*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buktikan dan pastikan kesahihan cerita.... bertolong-tolonglah kearah 
kebaikan dan bukannya ke arah kejahatan. Nescaya kejahatan akan berbalik kpd 
yg menuduh.


>From: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: undisclosed-recipients:;@hizbi.net
>Subject: H-Net* PENIPUAN YAB MOHD KHIR TOYO
>Date: Tue, 17 Apr 2001 00:49:44
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>PENIPUAN YAB MOHD KHIR TOYO DIRBONGKAR OLEH KETUA CAWANGAN..!!
>
>.....
>Dua email datang dari Selangor.Saya turunkan sebahagian dari nya:
>
>[[��. Mungkin sdr. masih ingat pertemuan kita di Hotel Pan Pasifik KL. 
>Waktu itu saya mewakili Bahagian ke Perhimpunan. Cawangan saya memang 
>berdaftar dan senarai ahli-ahli memang kemas. Walaupun kami tidak membayar 
>yuran tahunan, tetapi kami masih dapat resit bayaran. Itu biasalah. Jika 
>tidak, keahlian akan mati dan dimansuhkan.
>Dua minggu dulu, saya di panggil ke Pejabat MB Selangor. Wakil beliau 
>meminta saya supaya ahli-ahli di Cawangan saya supaya membuat permohonan 
>baru sebagai ahli UMNO. Kata beliau, keahlian saya dan 72 orang dalam 
>senarai tidak ada dalam daftar pengundi. Saya membantah, saya tanya, 
>mengapa tidak? November �99 nama-nama tersebut telah mengundi ditempat 
>kami. Ertinya, 73 orang kami adalah ahli UMNO dan pemilih yang berdaftar 
>dgn SPR. Saya diberi jawapan, katanya, "Arahan pihak atas, tiap Bahagian 
>UMNO diseluruh Malaysia diarahkan mensenaraikan sejumlah ahli-ahli UMNO 
>membuat permohonan. Pada hari penerimaan keahlian UMNO nanti, mereka 
>dikehendaki melafazkan ikrar iaitu mereka adalah ahli-ahli Pas dan parti 
>Keadilan yang bertindak keluar parti mereka".
>Saya terkejut. Saya jawab, "Itu adalah satu pembohongan. Salah dari segi 
>hukum, mungkin juga dari undang-undang. Jika saya tak mau bagaimana?". 
>Kerana saya bertindak keras dan membantah, mereka yang mewakili MB itu 
>meminta saya supaya bekerjasama. Katanya, "Ini politik. Kita kena buat 
>begini. Kalau tidak, orang Melayu akan menyangkan UMNO betullah hancur. 
>Umno kalau kalah, kita juga yang rugi." Kata wakil MB berkenaan. Saya tidak 
>boleh memberi keputusan. Cuma saya jawab, jika perkara seperti ini 
>terbongkar oleh pihak musuh politik UMNO, maka susahlah UMNO jadinya. Saya 
>tak yakin perkara ini boleh menyelesaikan kegawatan UMNO sekarang. Saya 
>memang susah hendak meminta kerjasama ahli-ahli UMNO sekarang, sebab 
>pengaruh Pembangkang memang sudah nampak. Buktinya, kehadiran koram 
>mesyuarat Cawangan dulu pun tidak cukup jumlah. Bila saya sampaikan 
>cadangan tuan itu kepada mereka, tentu mereka ketawa dan mengejek UMNO. 
>Saya tak tau mahu tanggung malu. Saya anak tempatan," jawab saya.
>Seketika kemudian mereka menjanjikan kepada saya ganjaran bagi melakukan 
>perbuatan itu sejumlah Rm100 bagi tiap-tiap orang yang sanggup mengaku 
>melompat dari PAS kepada UMNO walaupun sebenarnya mereka adalah ahli UMNO 
>sendiri. Bagi yang mahu mengaku kununya melompat dari parti Keadilan pula, 
>ganjarannya ialah Rm400 bagi satu kepala. Dengan rasa rendah diri saya 
>menolak tidak sanggup berkerjasama dalam perkara rasuah seperti ini. 
>Perbincangan kami selesai kerana saya berkeras. Saya dijanjikan konterek 
>tanam bunga di Majlis Perbandaran tempatan (?) sejumlah Rm10,000 sekiranya 
>sanggup menguruskan perkara itu.
>
>Saudara,
>
>Saya bertekad tidak akan melakukan perkara terkutuk itu. Tetapi saya nampak 
>di Bahagian lain di Selangor telah terdengar YAB Mohd. Khir
>Toyo akan meresmikan peralihan sokongan ahli PAS kepada UMNO. Saya fikir, 
>kejadian itu adalah serupa dengan apa yang pernah berlaku
>kepada Cawangan saya. Ertinya, pemimpin UMNO telah menipu diri sendiri. Itu 
>hanya promosi saja. Sebenarnya tak ada.
>
>Kami di cawangan ini kemungkinan akan membubarkan keahlian kami. Beberapa 
>orang kami dari pemuda UMNO ada yang pergi ke KL untuk sama-sama berdemo 
>dengan Parti Keadilan. Fahamlah saya sekarang kerja pemimpin UMNO yang 
>cukup kotor berkempen. Saya menulis kepada sdr kerana dlm rencana, sdr 
>mengaku sebagai bekas ahli Umno. Jika Sdr. menyiarkan surat saya di 
>internet, tolong jangan tulis nama dan email saya. Saya tidak hendak 
>dikesan oleh pihak tertentu. Percayalah, saya tidak akan menyokong UMNO 
>lagi. Saya dan beberapa orang telah melihat kaset dan CD mengenai Datuk 
>Seri Anwar. Memang zalim.
>Wassalam.."]]
>
>Berpaling Tadah
>
>Ulasan:
>Siapa boleh varify samada cerita dalam email tersebut di atas tidak benar? 
>Dari maklumat yang saya perolehi memang ada kejadian begitu berlaku. Cuma 
>kita tidak mampu mengambil inisiatif mempastikan kebenarannya. Tetapi 
>memandangkan rasuah memang berleluasa berlaku dalam UMNO, kejadian seperti 
>ini tidak mustahil. Apatahlagi, Khir Toyo sedang menghadapi saingan sengit 
>untuk mengekalkan jawatan dalam parti dan dalam kerajaan. Dari mesej yang 
>diemailkan kepada saya, Mohd Khir berharap, sekalipun beliau tidak berjaya 
>sebagai ketua bahagian, beliau berharap supaya Dr. Mahathir akan melantik 
>beliau sebagai calun bagi pemilu 2004. Apakah Khir akan menang? Nampaknya, 
>Mohd. Khir tidak berjaya menyatukan penyokong dibelakang beliau. Adakah 
>Khir akan berpindah ke Puterajaya. Kita akan tengok dia akan jadi "sup 
>mamak" di warong mamak "tengku" Adanan!! Adakah Shahidan Kassim akan 
>berlakun seperti Mohd Khir Toyo? HAHAHAHAH��!!
>Amin Sapiro
>(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)
>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "MOHD_HAKEEM AHMAD" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke