*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
senang j er nak bagi umno glamor semula....MAHATHIR LETAK JAWATAN BERSAMA
KRONI-KRONI NYE DILUPUSKan kekuasaan...insyallah...
----- Original Message -----
From: "art jeffries" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, April 10, 2001 1:55 AM
Subject: H-Net* ADAKAH ERRA FAZIRA MENJADIKAN UMNO GLAMOUR SEMULA?


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> Tujuan Puteri UMNO diwujudkan adalah semata-mata untuk
> mendapatkan sokongan khususnya golongan muda menyertai
> Parti UMNO. Ini jelas menunjukkan Pergerakan Wanita
> UMNO gagal sama sekali di dalam misi tersebut tambahan
> lagi di bawah ketuanya sekarang. Di saat UMNO
> dikatakan berjuang untuk memartabatkan Islam di negara
> ini, nah, kita lihat siapa pemimpin mereka khususnya
> pemimpin wanita mereka. Ketua Pergerakan Wanita UMNO
> seorang yang tidak menunjukkan komitmen terhadap
> tuntutan Islam usahkan pada masyarakat, dirinya
> sendiri gagal mematuhi kewajipan menutup aurat. Kini,
> wujud pula Puteri UMNO, nah, lihat siapa ketuanya? Ada
> tokohkah sebagai pemimpin anak muda yang komited
> terhadap tuntutan Islam? UMNO yang dikatakan ingin
> memperjuangkan Islam berbangga dengan Ketua Pergerakan
> Wanita, Ketua Puteri UMNO, bahkan isteri Presiden dan
> Timbalannya sendiri gagal diberi tarbiyah tentang
> kewajipan menutup aurat. Inikah pemimpin yang ingin
> mendaulatkan Islam di negara kita? Jika diri sendiri
> pun gagal untuk mendaulatkan sebahagian kecil tuntutan
> Islam itu, usahlah bercakap tentang perkara-perkara
> dan kewajipan yang lebih besar mengenai Islam.
>
> Siapakah yang berhajat dengan Puteri UMNO sekarang?
> Ternyata penubuhannya menjadi bahan jenaka kita
> bersama. Akhirnya, untuk menambat hati anak-anak muda
> maka artis pun dijemput dan diberi jawatan pula dalam
> Puteri UMNO. Artis malang itu adalah Erra Fazira.
> Alangkah baiknya jika Dato' Hishamudin meletakkan
> jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan serahkan kepada
> Awie sebagai Ketua Pemuda UMNO. Barulah glamour dan
> agaknya berpusu-pusu anak-anak muda mengisi borang
> UMNO. Kepada Erra Fazira, langkahnya menyertai Puteri
> UMNO akan mendatangkan kesan negatif terhadap kerjaya
> seninya. Jika dulu anak-anak muda memuji beliau dan
> beliau tidak pernah disentuh dalam mana-mana ceramah
> politik pembangkang, jangan nanti selepas ini Erra
> Fazira akan mengalami tekanan. Kami anak-anak muda
> dari Barisan Alternatif sanggup memboikot sebarang
> program yang dihadiri oleh Erra Fazira kerana bagi
> kami artis yang disanjung adalah seperti bekas
> penyanyi Rock Us. Akil, Ito dan beberapa orang lagi
> yang telah bersama-sama kami berjuang menegakkan
> keadilan.
>
> Jika Erra Fazira ingin mengikuti langkah Us. Akil yang
> telah dapat menarik golongan muda mendekati perjuangan
> Barisan Alternatif, ternyata Erra Fazira tersilap
> memilih jalan. Bukan sahaja Erra Fazira gagal untuk
> mempengaruhi anak-anak muda mendekati UMNO bahkan
> menjadikan anak-anak muda yang selama ini meminati
> Erra Fazira akan mula menjauhkan diri. Tidakkah Erra
> Fazira sedar semasa UMNO kuat, apakah sumbangan
> terbesar kepada bidang seni? Masalah cetak rompak
> gagal ditangani oleh kerajaan UMNO. Tetapi apabila
> UMNO tengah nazak, di kala rakyat mula menyampah
> dengan UMNO, ketika itulah golongan artis dipandang
> mulia.
>
> Apabila artis telah mula diberi tempat serta dipandang
> mulia oleh UMNO, maka itulah agaknya saat kebangkitan
> Islam di dalam UMNO. Kini, kita tunggu lagi siapakah
> artis yang kepingin untuk menyertai UMNO atau Puteri
> UMNO. Mungkinkah Hamid Gurkha, Mr. Os, Osman Kering,
> Kumpulan Cecupak atau Senario? Lambat laun UMNO akan
> menjadi satu SENARIO yang KERING dan ahlinya menjadi
> tentera GURKHA yang CECUPAK demi CECUPAK gugur ke
> bumi!! Tidak mustahil satu ketika nanti Hamid Gurkha
> akan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
> Mohd Noh Gadut berada di bawah telunjuknya. Kepada
> semua artis, sila bantu Mahathir sekarang sebagai
> tanda bersyukur atas banyak jasanya kepada kalian
> selama ini. Kalau tidak kamu, siapa lagi??
>
> MASSURIA NS
> Peminat Ibrahim Pendek
>
> Nota webmaster: Benarlah kata penulis. Menyertai UMNO
> akan menggelapkan kerjaya seni Erra. Apa yang mampu
> Erra sumbangkan untuk menarik anak-anak muda kepada
> UMNo, sebuah parti yang pada bila-bila akan
> dibakulsampahkan oleh rakyat Malaysia amnya sedikit
> masa lagi. Jika DSAI pernah berhasrat mengubah UMNo
> dari dalam dan setelah hampir 18 tahun beliau gagal
> (akibat sekularisme Diktator Mahathir), maka apakah
> sumbangan yang mampu Erra berikan.. maaf tercakap jika
> menggadai batang tubuh sendiri pun tidak akan mampu,
> melainkan kepuasan kepada 'buaya' yang sedia ada dalam
> UMNo. Kita menyatakan kekesalan ini adalah kerana
> polisi UMNo mahu menyesatkan muda-mudi aktiviti
> sebegini dan dengan menyatakan sokongan keahlian
> kepada UMNo akan lebih mudahlah SPR menyediakan kertas
> undi hantu atau kertas diundi dipangkah walaupun
> pengundinya tidak datang. Awie tentu tersenyum saat
> ini mengenangkan betapa malangnya nasib Erra Fazira
> akibat persekongkolan ini~webmaster
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
> http://personal.mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke