Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

....sambungan.....

 

Sekarang kita sambung pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 - Perkara 21 (Yakni permasalahan yang berkaitan dengan liwat).

 

Perkara 21 : Liwat di bawah kesalahan hudud.

  1. Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur samada dubur lelaki ataupun dubur perempuan, kecuali dubur isterinya sendiri.

 

[ Istilah yang digunakan oleh kita pada hari ini berkenaan dengan liwat ialah "homoseks", walaupun tidak begitu tepat tapi ia boleh digunakan bagi memudahkan kefahaman kita.Tapi liwat dalam hukum syara` ialah seperti yang disebut di atas.Kalau nak bagi lebih jelas lagi apa yang dikatakan liwat itu ialah apabila perlakuan seorang lelaki menggunakan zakarnya untuk bersetubuh pada dubur lelaki yang lain ataupun pada dubur perempuan yang lain, kecuali dubur isterinya sendiri.

Jadi kalau seorang lelaki bersetubuh dengan isterinya melalui "pintu belakang"; maka itu tidak dinamakan sebagai liwat di bawah hudud, tapi hukumnya jatuh kepada liwat di bawah ta`zir.Bila kita kata "pintu belakang", bermakna si suami setubuhi melalui dubur isterinya, bukannya menyetubuhi faraj isterinya melalui belakang.Yang ni kita kena faham sebab kedua-dua cara yang disebut ini adalah dua keadaan yang berbeza.

Yang dikatakan liwat di bawah hudud ialah apabila seorang lelaki meliwat lelaki yang lain, ataupun meliwat perempuan yang bukan isterinya. ]

Apakah hukum jikalau suami meliwat isterinya?...Disini ada beberapa pendapat dikalangan ulama` Islam. Jumhur (majoriti) ulama` berpendapat mengatakan bahwa haram hukumnya suami bersetubuh pada dubur isteri.Walaubagaimana pun ada beberapa pendapat yang kecil (minoriti) yang mengatakan bahawa harus hukumnya suami meliwat dubur isterinya.

[ Jadi kita pegang pendapat jumhur yang mengatakan haram bersetubuh pada dubur isteri. ]

Kemudian kita lihat pula apakah hukuman yang boleh dikenakan pada suami yang meliwat dubur isterinya?...Sebahagian ulama` mengatakan bahwa apabila suami meliwat dubur isteri, maka pemerintah tidak boleh menghukum si suami, kecuali jika si isteri mengadu kepada pemerintah kerana dia dizolimi.

[ Kita kena faham akan ayat di atas.Memanglah haram hukumnya bila si suami meliwat isterinya, tetapi pemerintah tidak ada kuasa untuk menghukum si suami, kecuali jikalau isteri mengadu kepada pemerintah bahwa dia dizolimi akibat daripada diliwat oleh suaminya.

Contohnya macam ni; jikalau suami meliwat isterinya, dan isterinya rasa seronok pula dengan perbuatan suaminya itu.Maka hukumnya tetap haram yakni maknanya mereka berdosa, tetapi pemerintah tidak boleh hukum si suami sebab isterinya rasa seronok. Tetapi jikalau si suami meliwat isterinya dan isterinya rasa dizolimi, isterinya rasa malu, isterinya rasa tak patut suaminya buat dia lagu tu, isteri rasa sakit akibat tercedera daripada liwat oleh suaminya; lalu si isteri mengambil keputusan untuk mengadu kepada penguasa (kerajaan), maka barulah boleh penguasa menghukum suaminya.Inilah yang kita kena faham stages tentang masalah liwat yang dibuat oleh si suami. ]

 

  1. Melakukan persetubuhan di dubur yakni liwat, hukumnya adalah haram, dan sama seperti bersetubuh di faraj perempuan yang bukan isterinya.Maka samalah hukumannya dengan berzina, iaitu mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud yakni direjam sehingga mati jika orang yang meliwat itu muhson, dan dikenakan hukuman sebat 100x sebatan dan dibuang negeri selama setahun jika orang yang meliwat itu qoiru muhson. ( Kitab ‘Kifayah al-Akhyaar’ : 2/111-112 )

[ Liwat hukumnya haram sama seperti zina.Walaupun dari segi sebutan perkataan antara kedua-duanya berbeza, tetapi dosa liwat/zina sama.Dan para ulama` mengatakan bahwa hukuman yang dikenakan kepada kedua-dua perbuatan ini juga adalah sama.

Sedihlah rasanya bila kita cakap pasai liwat ni, mau tak mau, kita pasti teringat akan kes DSAI.Sampai ada orang kata, "Saya kenai DSAI ni memang jahat orangnya.Pasai dia buat sungguh kerja terkutuk tu."...Bila kita tanya, "Macamana kamu boleh tau dia buat?"...Dia kata, "Saya tengok videonya."....Apaaaraaa! punya orang, ada lagi orang macam ni.Bagi terkejut orang aje.Video rupanya, kita ingat dia tengok sendiri.

Lalu diulas oleh ustaz Jailani (yang merupakan seorang peguam syarie maupun sivil) tentang kes liwat DSAI.Kata ustaz, "Kalau betul lah ada video yang menunjukkan bagaimana liwat itu betul-betul berlaku; pasai apa masa perbicaraan sedang berlaku tempohari ianya tidak ditayangkan dalam mahkamah?...Pasai apa video itu tidak dijadikan bahan bukti dalam mahkamah??...Pasai apa perbualan yang dirakam melalui kaset boleh dijadikan bahan bukti dalam mahkamah, tetapi video itu tadi tidak pula dijadikan bahan bukti dalam mahkamah???...Senang saja jawapannya tuan-tuan; iaitu tipulah jawabnya tu.Kalau betullah apa yang dirakamkan dalam video itu benar-benar berlaku, sudah pasti orang yang merakamkan filem itu akan kemukakannya ke mahkamah."...Dan sebagaimana yang kita tahu, dia tidak kemukakan ke mahkamah akan video itu sebagai bahan bukti. Jadi, ini menunjukkan bahwa ini adalah satu penipuan.Tapi ada juga orang kita yang percaya bulat-bulat.Dengan teknologi canggih la ni, benda-benda lagu ni senang saja pembikinannya sehinggakan macam real berlaku.Lebih-lebih lagi dengan adanya 3D sekarang ni, sehinggakan bila Jaws buka mulut, kita nampak macam betoi-betoi nak makan kita pula.Ini teknologi yang ada sekarang ni.Sebab itu, kita jangan tuduh sembarangan dalam kes zina/liwat ini.Untuk membawa kes zina/liwat ke muka pengadilan, kita mestilah ada bukti yang kukuh sepertimana yang diletakkan oleh syara` iaitu mesti ada saksi 4 orang lelaki adil. ]

  1. Orang yang melakukan kesalahan liwat sama hukumnya dengan orang yang berzina sebagaimana yang disebut dalam perkara 21(ii), adalah berdalilkan hadith-hadith berikut :-

[ Sekarang kita sampai kepada dalil-dalil yang nak menunjukkan kepada kita bahwa zina dan liwat ni adalah sama, yakni dari segi dosanya, dari segi cara pembuktiannya, dan dari segi bentuk hukumannya. ]

  1. Hadith Rasulillah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari; kata Nabi s.a.w., "Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang lelaki yang lain dalam keadaan kedua-duanya rela merelakan, maka kedua-dua lelaki itu adalah berzina." ( Syarah al-Muhazzab : 18/263 )

[ Ini adalah authority yang pertama untuk menunjukkan daripada Nabi s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari bahwa orang yang liwat dengan orang yang berzina adalah sama hukumnya. ]

  1. Hadith Rasulillah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a.; Nabi s.a.w. bersabda, "Sesiapa telah mendapatinya melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (meliwat), maka rejamlah yang di atas dan yang di bawah." (HR Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah )

[ Siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ‘orang yang diatas’ itu?...Itulah orang yang meliwat.Dan siapa pula ‘orang yang di bawah’?...Itulah orang yang diliwat.Mengapa Nabi s.a.w. menggunakan istilah ‘yang di atas’ dan ‘yang di bawah’?...Ini adalah disebabkan Nabi s.a.w. mengambil cara biasa yang dilakukan oleh manusia bila bersetubuh.Biasanya manusia bersetubuh, yang buat posisinya kat atas dan yang kena buat posisinya kat bawah.! Sekarang timbul persoalan; ada ka tidak orang yang buat posisinya kat bawah dan yang kena buat posisinya pula kat atas?...Ada jugak, mungkin yang nilah yang dikatakan kuak lentang tu kot. Adaka tidak cara mengiring??...Ada. Ada ka tidak sambil berdiri???...Ada. Pendekata, ia dilakukan dengan bermacam-macam gaya.Tapi cara yang Nabi s.a.w. sebut ni ialah mengambil suasana yang biasa berlaku ketika manusia bersetubuh, iaitu yang buat duduk kat atas dan yang kena buat duduk kat bawah.

Lucah ka saya kata lagu ni tuan-tuan?...Mungkin ada yang kata lucah tapi sebenarnya tidak.Kita kena terang sedemikian rupa supaya tidak akan timbul kekeliruan dikalangan masyarakat kita.Pasai apa kita kata lagu tu??...Pasai kita takut nanti ada yang baca hadith ni kemudian dia kata, "Sheikh, kami bukan buat macamana yang Nabi kata tu, tapi kami buat cara mengiring.Jadi bila atas takdak bawah pun takdak, maka kami tak kena rejamlah."...Orang macam ni mau sedeqah dengan kambe 3x2 di tengah belakang tu, pasai jenis tak mengaji.Maksud ‘yang di atas’ tu ialah orang yang buat.Manakala maksud ‘yang di bawah’ tu ialah orang yang kena buat.Tak kiralah; mengiring ka, bernyorong ka, berdiri ka, macamana ka; yang pentingnya ialah orang yang buat dan yang kena buat, kedua-dua nya wajib direjam dengan batu sampai mati. Inilah dia authority yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibn Majah. ]

Perkara 22: Musahaqah ( lesbian)

  1. Musahaqah (lesbian) ialah melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan, dengan menggeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.

[ Tak ke berdiri bulu roma bila baca lagu ni tuan-tuan?...Tapi apa boleh buat, benda-benda lagu ni semua ada dalam kitab. Bukan kata saja-saja seronok nak pi tulis; dak bukan lagu tu??...Jadi inilah dia apa yang pengarang huraikan kepada kita, yakni apa dia Musahaqah atau apa dia lesbian. Inilah dia contoh binatang yang pada zahirnya kita nampak manusia.Pasai apa kita kata lagu tu??...Sebab ALLAH SWT dah bagi kat kita ada lelaki/perempuan yakni jantina yang berbeza untuk dimanafaatkan, tapi ada juga orang yang buat kerja lagu ni.Sebenarnya depa ni bukan orang, tapi beruang.Orang yang buat kerja lagu ni adalah orang yang berdosa di sisi ALLAH SWT. ]

  1. Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman ta`zir.Dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman ta`zir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti-bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syara` untuk membuktikan zina.

[ Apa yang pengarang nak bagitau kat kita dalam perenggan ni ialah musahaqah ni tak sama sebagaimana liwat.Liwat adalah di bawah hudud, maknanya sesiapa yang didapati bersalah kerana meliwat wajib direjam dengan batu sampai mati...Okay yang ni clear.Tapi orang perempuan yang musahaqah ni, depa mendapat kelazatan seks dengan sesama perempuan dengan cara yang sama sekali berbeza dari liwat/zina. Jadi, mereka jatuh di bawah ta`zir yakni bukan di bawah hudud.Maksud mereka di bawah ta`zir ialah mereka tidak boleh direjam dengan batu sampai mati, tetapi hendaklah di ta`zir.Hukuman ta`zir ni pula adalah terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menjalankan hukuman, samada nak denda ka atau nak sebat ka atau nak penjara ka dan sebagainya, ianya terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.Kalau nak sebat, jangan sampai sama sebagaimana hudud.Yakni kalau hudud 100x sebatan, maka janganlah disebat mereka sampai 100x. Atau boleh juga kalau nak arakkan dia naik kereta ! jenazah ka atau usung dia dalam keranda ka, kita pakat usung dia keliling seluruh kampung untuk tunjuk kepada masyarakat bahwa ni dia rupa orang lesbian bagi memalukan dia. Cara begini pun boleh kerana dibenarkan dalam hukum syara`.Tetapi bilamana kata ‘ta`zir’, maka apa cara hukuman sekali pun, ianya terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.

Tapi kita perlu ingat, Musahaqah yang ada pada hari ini tidak terbatas sepertimana yang diterangkan oleh pengarang dalam perkara 22(i) itu sahaja.Sekarang ni ada bermacam-macam cara Musahaqah (lesbian).Kalau kita pi ke negara barat, kita akan berkesempatan tengok ‘sex shop’ yakni kedai yang jual barang-barang seks khusus untuk golongan Musahaqah ni; seperti zakar yang diperbuat daripada getah, vibrator, patung bentuk perempuan yang dibuat daripada getah lengkap dengan kemaluan sekali untuk dibeli oleh pelayar-pelayar atas kapal yang lama tak jumpa perempuan dan sebagainya.Ini dia cara orang barat.Tapi kalau ada orang Islam gatai juga nak menggunakan benda-benda lagu ni, mereka jatuh di bawah ta`zir. Pasai apa! ta`zir?...Sebab ia tidak melibatkan persetubuhan, walaupun kita nampak clear seorang perempuan tu ambik zakar palsu (buat daripada getah) lalu memasukkan ke dalam kemaluannya.Yang dikatakan persetubuhan dalam hukum syara` ialah apabila menggunakan kemaluan yang hidup dengan kemaluan hidup yang lain.Jadi apabila dua kemaluan hidup tadi terlibat, maka itu baru dinamakan hudud.Tetapi jikalau salah satu kemaluan tadi adalah kemaluan yang bukan hidup (misalnya, kemaluan yang dibuat daripada plastik, kayu dll.), maka itu tidak dinamakan persetubuhan.Samalah juga bagi orang lelaki, yang mana kalau dia masukkan zakarnya ke dalam faraj buatan daripada getah dan sebagainya, maka itu juga bukan dinamakan persetubuhan.Jadi apabila kita sudah faham ! dengan bab-bab sebegini, maka fahamlah kita pasai apa dalam hukum syara` Musahaqah ini tidak boleh dikenakan hudud. ]

....bersambung.......

 

 

 

 

 



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke