*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PC anda terkena virus komputer ?
Jangan panik. Sebelum anda membawanya ke kedai komputer cuba dulu beberapa
panduan ini. Panduan ini hanyalah untuk membersihkan virus yang tak berapa
berbahaya. Jika virus tersebut seperti CIH susah sikitlah. CIH akan menyerang
BIOS menyebabkan PC anda tidak boleh BOOT. Tak ada cara lain samada membeli
motherboard baru, bawa ke kedai atau tukar BIOS chip yang baru yang sama dengan
motherboard tersebut.
A. boot dengan anti virus boot disk.
------------------------------------
Tak ada anti virus bootdisk ? jangan bimbang . Download "Norman Virus Control
boot diskettes"
Direct download : http://www.norman.no/public/nvcbdisk.exe
web : http://www.norman.no/downloads.shtml#Boot_and remove
saiz : 1003kb
Anda juga boleh gunakan "Emergency SAV distribution (DOS)" dari Sophos Untuk
mendownload anda memerlukan username/password. Untuk mendaftar gunakan email
pakai-buang kerana selain dari menerima username/password, anda juga akan
menerima iklan-iklan promosi dari Sopros dan agen mereka. Jika anda malas
mendaftar cuba gunakan username : abuse247 | password : yonivy9
web : http://www.sophos.com/downloads/products/emergdos.html
2. reboot masa post (memory count) masukkan disket tadi. kalau dikata tak ada
virus tak adalah tu.
Tujuan scan dengan anti virus dari boot disket ialah supaya dapat mengelakkan
boot virus dan virus jenis tsr.
B. scan dengan dos base scanner
-------------------------------
[Saya andaikan anda biasa dengan DOS command prompt]
: F-PROT (freeware)
http://www.complex.is/f-prot/Download.html
Tujuan menggunakan dos base scanner ialah kerana ada virus tertentu yang pandai
bersembunyi dalam windows.
C. scan dengan windows base scanner
-----------------------------------
Terdapat banyak jenis antivirus untuk windows. Jika anda tak ada duit nak beli
satu saya cadangkan anda gunakan InoculateIT Personal Edition (free for personal
use)
Download : ftp://ftp.cai.com/pub/marketing/ipe/
ftp://ftp.ca.com/pub/marketing/ipe/
Update virus punya signature :
ftp://ftp.cai.com/pub/ipe/10.2/
ftp://ftp.ca.com/pub/ipe/10.2/
atau http://antivirus.ca.com/cgi-bin/ipe/update.cgi
D. Lepas tu apa nak buat ?
---------------------------
Terdapat beberapa pilihan misalnya
1. Reinstall balik windows
2. Format dan buat clean isntall
3. FDISK dan buat balik partition
E. File atau directory aneh dan pelik
-------------------------------------
Ada juga virus degil yang membuat directory yang pelik-pelik (empty directory)
dalam directory windows atau membuat file yang aneh dengan date stamp yang gila-
gila misalnya tahun 1942 atau tahun 23**. Saya tak tahu apa yang saya buat
untuk menghilangkan fenomina tersebut. Delete memang tak boleh. Mungkin format
atau fdisk barulah file dan directory tersebut hilang.
Nah. Anda tentu tahu ungkapan Mencegah lebih baik dari merawat. Lihatlah untuk
membersihkan virus komputer memang memakan banyak masa dan jam. Silap haribulan
semua data dalam cakera keras anda akan hilang begitu sahaja.
Amalkan cara pengunaan komputer yang sihat.
---(oo)---
Keluarga bistari adalah keluarga yang Celik-IT.
Untuk melanggan hubungi : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Celik-IT <[EMAIL PROTECTED]>