*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Sebagai orang Kelantan dan bekas ahli UMNO, saya rasa ini antara sebabnya:

1. Tak banyak mana bezanya kehebatan negeri lain berbanding Kelantan walaupun negeri 
lain kaya-raya sedangkan Kelantan miskin. Contohnya, Kelantan ada masalah air, Johor 
dan Selangor juga ada masalah air. Kelantan kena taun di sesuatu musim, Selangor pun 
kena taun juga seperti sekarang. 
2. Pendapatan per kapita rakyat Kelantan rendah. Begitu juga rakyat Terengganu 
(sebelum PAS ambil alih) walaupun pendapatan Terengganu sepuluh (?) kali ganda 
berbanding kocek Kelantan. Kita tengok nanti apa jadi pendapatan per kapita Kelantan 
dan bila minyak mula dinaikkan dan bila PAS Terengganu mendapat kembali royalti 
minyaknya.
3. Pelancung luar berbondong-bondong datang terutama di musim cuti walaupun publisiti 
Kelantan tak seberapa di hebahkan di TV, radio, mahupun paper. Sebab itulah bila musim 
cuti, hotel-hotel di Kelantan, dengar khabar, fully-booked. Hotel Renaissance pun ada 
di Kota Bharu. Maknanya, salah satu dari perolehan ekonomi Kelantan ialah pelancungan.
4. Rakyat Kelantan dapat lihat contoh kepimpinan ulamak dari perwatakan Tuan Guru Nik 
Aziz. Nak banding dengan MB-MB lain, Tuan Gurulah yang rakyat Kelantan dan rakyat lain 
nampak betul-betul MB berjiwa rakyat. Walaupun seorang MB, tapi masih tinggal di rumah 
papan kampung. Tidak pula dia terlintas nak membina banglo baru yang mahal walaupun 
telah menjadi MB lebih 10 tahun. Berbeza dengan MB-MB yang lain. Contohnya seorang MB 
yang terpaksa letak jawatan itu. Baru sahaja dilantik MB, terus belanjakan duit rakyat 
beberapa juta untuk ubahsuai rumah rasmi. 

Manakala Tuan Guru Nik Aziz pula, bukan hanya tidak membazirkan duit rakyat, malahan 
dia sedekahkan lagi elaun dan sebahagian gaji dia kepada kerajaan. Maknanya, bukan 
'talk only' berjiwa rakyat dan amanah. Tapi betul-betul punya amanah dan berjiwa 
rakyat.

Sebab itulah rakyat Kelantan masih memilih PAS walaupun BN bersungguh-sungguh cuba 
menjatuhkannya. Menengok situasi sekarang, rasanya 2004 pun tak akan jatuh juga. 
Sebabnya? Ahli-ahli UMNO, spt saya dan adik beradik saya, yang beralih angin masih 
lagi bersama BA. Malahan, semakin hari semakin ramai rakyat yang sukakan BA. Semakin 
banyak isu pelik-pelik keluar, semakin nampak kebaikan BA dan kehuduhan BN.
 
Wassalam.

From: Azmi <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: H-Net* Pemerintahan di Kelantan

>Tambahan saya,
>Rakyat Kelantan tetap memilih parti pemerintahan PAS tanpa
>dibeli undi mereka! .......kenapa ye????


:) 
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet' 
__________________________________________________________________
TheMail.com - Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=2120670 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke