*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pagawai penguatkuasa DBKL tu..tak berhati perut langsung....kalaulah kes
seperti itu terjadi pada bini dia, apa agaknya tindakan dia......
----- Original Message -----
From: "Rumah Kecil Tiang Seribu" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, April 16, 2001 12:09 PM
Subject: Re: H-Net* TUNDA KERETA SWASTA DBKL....... .


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 16 April 2001
>
> KUALA LUMPUR: Seorang wanita sarat mengandung mengalami trauma selepas
> anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara tiba-tiba
> menunda keretanya ketika dia masih berada dalam kenderaan itu.
>
> Keadaan itu menyebabkan dia menjadi cemas dan menangis kerana tidak
> menyangka akan diperlakukan sebegitu.
>
> Nor Amija Miskon, 33, berkata pada 4 April lalu, keretanya ditunda
berikutan
> kesalahan meletak di tempat yang tidak dibenarkan di Jalan Bangsar,
> kira-kira jam 12.23 tengah hari.
>
> Dia yang mengandung sembilan bulan itu, berkata, ketika keretanya ditunda,
> dia berada di tempat duduk hadapan (memandu) selepas diarahkan anggota
DBKL
> terbabit.
>
> "Saya baru mendapat pengesahan doktor dua tiga hari sebelum kejadian itu,
> saya akan melahirkan anak tidak lama lagi dan apa yang berlaku pada hari
itu
> membahayakan keselamatan saya dan anak dalam kandungan.
>
> "Sepatutnya anggota lori penunda DBKL menggunakan budi bicara," katanya,
> semalam.
>
> Dia yang bekerja sendiri mengakui meletak kereta di tepi jalan berkenaan
> untuk ke pejabatnya di bangunan berhampiran berikutan tidak larat hendak
> berjalan jauh dalam keadaan sarat mengandung.
>
> "Saya turun untuk mengalihkan kereta selepas kawan saya menelefon
> memberitahu kakitangan DBKL sedang menyaman kereta yang melakukan
kesalahan.
>
> "Apabila turun, saya mendapati bahagian depan keretanya diangkat lori
> penunda itu. Saya merayu supaya lelaki itu tidak menunda kenderaan
terbabit.
>
> "Anggota DBKL itu meminta saya berbincang dengan pegawainya yang kebetulan
> datang dengan menaiki motosikal," katanya.
>
> Beliau merayu kepada pegawai DBKL itu supaya tidak menunda keretanya,
> memandangkan keadaannya yang sarat mengandung tetapi pegawai DBKL itu
tidak
> memberi sebarang jawapan.
>
> "Ketika saya berdiri di tepi kereta, anggota lori penunda DBKL berkenaan
> mengarahkan saya masuk ke dalam kenderaan.
>
> "Saya mengikut arahan dengan harapan anggota terbabit berbincang dengan
> pegawainya bagi melepaskan saya.
>
> "Bagaimanapun, sangkaan saya silap apabila anggota terbabit terus menunda
> kereta saya tanpa memberitahu apa-apa," katanya.
>
> Amija yang terkejut dengan kejadian itu terus membunyikan hon kereta
> memintanya supaya berhenti, tetapi lelaki itu langsung tidak memandang ke
> belakang walaupun dia tahu saya ada dalam kereta.
>
> "Saya tekan hon kereta sehingga ia rosak dan tidak boleh berfungsi lagi,"
> katanya.
>
> Lori penunda itu, katanya, terus membawanya ke depoh menyimpan kenderaan
> tunda di Jinjang. Kereta itu hanya dipulangkan semula selepas suami Nor
> Amija, Firdaus Mohammed, 39, datang.
>
> Mereka kemudian menemui penyelia DBKL di pejabat berhampiran depoh itu dan
> kemudian bertemu dengan pegawai di bahagian penguatkuasaan untuk mengadu
> selain membuat laporan polis di Balai Polis Travers.
>
> "Saya rasa saman yang dikenakan sebanyak RM300 secara mandatori itu adalah
> tidak patut," katanya.
>
> Apa yang dikesalkan, katanya, lelaki menunda keretanya itu dan kakitangan
> depoh di Jinjang langsung tidak meminta maaf kepadanya.
>
> Mengenai saman berkenaan, dia berkata, dia ingin melihat dahulu sama ada
> DBKL akan mengambil tindakan terhadap aduannya atau tidak.
>
> Jika tiada tindakan diambil, katanya, dia akan menulis surat kepada Datuk
> Bandar.
>
>
>
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Aku bukan nak membela mana-mana pihak. Cuma bila membaca rintihan dan
> rungutan mereka yang pernah ditarik kereta/van mereka oleh DBKL, aku ingin
> juga ler memberikan pandangan.
>
> Masyarakat Malaysia kita ni memang dari spesis yang pelik dan mungkin juga
> exotic. Kalau time kita bawa kereta/motor dan jalan menjadi sesak
disebabkan
> ada orang yang tak perihatin meletak kereta mereka bukan ditempatnya
> (menghalang lalulintas), kita NAIK ANGIN. Kita maki dan carut makhluk yang
> meletakan kereta mereka tak kena tempat itu. Dalam masa yang lain pulak,
> kalau kita nak parking kereta/van/motor, kita terlupa atau buat2 lupa
bahawa
> kita mungkin menimbulkan kesusahan kepada berpuluh atau beratus pengguna
> jalan raya yang lain. Satu lagi penyakit, bila nak singgah beli barang di
> kedai, orang kita ni kalau boleh nak pandu kereta/van/lori/motor dia
sampai
> ke pintu kedai (kalau pun tak ke dalam kedai). Kerana semua nak buat macam
> tu, maka jalan dihadapan kedai tu akan menjadi sesak dan menjadi punca
> kepada traffic jam yang menyusahkan semua orang. Yang peliknya tu, kalau
> kita yang DISUSAHKAN kerana perbuatan orang lain, kita akan melompat dan
> marah-marah tapi kalau kita yang MENYUSAHKAN orang lain, kita tak pulak
> terasa bersalah. Jadi bagi pandangan aku, seseorang atau sesuatu pihak
harus
> mengambil tanggungjawab bagi mengatasi perkara ini.Kalau nak bagi ceramah
> dan pendidikan, dah berbuih dah mulut orang berkempen , perangai pengguna
> jalanraya Malaysia masih macam tu juga. Pihak yang paling wajar dan layak
> sudah tentulah Pihak Berkuasa Tempatan (DBKL, Majlis Perbandaran dan yang
> sewaktu dengannya). Suka tak suka perkara ini perlu. Kalau tidak sampai
> kiamat pun, masyarakat kita yang tergolong dalam kategori spesis pelik dan
> exotic ni tak akan mendisiplinkan diri. Kalau kita menjadi "mangsa" tarik
> kereta, itu bukan kerana mereka terdiri daripada kroni mana-mana pihak,
> tetapi kerana kita yang mengundang mereka menarik kereta kita dengan cara
> meletak sesuka hati. Kalau dah tahu petak kuning (kecuali bagi yang  rabun
> warna), kenapa parking dekat situ juga? Belajar ler berjalan jauh sikit,
> cari ler tempat letak kereta yang disediakan. Kalau semua orang lain boleh
> parking ditempat yang betul, kenapa kita tak boleh? Apa lebihnya kita
> sehingga tak boleh ikut macam orang lain. Satu lagi yang aku nak
> sebut/cadangkan disini, supaya DBKL dan Polis Trapik menswastakan kerja
> menyita kenderaan yang didapati memotong traffic que dipersimpangan2
jalan.
> Orang lain jenuh que, tup-tup ada makhluk jahanam yang senang2 potong que
> dan himpit orang lain dan mencelah masuk dihadapan. Aku cadangkan bila ada
> saja makhluk yang buat macam tu, pihak yang diberikuasa oleh DBKL atau
> Polis, terus pergi dan sita kereta berkenaan. Tak perlu ditarik pun tak
apa,
> biarkan dia duduk disitu sampai petang atau kalau kejadian sebelah petang
> biarkan disitu sampai besok pagi. Tak payah kompaun pun tak apa. Itu saja
> cara nak ngajar spesis pemandu di Malaysia ni. Kalau Pihak Berkuasa saman
> dan tarik, dikatakan tindakan samseng, tapi gelagat dan sikap pemandu yang
> lebih samseng, dilupakan. Harap maaf kalau ada yang berbulu telinga dan
naik
> juling bijik mata membaca pandangan aku ni.
>
>
> >From: "Saharudin Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: apanama <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* TUNDA KERETA SWASTA DBKL BAGAI PENYAMUN tanpa lesen .
> >Date: Fri, 13 Apr 2001 19:35:50 +0800
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamualaikum,
> >saya pun dah tumpang cerita sikit,tapi......cerita asalnya drp
> >sahabat saya,kes DBKL tunda kereta org juga,brader nie
> >dah berumur sikit,lepas dia park kereta tempat salah,KL
> >nie mana ada tempat parking byk,mungkin idea kroni nak
> >cari duit,sengaja limitkan tempat parking,kemudian DBKL
> >datang tunda,dia keluar tengok kereta tak de,kemudian
> >dia nampak DBKL tengah tunda kereta lain,dia cari batu
> >balik lori DBKL tunda,kemudian diaorg dtglah nak batai
> >brader tu,lalu brade nie sound,"ha nie bekas armie,kauorg
> >berani dtglah,kauorg ingat kauorg je ada geng,"lalu diaorg
> >pun blalah,tengok brader tu dah naik syeikh.itulah lebih
> >kurang kisahnya,kalau terlebih/terkurang harap maaf,saya
> >bukan perawi yg adil.elok pun diaorang kene macam tu,
> >kalau tidak tak serik.semua yg berlaku ada rahsia yg kita
> >sendiri tak tahu.saya pun dah lama tak turun KL,tak lalulah
> >dgn jam....jam org & dah juga jam kenderaan.wallahu'alam.
> >
> >ra'yat yg simpati.
> >
> >apanama wrote:
> >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamualaikum,
> > >
> > > Jabatan Pengurusan Organisasi, Dewan Bandaraya Kuala
> > > Lumpur, Tingkat 5, Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut,
> > > 50350 Kuala Lumpur. Tel : 03-26934531 samb. 3852
> > > Faks : 03-26980640 [EMAIL PROTECTED]
> > >
> > > Yang di hormati Datuk Bandar KL dan kakitangan2 DBKL;
> > > semoga semua berada dalam sihat walafiat dan ceria.
> > >
> > > Harap2 tuan/puan sudi apalah kiranya membaca rintihan2
> > > pemilik2 kereta yg mengalami "sedikit" kesukaran semasa
> > > berada di KL yg tercinta ini. Lebih senang kalau letakkan
> > > tuan/puan ditempat mereka. Memang benar, undang2 tetap
> > > undang2. Tapi kalau perlaksanaannya macam samseng, jadilah
> > > ianya undang2 samseng. Dan tak heranlah kalau penghuni
> > > KL ni hidup cara samseng dimana kerugian akibat vandalism
> > > begitu tinggi seperti yang diceritakan oleh Datuk Lee Lam
> > > Tye.
> > >
> > > >----- Original Message -----
> > > From: Aida Annuar <[EMAIL PROTECTED]>
> > > To: <[EMAIL PROTECTED]>
> > > Sent: Friday, March 30, 2001 2:45 PM
> > > Subject: H-Net* TUNDA KERETA SWASTA DBKL BAGAI PENYAMUN
> > > tanpa lesen .
> > > ~~
> > > Assalamualaikum .
> > > Saya pun ada mengalami nasib seperti tuan . Pada hari
> > > Sabtu 3 minggu yang lepas saya ada pergi kepasar malam TAR
> > > Biasanya pada belah petang kita boleh parking di bawah
> > > pokok di panggung Caliseum . Belum sampai 1 jam saya
> > > teringatkan beg duit saya yang tertinggal dalam kereta ,
> > > kemudian saya balik ke kereta semula,saya tengok
> > > kereta saya dah tak ada ,mula saya ingatkan kereta saya
> > > hilang tapi ada abang mat pit beritahu yang kereta saya
> > > dah di TUNDA oleh DBKL . Saya pun teringatkan beg duit saya
> > > yang tertinggal dalam kereta yang mengandungi sejumlah
> > > rm 1500 . Saya pun teruslah menuju kearah bangunan DBKL ,
> > > kemudian saya berjumpa dengan salah seorang penguatkuasa
> > > di situ dan berceritakan mengenai kereta saya dikena tunda.
> > > Lalu beliau menceritakan yang menjalankan aktiviti tersebut
> > > semua pihak swasta tapi mengunakan lebel DBKL . Beliau
> > > sendiri menyuruh saya panggil gengster untuk pukul mereka
> > > yang menjalankan aktiviti ini . Saya sebagai perempuan apa
> > > yang mampu saya lakukan . Tapi yang menjadi musykil saya tu
> > > , dalam saya duduk menantikan bapa saya, lebih dari 10 biji
> > > kereta tunda datang menunda kereta ,tapi mereka seperti
> > > buat kerja dalam tergesa-gesa ,mereka akan tarik kereta
> > > yang nak ditunda tu jauh dari tempat parking kemudian baru
> > > mereka pasang tayar untuk tunda . Ini yang menjadi
> > > kemusykilan saya . Kemudian saya berjumpa dengan salah
> > > seorang penguatkuasa DBKL yang sedang memberi arahan kepada
> > > beberapa orang penunda , kereta mana yang hendak ditunda .
> > > Bila saya datang dan memberitahu yang saya tertinggal beg
> > > duit saya dalam kereta dan kereta saya telah beliau tunda .
> > > Tapi dengan sendiri beliau terus call orang dia dan
> > > mengarahkan kereta saya boleh dikeluarkan tanpa membawa
> > > geran dan entah apa-apa document atas nama beliau . Tapi
> > > sampai sekarang saya masih berada dalam ketakutan dan rasa
> > > kesian dengan kereta saya yang terpaksa di tarik kesana
> > > kemari dengan teruknya . Atas dengan nasihat bapa saya dan
> > > rakan-rakan, saya malas nak bayar kompoun yang di kenakan .
> > >
> > > --------
> > >
> > > From: Bistari Berahim[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > > Sent: Thursday, March 29, 2001 8:11 PM
> > > To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> > > Cc: [EMAIL PROTECTED]
> > > Subject: H-Net* Re: TUNDA KERETA SWASTA DBKL BAGAI
> > > PENYAMUN BERLESEN
> > >
> > > Tuan Editor,
> > >
> > > Bersama ini saya ingi menceritakan pengalaman yg saya alami
> > > dlm permasalahan tunda kereta swasta DBKL yg sedang rancak
> > > berjlan di ibu kota Kuala lumpur. Peristiwa  berlaku pada
> > > Hari Selasa 27.3.2001 yg lepas.domana van saya telah
> > > ditunda oleh Tunda swasta DBKL pada jam 5.10 petang dimana
> > > van tersebut saya telah salah letak di garisan kuning yg
> > > tiadanya Kawasan tunda kereta di Jalan Ampang bertentangan
> > > dgn Bank Of China.Kerja tundaan berlaku tidak sampai 10
> > > minit ,saya dapati van saya hilang dari tempat parking
> > > tersebut.Tanpa sebarang surat yg ditinggalkan , dan saya
> > > beranggapan bahawa van saya telah hilang.Akibat dari
> > > peristiwa itu saya dapati satu Agenda tersembunyi dlm
> > > kegiatan Tunda swasta yg dijalan OLeh Pihak DBKL.Dimana
> > > sekitar kawan tersebut kurang tempat letak kereta dan Pihak
> > > DBKL Memang mengambil peluang utk memeras Kompaun terhadap
> > > tuan punya kenderaan.Pihak tunda kereta swasta bagaikan
> > > seperti penyamun mengambil kereta dan kesempatan bagi
> > > memenuhi kuota bilangan kereta yg perlu di tunda dlm
> > > sehari. Dahlak van saya ditunda,permasalahan untuk
> > > mengeluarkan kereta tersebut memlalui birokasi yg amat
> > > teruk,dimana pihak tuan punya kereta perlu menunjukkan
> > > dokumen kereta tersebut seperti geran dan cover insuran,
> > > bagi membolehkan kereta tersebut dikeluarkan.Sedangkan
> > > tunda kereta yg dijalankan sebagai Perompak yg diberi Lesen
> > > oleh pihak DBKL utk mengutip sejumlah wang kompaun utk yang
> > > perlu di bayar sebanyak RM 300 utk kampaun, RM 50 utk tunda
> > > ,RM 5 utk simpanan kereta .Kawasan simpanan kereta adalah
> > > Di Taman Shamelin.Amat menyulitkan bagi saya krn saya
> > > datang dari jauh dari kampung N.Sembilan utk menghadapi
> > > Permasalahna Tunda Kereta.Saya dapati tempat tersebut baru
> > > dan ianya diadakan utk merompak duit rakyat secara halal
> > > dengan lesen yg dikeluarkan oleh DAto Bandar Kuala Lumpur.
> > > Saya akui kesilapan saya atas kejadian.Disini ingin saya
> > > berkongsi pengalaman tunda keretra swasta yg membebankan
> > > saya juga masyarakat marhain.Dapat kiranya pihak tuan
> > > menghebahkan Tentang permasalahan tersebut supaya rakyat
> > > yg lain tidak teranayai dengan cara duit rakyat diperas dlm
> > > kemelut ekonomi yg agak merungcing ketika ini. Sekian utk
> > > makluman Pihak tuan dan dapat kiranya pihak tuan menyiarkan
> > > surat ini utk dijadikan iktibar dan peringatan agar jangan
> > > perkara yg sama berulang pada yg lain.
> > >
> > > ----------------------------------------------------------------------
> > > Get your FREE ShyMail account!
> > > http://www.shymail.com/
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "Saharudin Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Rumah Kecil Tiang Seribu" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: joey <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke