jika Dr.Thomas 
melakukan pembedahan di sini, siapakah doktor bius yang sanggup tampil ke 
depan? Kenapa selama ini semua doktor membisu. Kerajaan dan UMNO jangan main 
tarik tali, jangan bising riuh sekampung tapi habuk pun taraa! Bila suruh 
buat nanti mulalah cari alasan itu ini. Hal anwar ini adalah amat spesifik 
dan memerlukan kepakaran dan pembedahan berisiko rendah. Perkara Anwar ini 
bukan boleh di rawat macam mekanik kereta, jika rosak lagi boleh datang lagi 
dan tukar 'spare part' baru. Almaklum sekali sahaja rosak tisu saraf maka 
kecacatannya adalah kekal seumur hidup.

Sekian dari saya.
Dr.Yusof MD


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mat jentol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke