*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awak bukanlah orang yang berpengetahuan luas, tidak prihatin dan syok
sendiri. Bukankan pernah PAS meminta UMNO meminda draf Hudud yang UMNO dakwa
tak selari dengan Islam dan serahkan pada PAS. PAS kelantan akan laksanakan
Hudud UMNO itu.

Sekali lagi awak bukanlah seorang profesional
----- Original Message -----
From: "killer fish" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, May 09, 2001 5:53 PM
Subject: H-Net* Hukum Hudud Yang Disyorkan PAS Ada Yang Bercanggah Dengan
Islam


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Hukum Hudud Yang Disyorkan PAS Ada Yang Bercanggah
> Dengan Islam
>
>
> KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan pusat tidak
> dapat menerima hukum hudud yang disyorkan oleh
> kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas kerana masih
> terdapat perkara tertentu di dalamnya yang bercanggah
> dengan Islam, persidangan Dewan Negara diberitahu pada
> Rabu.
>
> Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Noh
> Omar berkata dalam Enakmen Jenayah Syariah II
> Kelantan, misalnya, terdapat fasal-fasal tertentu yang
> bercanggah dengan hukum Islam.
>
> Beliau berkata sebagai contoh Fasal 56 (1) menetapkan
> bahawa enakmen itu hanya terpakai bagi orang Islam
> manakala Fasal 56 (2) pula membolehkan orang Islam
> untuk memilih sama ada hendak menerima pakai enakmen
> itu atau sebaliknya.
>
> "Ini bercanggah dengan hukum hudud yang sebenarnya
> yang meliputi semua orang termasuk bagi yang bukan
> beragama Islam," katanya ketika menjawab soalan
> tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff pada sesi soal jawab.
>
> Selain itu, katanya, Seksyen 68 enakmen itu mengenai
> pelantikan hakim juga bercanggah dengan kehendak
> Islam.
>
> Menurut seksyen itu seseorang yang layak menjadi hakim
> ialah mereka yang sedang atau pernah menjawat hakim di
> Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Borneo atau
> Mahkamah Agung.
>
> Bagaimanapun peruntukan dalam seksyen itu tidak
> langsung menyebut bahawa seseorang hakim itu mesti
> seorang lelaki yang beragama Islam, kata beliau.
>
> "Justru jika Pas selama ini menganggap Mahkamah Sivil
> sebagai sekular, parti itu juga sekular kerana
> menerima pakai syarat pelantikan hakim yang sama
> seperti mahkamah sivil," katanya.
>
> Ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahmad Ismail,
> Noh berkata kerajaan mengambil berat terhadap
> perkembangan mahkamah syariah dan telah meluaskan
> bidang kuasanya dengan menetapkan bahawa sebarang
> keputusannya kini tidak boleh dicabar di mahkamah
> sivil.
>
> Semasa menjawab soalan asal Senator Siti Zailah
> mengenai usaha kerajaan melaksanakan undang-undang
> syariah di Malaysia, Noh berkata kajian perbandingan
> undang-undang syariah dengan negara Islam lain sedang
> dijalankan.
>
> Katanya, sesi dialog juga sentiasa diadakan dengan
> penasihat undang-undang negeri, mufti, ketua hakim
> syarie dan pegawai Jabatann Agama Islam negeri bagi
> menyelaraskan pelaksanaan undang-undang syariah.
> -- BERNAMA
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
> http://auctions.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: killer fish <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "dani" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke