*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada pagi 10 April (Selasa) lepas, saya (Zumrah Husni, isteri Ust. Dr. 
Badrul Amin) balik kampung dengan
memandu Honda Accord Hitam DR4554. Di perjalanan, 2 buah kereta mengekori 
saya dari KL sampai Sabak Bernam. Sampai rumah mak saya di Batu 38, 2 kereta 
yang mengekori itu menunggu di tepi jalan. Kemana saja saya pergi mereka 
akan ekori.
Hinggalah lebih kurang jam 6.50 petang itu, 3 buah kereta masuk kehalaman 
rumah. 2 buah kereta lagi menunggu di luar tepi jalan. 9 orang termasuk 
seorang beruniform Polis 2 paku (Mohd. Khairi Kassim) keluar dari 
kereta-kereta tersebut. 5 orang naik kerumah. Yang ada di rumah waktu itu 
hanya emak dan dua anak perempuan saya (Najwa 13 dan Nuha 12). Saya sendiri 
keluar pergi kenduri bersama ayah. Mereka bertanyakan Dr dan kononnya ingin 
menyampaikan berita bahawa kawan Dr telah terlibat dalam satu kemalangan di 
KL.
Setelah diberitahu yang Dr tiada di rumah itu, mereka terus masuk 
menggeledah tanpa memperkenalkan diri, tanpa menunjukkan Kad Polis atau 
Waran geledah. Setiap bilik dibuka termasuk almari dan bawah katil. Mereka 
juga naik ke atap rumah. Namun tak jumpa Dr. Mereka turun dan perintah buka 
bonet kereta dibawah rumah kalau-kalau Dr ada dalam bonet dan yang mereka 
jumpa hanya batang pancing. Mereka juga memeriksa sekitar rumah termasuk 
dalam bilik air dan tandas.
Mereka berada di rumah mak saya hingga lebih kurang 8.00 malam. Mereka 
meminta IC mak dan anak-anak saya untuk rekod (katanya). Ketika mak nak 
pergi solat Maghrib mereka tak bagi dan suruh mak saya jamak dengan Isya� 
saja. Mereka naik tangga rumah dengan kasut dan bila mak saya marah dengan 
berkata "... ini rumah orang Melayu, orang Islam sembahyang, saya orang 
Jawa........." salah seorang yang berpakaian biasa pun mengaku yang dia juga 
Jawa. Waktu itulah dia bagi tau yang mereka datang nak tangkap Dr.
Malam itu juga pada jam 12.30 tengah malam saya dan kakak serta abang pergi 
ke Balai Polis Sg. Besar buat report.  Kami sekeluarga amat kesal dan 
dukacita dengan sikap polis yang biadab dan tidak menurut etika dalam 
melaksanakan tugas. Mungkin mereka anggap yang mak saya sudah tua maka boleh 
di buli sesuka hati (mak saya demam pada masa ini mungkin terperanjat).
Pagi 11 April saya balik ke KL dengan diiringi oleh 4 kereta yang tidak saya 
kenali. Hingga kini (Sabtu 14 April) mereka masih berkawal di depan rumah 
mak di Batu 38 Sabak Bernam dan juga di rumah saya di Tmn. Desa Jaya, 
Kepong.
Saya menasihati Polis supaya lebih bertanggung jawab dan profesional dalam 
melakasanakan "arahan" bos mereka dan bertindaklah seperti manusia dan 
jangan seperti anjing.
Sekian.
Luahan hati isteri seorang reformist.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke