*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~
Dua tiga hari ini orang heboh bersembang pasal politik wang, jadi mai kita
sama-sama sembang bab ini; seronok jugak walau pun kita sama-sama tahu, kita
sembang nie pun sembang kosong saja, lima duit pun tak dapat.
Politik wang, namanya cukup sinonim dengan UMNO di era pemerintahan Dr
Mahathir. Ingat-ingat sekali, apa salahnya politik wang? Biaq pi lah depa nak
rasuah ka apa ka, bukannya ada kena mengena dengan rumahtangga kita pun.
Kalau sungguh tak ada kena mengena dengan kita, kita memang tak kisah pun,
mampuih lah nak jadi apa kat depa; nak makan politik wang sampai
termuntah-muntah ka, ikut suka depalah . Buat apa yang kita dok pi gatai
pungkoq nak kacau sangat nie?
Masalahnya satu saja tuan-tuan; politik wang menyebabkan sesiapa saja wakil
Rakyat yang terpilih akan end up jadi Wakil Tauke dan bukannya lagi Wakil
Rakyat; apa-apa tindakan dan gerak laku serta halatuju sebarang project yang
berselindung di bawah nama "Sebuah Lagi Project Oleh Kerajaan Barisan
Nasional" akan berakhir sebagai sebuah lagi project untuk Tauke yang sudahpun
berhabis berjuta-juta ringgit untuk membantu menaikkan calun2 berkenaan.
Apa hangpa ingat calun-calun UMNO tu kaya sangat ka? Kalau sungguh kaya, depa
tarak nak masuk politik aih; sebab bisness melalui politik nie bukannya secure
sangat. Contohnya, kilang Melayu paling gempaq di Pulau Pinang suatu ketika
dulu, iaitu Kilang Popular Profile yg terletak di kawasan Industri Perai; dulu
nala punya hebat, nak masuk lobi pun ketaq kepala lutut sebab dua tiga bijik
kereta mewah milik Manager dia terparking kat depan lobi, sebuah tu warna
kelabu cerah gelap meka Jaguar; yang manager2 Melayu peringkat bawahan yg
depa tarik mai dari syarikat2 gergasi Multinational tu pulak siap dengan Motor
Besar sorang satu; sesekali dengar cerita, semua pekerja kilang tu diberi
peluang bawak anak bini makan angin di Langkawi atau mana-mana. Memang hebat
habis!
Tup, tup meletup kes Anwar Ibrahim; kerana kilang ini diwar-warkan ada bau-bau
bacang dengan kem Anwar, maka sama jugak macam riwayat politik Anwar Ibrahim ;
kilang itu pun terpelanting sama dan hingga ke hari ini masih ada mereka2 dari
kilang berkenaan yang masih dok tanam anggur!! - tak pasti pulak sudah masak
ke belum.
Pendekkata, orang2 UMNO yg kita nampak kaya dan mewah tu, tak kaya tara mana
aih, semuanya naik kalau tak kerana kroni, mesti kerana ada Tauke yang bela.
Okay, berbalik kpd kisah politik wang; kadang2 orang fikir, ish banyak sungguh
duit depa nie, sampai boleh bagi setiap orang RM1000 sorang macam Ahmad Lebai
Sudin di Kedah atau pun kalau kedekut sangat, boleh la juga huluq RM500 sorang
macam calun yg menentang Ahmad Lebai Sudin tu yang bernama al-Ustaz Politikus
Wang Fadzil Hanafi!!
Soalannya, pasal apa depa cuma berani dakwa Non Toyu tapi tak buat apa-apa kat
Ahmad Lebai Sudin atau pun al-fadil politikus wang Fadzil Hanafi?
DEPA CUMA BERANI CEKUP NON TOYU SAJA (Datuk Zainol Mat Isa - BALING) SEBAB
CEKUPAN KE ATAS NON TOYU ADA MUSLIHAT POLITIK YG LEBIH BESAR!!
Alah, sapa tak tau yang Nakhaei AJK Majlis Dsiplin UMNO tu memang dok aim nak
bertanding di Baling pun; balik tempat asal yang dia menang atas tiket PAS
tahun 1978 dulu. Kalau Non Toyu jatuh, sapa lagi yang boleh mencabar Nakhaei!!
Piirah Nakhaei, budak Darjah Satu kat kampung Tanjung tu pun boleh baca la
hang punya pergerakan politik . Hang tak kan marah lagi kot kes orang2 kampung
pulau hang masa orang tua hang meninggal hari tu.
Terlajak sembang pasal Non Toyu di atas tu; saya teringat perbualan saya
dengan sorang makcik Tua di Pendang di penghujung tahun 1998/awal 1999 dulu;
rumah makcik nie terletak di sebelah sebuah markas PAS di kawasan Kg Gajah
Mati, Pendang. Sekali tu masa saya singgah kat rumah dia, timbul cerita Anwar
Ibrahim. Dia kata:
"Ish, kesian sungguh aku kat budak Nuar tu; awat la depa tergamak buat macam
tu kat dia. Aku nie bukan sokong dia (makcik nie pure PAS), tapi kesian kat
dia kena naya."
Kemudian makcik tu sambung lagi kisah Anwar:
"Hari tu Pak Non (Datuk Zainol Mat Isa) singgah mai rumah aku, aku tanya la
dia awat UMNO dok buat naya kat budak nuar tu, Non kata, nak buat cam na, itu
kerja orang atas, dia tak tau apa2. Lepas tu aku kata kat dia 'Hang jaga-jaga
la Non, hari ini depa buat kat Nuar, besok depa boleh buat kat hang pulak!!".
Pak Non tak kata apa, dia diam saja"
Ha, hari ini, benda tu dah kena kat Pak Non, mungkin bila Pak Non baca tulisan
saya nie, dia akan teringat semula perbualan dia dengan makcik tua, rumah kayu
dua tingkat di tepi Markas PAS Pendang tu!!
Pak Non nie sebenarnya nasib politik dia agak malang sikit; masa zaman 46
dulu, orang pernah heboh siap dengan surat layang merata jalan dok pi kata dia
nie geng 46; bila timbul kes Anwar pulak, ada orang dok kait dia dengan Anwar;
awat daknya dua tiga hari sebelum Anwar kena buang dari MT, ada keluar gambar
dia dengan Anwar dlm TV masa Anwar pi rasmi Sukan Air di Langkawi.
Diringkaskan cerita, maka Pak Non kita ini pun digantung, tak boleh mengundi
hingga tahun 2007.
Dok tunggu apa lagi Pak Non, hang buatlah macam kawan hang di Beserah sana nu,
buatlah gempak kata nak letak jawatan ADUN, mesti menyembah2 punya Dr Mahathir
mai cari hang!!
Aik, cerita politik wang yang pendek nie dah jadi panjang pulak; okeylah kita
stop di sini dengan satu renungan untuk semua:
Calun2 yg bertanding guna politik wang tu depa tak rugi apa-apa; lima duit pun
tak rugi. Masa nak bertanding, depa pi cari Tauke mana-mana, pi habag katakan
nak kena guna RM5 juta untuk memenangi kerusi Ketua Bahagian. Bila dapat RM5
juta tu; yg depa hulur kat Perwakilan mungkin dalam sejuta saja, yg lebih RM4
juta tu lagi masuk poket depa. Untung kan?
Kemudian, apabila depa ditakdirkan jadi ADUN atau Ahli Parlimen atau pun
sekurang2 Ahli Majlis Daerah; depa ada kuasa luluskan project, tender, balak
dsg. Dan kerana mengikut Rukun Politik Wang, project2 berkenaan of courselah
kena bagi dulu kat Tauke yg bagi RM5 juta tadi. Opps, bagi saja ka? No way,
dapat lagi 10% setiap project. Untung lagi kan?
Itulah sebabnya orang2 UMNO dari sepesies nie hangpa tok sah dok kempen lah,
depa tarak nak masuk Pas aih. Buat habis air liuq hangpa saja; baik pi
berzikir lagi baguih daripada dok berdebat dengan puak2 nie.
Kepada puak-puak ini, elok kot, bila dekat nak mati nanti, tinggallah pesan
kat anak cucu hangpa jangan dok buat kenduri arwah, tapi bakaqlah duit kertas
untuk "kesejahteraan" hangpa di alam sana!!
Sekianlah cerita politik wang.
-Ru Antara-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>