*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                        
Hukum Hudud Yang Disyorkan PAS Ada Yang Bercanggah
Dengan Islam 
�

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan pusat tidak
dapat menerima hukum hudud yang disyorkan oleh
kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas kerana masih
terdapat perkara tertentu di dalamnya yang bercanggah
dengan Islam, persidangan Dewan Negara diberitahu pada
Rabu. 

Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Noh
Omar berkata dalam Enakmen Jenayah Syariah II
Kelantan, misalnya, terdapat fasal-fasal tertentu yang
bercanggah dengan hukum Islam. 

Beliau berkata sebagai contoh Fasal 56 (1) menetapkan
bahawa enakmen itu hanya terpakai bagi orang Islam
manakala Fasal 56 (2) pula membolehkan orang Islam
untuk memilih sama ada hendak menerima pakai enakmen
itu atau sebaliknya.

"Ini bercanggah dengan hukum hudud yang sebenarnya
yang meliputi semua orang termasuk bagi yang bukan
beragama Islam," katanya ketika menjawab soalan
tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff pada sesi soal jawab.

Selain itu, katanya, Seksyen 68 enakmen itu mengenai
pelantikan hakim juga bercanggah dengan kehendak
Islam.

Menurut seksyen itu seseorang yang layak menjadi hakim
ialah mereka yang sedang atau pernah menjawat hakim di
Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Borneo atau
Mahkamah Agung.

Bagaimanapun peruntukan dalam seksyen itu tidak
langsung menyebut bahawa seseorang hakim itu mesti
seorang lelaki yang beragama Islam, kata beliau.

"Justru jika Pas selama ini menganggap Mahkamah Sivil
sebagai sekular, parti itu juga sekular kerana
menerima pakai syarat pelantikan hakim yang sama
seperti mahkamah sivil," katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahmad Ismail,
Noh berkata kerajaan mengambil berat terhadap
perkembangan mahkamah syariah dan telah meluaskan
bidang kuasanya dengan menetapkan bahawa sebarang
keputusannya kini tidak boleh dicabar di mahkamah
sivil.

Semasa menjawab soalan asal Senator Siti Zailah
mengenai usaha kerajaan melaksanakan undang-undang
syariah di Malaysia, Noh berkata kajian perbandingan
undang-undang syariah dengan negara Islam lain sedang
dijalankan.

Katanya, sesi dialog juga sentiasa diadakan dengan
penasihat undang-undang negeri, mufti, ketua hakim
syarie dan pegawai Jabatann Agama Islam negeri bagi
menyelaraskan pelaksanaan undang-undang syariah.
-- BERNAMA 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: killer fish <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke