*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Kekadang orang tersalah tafsir dalam menuduh dan hukum.Selalunya
apa yang dikatakan ulama dengan perkara-perkara kafir adalah berlandaskan 
hadis dan alquran,tetapi apabila disampaikan kepada umum
yang jahil tentang hadis dan alquran mereka beranggapan itu datang dari 
ulama yang menjatuhkan hukuman,

lihat hadis ini"Bersabda Rasulullah s.a.w ,Barangsiapa meninggalkan 
sembahyang dengan sengaja maka ia kafir secara terang-terangan".

Kalaulah keluar dari mulut orang orang akan marah kalau bunyinya begini
"kau kapir kalau tinggalkan sembahyang dengan sengaja"tetapi perkara ini 
adalah sunnah yang dari hadis,mengapa pulak kita mempertikaikannya.

jangan huru hara kan keadaan.


>From: "weaponx" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* GAH: Bapa saya kata jangan hukum orang
>Date: Sun, 15 Apr 2001 11:56:31 +0800
>
>GAH: Bapa saya kata jangan hukum orang!
>
>Nama Penuh:     puteri elynna
>E-Mail: [EMAIL PROTECTED]
>Daerah: lakin
>Negeri: johore bahru
>Pekerjaan&jawatan/penuntut::    pengurus operasi
>Majikan/jabatan/univ/sekolah::  swasta
>Soalan: Assalamualaikum,
>
>Saya amat tertarik dengan web ini tapi setelah saya baca kesemua rencana di 
>sini saya masih terkeliru dan terkilan antaranya ialah.
>
>Saya dapati ahli-ahli panel di sini dengan mudah menjatuhkan hukum pada  
>orang. seperti golongan ini dan itu murtad, sesat dan menyimpang jauh dari 
>ajaran islam. Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa 
>ini tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain. Hanya terserah 
>pada Allah saja. Kita ini tidak ada satu saham pun dalam perciptaanNya. 
>Ahli-ahli panel dan saya pun sedang mencari jalan yang lurus. Apa akan 
>terjadi pada golongan GAH  yang ahli panel kata sesat adalah benar-benar 
>direstui oleh Allah, dan begitu juga pada golongan lain. Mahukah Ahli-ahli 
>panel bertanggungjawab nanti...
>
>sila jawab kekeliruan saya ini.
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Alhamdulillah, inilah jawapannya:
>Masalah: Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa ini 
>tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain. Apa akan terjadi 
>pada golongan GAH  yang ahli panel kata sesat adalah benar-benar direstui 
>oleh Allah, dan begitu juga pada golongan lain. Mahukah Ahli-ahli panel 
>bertanggungjawab nanti...
>Bapa saya menjawab: "Tanya soalan ini kepada GAH?"
>Bapa saya berkata lagi: "Yang mengatakan GAH sesat dan murtad ialah 
>kerajaan Malaysia, bukan anak saya. Tanya JAKIM."
>Saya bertanya: "Jika sesat dan murtad, kenapa GAH tidak diambil tindakan 
>sebagaimana puak2 tarekat sesat & al-Arqam?"
>Bapa saya menjawab: "Itu yg peliknya. Tanya Dr. M!"
>Saya bertanya: "Macam mana GAH bersembahyang?"
>Bapa saya menjawab: "Tanya Nabi Ibrahim a.s."
>Saya bertanya: "Kenapa mereka di gelar GAH?"
>Bapa saya menjawab: "Tanya Goldziher."
>Saya bertanya: "Bila hari kiamat berlaku menurut GAH?"
>Bapa saya menjawab: "Tanya Rashad Khalifa."
>Saya bertanya: "Mengapa Jamaah al-Quran Malaysia tidak ditubuhkan?"
>bapa saya menjawab: Tanya Anwar Ibrahim.
>Saya bertanya: "Kenapa umat Islam tidak boleh bersatu. Ada Ahlus Sunnah, 
>Syiah, Muktazilah dsbnya?"
>Bapa saya menjawab: "Tanya Kasim Ahmad."
>Saya bertanya: Benarkah Kasim Ahmad ahli *Umno* (kali pertama disebut di 
>aL-AHKAM)?
>Bapa saya menjawab: Tanya sabarudin Chik
>Komen: Mungkin bapa saya dulu pernah belajar ilmu Mantiq Aristotle.
>
>----------
>Masalah: Saya dapati ahli-ahli panel di sini dengan mudah menjatuhkan hukum 
>pada  orang. seperti golongan ini dan itu murtad, sesat dan menyimpang jauh 
>dari ajaran islam. Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia 
>biasa ini tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain. Hanya 
>terserah pada Allah saja. Kita ini tidak ada satu saham pun dalam 
>perciptaanNya.
>Jawab: Jika diandaikan, ada orang sembah berhala, dan mengatakan bahawa 
>patung itu adalah Tuhan sebenarnya, apa kamu mahu kata? Apa kamu mahu 
>hukum?
>
>Masalah: Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa ini 
>tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain..
>Jawab: Yang berhak mencipta hukum dan menghukum hanya Allah Taala. Manusia 
>tidak boleh samasekali merampas hakNya. Apa yang manusia boleh lakukan 
>ialah melaksanakan hukumNya, dan menyebarkan serta memberi kefahaman kepada 
>manusia tentang hukum-hakamNya. Orang yang berpengetahuan tentang 
>hukum-hakamNya hendaklah memberitahu dan memberi peringatan kepada orang 
>yang tidak tahu atau yang lalai. Jika ada orang yang menyembah berhala, 
>kita yg tahu hukum wajib memberitahunya bahawa ini adalah perbuatan syirik 
>dan sesat.
>
>Kita menyatakan bahawa kumpulan ini sesat dan murtad, bukan kerana kita 
>yang mencipta hukum itu. Tetapi berdasarkan hukum yg telah ditetapkan 
>Allah. Kita hanya menyampaikannya sahaja, agar manusia tahu. Agar manusia 
>menjauhkan diri darinya.
>
>Di Malaysia yg mencipta hukum ialah parlimen. Bukan polis. Bukan Jpj. Bukan 
>dewan bandaran. Juga bukan tok hakim.
>
>Apakah boleh, jika kita ditahan oleh JPJ, dan disaman, kita katakan, kamu 
>tidak berhak menghukum, menyaman.. bla.. bla... Yang berhak hanyalah 
>parlimen.
>
>---------
>Sebab itulah para Rasul di utus. Tujuannya ialah untuk memberi pedoman cara 
>bertauhid, mengajar hukum. Memberitahu halal haram. Memberi khabar gembira 
>serta memberi peringatan. Rasul membawa apa yang diwahyukan oleh Allah 
>untuk disampaikan kepada manusia.
>
>Apa akan terjadi jika Rasulullah s.a.w. ditanya, apakah hukum melakukan 
>begitu dan begini? Dijawabnya: Serahkan kepada Allah.
>
>Apa akan berlaku jika para ulamak ditanya: Apakah hukum berzina? 
>Dijawabnya: Serahkan saja pada Allah. Kita lihat diakhirat nanti apakah 
>zina itu halal atau haram?
>
>Apabila ditanya, apakah hukum memakan babi. dijawabnya: Ya, terserah saja 
>pada Tuhan. Kita tunggu di akhirat nanti, apakah babi itu halal atau haram.
>
>Jika ada wanita Islam yang murtad, katakan sahaja, biarkan Allah saja yang 
>hukum. Kita lihat nanti di akhirat, murtad itu boleh atau tidak?
>
>Apakah akan berlaku jika pemerintah dihadapkan dengan seorang pembunuh, 
>dijawabnya: Serahkan sahaja hukumannya kepada Allah Taala. Kita lihat di 
>akhirat nanti, apakah membunuh itu berdosa ataupun tidak.
>
>----------
>Dalam sejarah Islam pernah berlaku keadaan begini, di mana terdapat satu 
>puak yang digelar Murji'ah. Mereka mengembalikan segala hukum kepada Allah. 
>Dengan maksud, lihat sahaja di akhirat nanti siapa yang bersalah.
>
>---------
>Natijahnya: GAH adalah sesat dan murtad tanpa kompromi lagi! Dan ia wajib 
>dihukumkan begitu. Seseorang itu akan sesat juga jika dia mengatakan bahawa 
>GAH tidak sesat. Dan wajib juga mengkhabarkannya kepada semua orang dan 
>pada semua genarasi yang berikutnya bahawa GAH adalah kumpulan sesat dan 
>murtad. *Intaha...*
>
>Sekian. Wallahu a'lam.
>zain y.s.
>
>Rujukan:
>Tanpa rujukan
>
>
>[

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Selamatlah MALAYSIA" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke