*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Tujuan Puteri UMNO diwujudkan adalah semata-mata untuk
mendapatkan sokongan khususnya golongan muda menyertai
Parti UMNO. Ini jelas menunjukkan Pergerakan Wanita
UMNO gagal sama sekali di dalam misi tersebut tambahan
lagi di bawah ketuanya sekarang. Di saat UMNO
dikatakan berjuang untuk memartabatkan Islam di negara
ini, nah, kita lihat siapa pemimpin mereka khususnya
pemimpin wanita mereka. Ketua Pergerakan Wanita UMNO
seorang yang tidak menunjukkan komitmen terhadap
tuntutan Islam usahkan pada masyarakat, dirinya
sendiri gagal mematuhi kewajipan menutup aurat. Kini,
wujud pula Puteri UMNO, nah, lihat siapa ketuanya? Ada
tokohkah sebagai pemimpin anak muda yang komited
terhadap tuntutan Islam? UMNO yang dikatakan ingin
memperjuangkan Islam berbangga dengan Ketua Pergerakan
Wanita, Ketua Puteri UMNO, bahkan isteri Presiden dan
Timbalannya sendiri gagal diberi tarbiyah tentang
kewajipan menutup aurat. Inikah pemimpin yang ingin
mendaulatkan Islam di negara kita? Jika diri sendiri
pun gagal untuk mendaulatkan sebahagian kecil tuntutan
Islam itu, usahlah bercakap tentang perkara-perkara
dan kewajipan yang lebih besar mengenai Islam. 

Siapakah yang berhajat dengan Puteri UMNO sekarang?
Ternyata penubuhannya menjadi bahan jenaka kita
bersama. Akhirnya, untuk menambat hati anak-anak muda
maka artis pun dijemput dan diberi jawatan pula dalam
Puteri UMNO. Artis malang itu adalah Erra Fazira.
Alangkah baiknya jika Dato' Hishamudin meletakkan
jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan serahkan kepada
Awie sebagai Ketua Pemuda UMNO. Barulah glamour dan
agaknya berpusu-pusu anak-anak muda mengisi borang
UMNO. Kepada Erra Fazira, langkahnya menyertai Puteri
UMNO akan mendatangkan kesan negatif terhadap kerjaya
seninya. Jika dulu anak-anak muda memuji beliau dan
beliau tidak pernah disentuh dalam mana-mana ceramah
politik pembangkang, jangan nanti selepas ini Erra
Fazira akan mengalami tekanan. Kami anak-anak muda
dari Barisan Alternatif sanggup memboikot sebarang
program yang dihadiri oleh Erra Fazira kerana bagi
kami artis yang disanjung adalah seperti bekas
penyanyi Rock Us. Akil, Ito dan beberapa orang lagi
yang telah bersama-sama kami berjuang menegakkan
keadilan. 

Jika Erra Fazira ingin mengikuti langkah Us. Akil yang
telah dapat menarik golongan muda mendekati perjuangan
Barisan Alternatif, ternyata Erra Fazira tersilap
memilih jalan. Bukan sahaja Erra Fazira gagal untuk
mempengaruhi anak-anak muda mendekati UMNO bahkan
menjadikan anak-anak muda yang selama ini meminati
Erra Fazira akan mula menjauhkan diri. Tidakkah Erra
Fazira sedar semasa UMNO kuat, apakah sumbangan
terbesar kepada bidang seni? Masalah cetak rompak
gagal ditangani oleh kerajaan UMNO. Tetapi apabila
UMNO tengah nazak, di kala rakyat mula menyampah
dengan UMNO, ketika itulah golongan artis dipandang
mulia. 

Apabila artis telah mula diberi tempat serta dipandang
mulia oleh UMNO, maka itulah agaknya saat kebangkitan
Islam di dalam UMNO. Kini, kita tunggu lagi siapakah
artis yang kepingin untuk menyertai UMNO atau Puteri
UMNO. Mungkinkah Hamid Gurkha, Mr. Os, Osman Kering,
Kumpulan Cecupak atau Senario? Lambat laun UMNO akan
menjadi satu SENARIO yang KERING dan ahlinya menjadi
tentera GURKHA yang CECUPAK demi CECUPAK gugur ke
bumi!! Tidak mustahil satu ketika nanti Hamid Gurkha
akan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
Mohd Noh Gadut berada di bawah telunjuknya. Kepada
semua artis, sila bantu Mahathir sekarang sebagai
tanda bersyukur atas banyak jasanya kepada kalian
selama ini. Kalau tidak kamu, siapa lagi?? 

MASSURIA NS
Peminat Ibrahim Pendek 

Nota webmaster: Benarlah kata penulis. Menyertai UMNO
akan menggelapkan kerjaya seni Erra. Apa yang mampu
Erra sumbangkan untuk menarik anak-anak muda kepada
UMNo, sebuah parti yang pada bila-bila akan
dibakulsampahkan oleh rakyat Malaysia amnya sedikit
masa lagi. Jika DSAI pernah berhasrat mengubah UMNo
dari dalam dan setelah hampir 18 tahun beliau gagal
(akibat sekularisme Diktator Mahathir), maka apakah
sumbangan yang mampu Erra berikan.. maaf tercakap jika
menggadai batang tubuh sendiri pun tidak akan mampu,
melainkan kepuasan kepada 'buaya' yang sedia ada dalam
UMNo. Kita menyatakan kekesalan ini adalah kerana
polisi UMNo mahu menyesatkan muda-mudi aktiviti
sebegini dan dengan menyatakan sokongan keahlian
kepada UMNo akan lebih mudahlah SPR menyediakan kertas
undi hantu atau kertas diundi dipangkah walaupun
pengundinya tidak datang. Awie tentu tersenyum saat
ini mengenangkan betapa malangnya nasib Erra Fazira
akibat persekongkolan ini~webmaster 

  

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke