*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cuba Cik Syazana fikir, kenapa Kelantan tidak mempunyai banyak peluang 
pekerjaan? Dan pernahkah Syazana terfikir... kenapa Kerajaan Pusat menyekat 
pelabur melabur di Kelantan? Semua inilah yang menyebabkan Kelantan tidak 
banyak menyediakan peluang pekerjaan. Cuba kerajaan pusat tidak menyekat 
pelabur memasuki Kelantan, dan juga tidak menyekat dana untuk setiap negeri 
kepada Kelantan, semua ini insyaAllah.. takkan terjadi.


>From: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Pemerintahan di Kelantan
>Date: Wed, 16 May 2001 03:58:30
>
>KELANTAN SEBENARNYA TIDAK MEMBANGUN LANGSUNG BERSAMA PAS...ini hahikat yang 
>tak boleh orang orang PAS kata tidak betul. hujah hujah dibawah adalah 
>benar dan betul. Rakyat Kelantan sangat laparkan pekerjaan. Bulan Februari 
>2001 Jabatan Kesihatan mengeluarkan IKLAN kerja BOROH, Pemandu, Atendan dan 
>Tukang masak yang dimaklumkan hanya beberapa ratus saja jawatan yang kosong 
>tetapi yang memohon sampai 15ribu permohonan.....ini menunjukkan betapa TAK 
>ADANYA kerja di Kelantan....itu belum ambil kira beratus ratus ribu belia 
>dan beliawanis Kelantan terpaksa cari kerja di Johor, Singapura, Seberang 
>Prai, Selangor, KL, NS dlll....jadi kalau PAS buat slogan membangun bersama 
>PAS tu apa PAS buat untuk menolong rakyat Kelantan yang dahlah rata rata 
>miskin kerja pulak tak ada.....TANAH RANCANGAN PAS saperti di Cucoh Puteri, 
>Sg Sok, Sg PAS adalah rancangan yang TAK TERATUR sekali....
> >>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >>    Sesiapa yg boleh beri komen kenyataan dibawah nie...
> >>
> >>On 14 May 2001, at 7:07, diriku dirimu wrote:
> >>
> >> > Assalamualaikum
> >> > Kepada mereka yang baru mengenali Pas.Jika ada salah
> >> > dan silap dalam fakta fakta ini boleh di perbetulkan.
> >> >
> >> >
> >> > KEPIMPINAN ULAMAK DI KELANTAN
> >> > Dalam suasana negara yang belum maju, Datuk Asri telah
> >> > berjaya merealisasikan ideanya untuk menyelesaikan
> >> > masalah kelaparan tanah rakyat Kelantan. Malangnya
> >> > setelah sepuluh tahun memerintah, satu tanah rancangan
> >> > pun masih belum dibuka oleh kerajaan Pas untuk
> >> > membantu orang-orang yang ketiadaan tanah dan
> >> > kebanyakan mereka bukan orang lain, penyokong dan
> >> > pengundi Pas juga.
> >> >
> >> > Maka di manakan hebatnya kerajaan ulama Nik Aziz
> >> > berbanding kerajaan Datuk Asri
> >> > dahulu?
> >> >
> >> > Selama 10 tahun memerintah Kelantan juga pemimpin Pas
> >> > membuktikan kegagalan dalam menjaga kebersihan. Kawan
> >> > dan lawan Pas mengaku bandar Kota Bharu adalah antara
> >> > bandar yang terkotor. Sampah sarap yang terbiar di
> >> > segenap lorong dan jalan, di tangga pasar dan di
> >> > sudut-sudut Pasar Siti Khadijah adalah amat memalukan
> >> > Islam.
> >> >
> >> > Pelancong asing dan orang bukan Islam mendapat
> >> > maklumat yang salah tentang Islam dengan cara Pas
> >> > mempamerkan sampah di bandar Kota Bharu. Walaupun
> >> > banyak kali sungutan keluar di dada-dada akhbar dan
> >> > dari mulut sultan, Pas buat pekak badak sahaja dengan
> >> > isu tersebut. Lebih memalukan bandar yang tidak
> >> > dipimpin oleh ulama seperti Kuantan dan Kuching berada
> >> > di tempat teratas sebagai bandar paling bersih di
> >> > Malaysia.
> >> >
> >> > Di manakah kewibawaan Pas dalam soal sekecil ini.
> >> > Usahlah melaung mendabik dada akulah pejuang Islam
> >> > jika bandar Kota Bharu sendiri tidak mampu dijaga.
> >> > Fenomena tikus-tikus berkeliaran semasa orang menjamu
> >> > selera di Pasar Siti Khadijah adalah fenomena yang
> >> > amat jijik dan memalukan serta mencemar nama baik Siti
> >> >
> >> > Khadijah sebagai Ummahatul Mukminin. Betapa liarnya
> >> > tikus di bandar Kota Bharu begitulah liarnya hati
> >> > pemimpin Pas dengan isu kebersihan.
> >> >
> >> > Selama sepuluh tahun pemimpin Pas berdolak dalik dalam
> >> > isu hiburan. Rakyat masih ingat lagi suatu ketika
> >> > dahulu iaitu dalam tahun 1992 kerajaan Pas membenarkan
> >> >
> >> > pertunjukan sarkas lucah diadakan di bandar Kota Bharu
> >> > di dalam bulan Ramadan.
> >> > Ada dua isu di sini. Isu pertama kerajaan Pas
> >> > membenarkan perkara haram dilakukan di bumi serambi
> >> > Mekah di dalam bulan Ramadan. Apabila ditanya orang
> >> > pemimpin besar Pas jawab. "ana ingatkan sarkas ni
> >> > rimau sahaja' isu yang kedua pembohongan Harakah 1 Jun
> >> > 1992 yang mendakwa pertunjukan sarkas di Kelantan itu
> >> > mengikut peraturan negara Islam. Hakikat sebenarnya
> >> > memang peserta sarkas tersebut tidak menutup aurat.
> >> >
> >> > Kalau BN yang buat tentulah gegak gempita pemuda Pas
> >> > marah, tetapi apabila ulama sendiri luluskan senyap
> >> > sunyi pemuda Pas. Nasib permainan dan hiburan
> >> > tradisonal juga dalam keadaan tidak menentu. Ada yang
> >> > diharam dan ada yang dibenarkan.
> >> > Anehnya ada yang diharam tetapi dihalalkan pula di
> >> > tempat-tempat tertentu. Kalau mahukan kepastian ia
> >> > boleh diperiksa di Gelanggang Seni Kota Bharu.
> >> >
> >> > Pemimpin Pas pernah berjanji untuk menubuhkan satu
> >> > suruhanjaya bagi menyiasat penyelewengan dan rasuah
> >> > kerajaan BN yang memerintah Kelantan dari tahun 1978
> >> > hingga 1990. Hal ini boleh dilihat melalui Harakah 20
> >> > Oktober 1990 Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Abdul
> >> > Halim Abdul Rahman Timbalan Menteri Besar
> >> > Kelantan. Sehingga sekarang setelah 10 tahun
> >> > memerintah tidak ada satu suruhanjaya pun ditubuhkan
> >> > untuk menyiasat penyelewengan kerajaan BN dahulu.
> >> >
> >> > Logik mudah bagi mengetahui sebab suruhanjaya tersebut
> >> > tidak dibuat ialah pertamanya memang tidak ada
> >> > penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh
> >> > kerajaan BN terdahulu dan keduanya kerajaan Pas
> >> > sendiri adalah satu kerajaan yang penuh dengan
> >> > penyelewengan dan rasuah. Sebab itulah mereka tidak
> >> > berani untuk menyiasat orang lain. Mereka takut akan
> >> > ada orang lain yang akan menyiasatnya pula selepas
> >> > ini. Inilah hakikat yang ada yang difahami oleh
> >> > pemerhati politik Kelantan.
> >> >
> >> > Setelah 10 tahun memerintah Kelantan terbukti sikap
> >> > berdolak dalik pemimpin Pas dalam soal arak. Semasa
> >> > menjadi Ketua Pembangkang DUN Kelantan iaitu pada 22
> >> > Mac 1987 Nik Abdul Aziz selaku Ahli DUN Semut Api
> >> > semasa berhujah dengan pihak kerajaan berkata "Masalah
> >> > haram arak dalam Islam ini kerana mabuk. Jadi bila ia
> >> > diharam di dasar kepada memabuk maka masalah mabuk ini
> >> > bukan sahaja ke atas orang Islam, orang yang tidak
> >> > Islam pun mabuk juga bila minum. Oleh yang demikian,
> >> > patut disamaratakan iaitu sama-sama tidak boleh.'
> >> > Anehnya apabila Nik Aziz bertukar menjadi ADUN
> >> > Chempaka dan menjadi Menteri Besar, Arak ini boleh
> >> > pula dijual kepada orang bukan Islam. Bahkan beliau
> >> > mengaku melalui akhbar Utusan Malaysia 19 November
> >> > 1992 sebanyak 44 lesen arak telah beliau luluskan
> >> > dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan
> >> > Islam menikmatinya. Rupa-rupanya arak yang haram dan
> >> > memabukkan itu adalah nikmat. Inilah sikap dua
> >> > kitab pemimpin Pas. Kalau orang lain buat haramun.
> >> > Kalau Pas buat halalun.
> >> >
> >> > Sikap berdolak dalik ini juga terbukti dalam soal duit
> >> > kutipan denda kerana berzina yang dikatakan duit
> >> > haram. Apabila Pas menang undang-undang sedemikian
> >> > masih diteruskan dan kita berhak bertanya sudah tidak
> >> > haram lagi duit hasil denda orang yang berzina? Sikap
> >> > dua undang-undang ini melambangkan Pas adalah
> >> > parti cari makan. Kalau orang lain buat tidak sah dari
> >> > segi syariat, kalau pemimpin Pas buat sah dari segi
> >> > syariat. Seolah-olah hukum syariat ini boleh
> >> > diubah-ubah. Pemimpin Pas perlu menjelaskan ke mana
> >> > hasil wang tersebut digunakan. Apakah ia diguna untuk
> >> > membayar elaun guru-guru halaqat atau dilaburkan ke
> >> > mana. Begitu juga duit lesen arak, duit lesen
> >> > tempat-tempat maksiat yang diluluskan beroperasi
> >> > khasnya di bandar Kota Bharu.
> >> >
> >> > Pelbagai slogan dicipta dan dijadikan papan tanda di
> >> > segenap ceruk negeri. Apakah rakyat akan kenyang
> >> > dengan melihat pintu gerbang, label dan slogan.
> >> > Slogan utama kerajaan negeri Membangun Bersama Islam
> >> > tidak dapat difahami oleh rakyat. Bangunan-bangunan
> >> > yang tinggi-tinggi yang di bina di bandar Kota Bharu
> >> > di bina oleh pihak swasta dan tauke-tauke dari luar
> >> > Kelantan. Apa yang dibangunkan oleh Pas Kelantan?
> >> >
> >> > Pintu gerbang adalah pembangunan yang dijalankan oleh
> >> > pemimpin Pas. Sepatutnya setelah sepuluh tahun
> >> > memerintah sudah ada bangunan di setiap kawasan
> >> > Parlimen bagi menempatkan pusat pembinaan insan yang
> >> > lengkap. Kompleks latihan untuk rakyat yang memerlukan
> >> > mesti ada di setiap kawasan Parlimen. Memerintah
> >> > sekadar menunggu masa untuk pilihan raya adalah kerja
> >> > yang senang.
> >> >
> >> > Selama 10 tahun memerintah Kelantan Pas menaikkan gaji
> >> > MB, TMB dan EXCO. Sepatutnya selepas menang pada tahun
> >> > 1990 kerajaan Pas menurunkan gaji Ahli-ahli Majlis
> >> > Mesyuarat Kerajaan Negeri. Apa yang berlakunya ialah
> >> > perkara sebaliknya. Dewan Undangan Negeri Kelantan
> >> > pada 22 November 1995 telah meluluskan kenaikan
> >> > gaji Menteri Besar dari RM6000 kepada RM8500 sebulan,
> >> > (Naik RM2500 sebulan), gaji Timbalan Menteri Besar
> >> > dari RM3500 kepada RM5500 (Naik RM2000 sebulan),
> >> > gaji EXCO naik daripada RM3000 kepada RM4500 (Naik RM
> >> > 500 sebulan).
> >> >
> >> > Selain dari itu gaji bulanan Speaker daripada RM2500
> >> > kepada RM4500 (Naik RM2000 sebulan) manakala gaji
> >> > setiausaha politik Menteri Besar turut dinaikkan
> >> > kepada RM3000 daripada RM1500 (Naik RM1500 sebulan).
> >> > Semua kenaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 1996.
> >> >
> >> > Sepatutnya gaji ini diturunkan apabila memandangkan
> >> > kehidupan rakyat yang susah dan pemimpin pas bukannya
> >> > mempunyai banyak kerja untuk menyelesaikan kesusahan
> >> > rakyat.
> >> >
> >> > Bagaimanapun, sandiwara yang paling hebat ialah
> >> > pementasan sandiwara drama tiga babak hukum Hudud. PAS
> >> > telah berjaya melakonkan banyak episod penyelewengan
> >> > hudud. Babak pertama ialah mula-mula membentangkan
> >> > hukum hudud PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang
> >> > dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Ia
> >> > kelihatan banyak bercanggah dengan hudud Allah
> >> > terutama pada prinsip keadilan seperti  ia terpakai ke
> >> > atas orang Islam sahaja (Fasal 56), syarat-syarat
> >> > menjadi hakim langsung tidak mengikut syarat syarie
> >> > (Fasal 68) dan  sebagainya. Kemudian dalam babak ini
> >> > Harakah 28 Februari 1997 berjanji hukum Hudud akan
> >> > dibawa ke Parlimen. TETAPI JANJI CUMA TINGGAL JANJI.
> >> >
> >> >  Sebaliknya  UMNO dan Perdana Menteri dipersalahkan
> >> > apabila timbul soalan mengapakah undang-undang Hudud
> >> > itu tidak dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan
> >> > Undang Negeri Kelantan.
> >> >
> >> >  Sandiwara hudud  PAS ini ketara lagi dalam babak
> >> > kedua iaitu apabila Abdul Hadi Awang menjadi Menteri
> >> > Besar Terengganu. Beliua membuat kenyataan, "
> >> > Perlaksanaan Hudud melalui Proses yang Panjang."
> >> > Mengapakah boleh menjadi panjang kalau hudud PAS
> >> > Kelantan itu sebenarnya hudud Allah ?  Ambil saja EJKS
> >> > (II) 1993 Kelantan, bawa ke Dewan Undangan Negei
> >> > Terengganu terima pakai habis cerita. Tidakkah Abdul
> >> > Hadi sendiri menjadi pengerusi jawatankuasa penggubal
> >> > Hudud PAS Kelantan itu ?  Mengapakah pengerusi sendiri
> >> > menolak rang  undang-undang yang digubal ?
> >> >
> >> >  Alangkah anehnya apabila penulis skrip sendiri
> >> > menolak skrip yang ditulisnya.
> >> >
> >> >  Kalau kerajaan PAS Terengganu tidak mahu pakai EJKS
> >> > (II) 1993 Kelantan, ternyatalah bahawa ia bukan hudud
> >> > Allah. Hudud Allah sebanarnya hanyalah satu. Ia sesuai
> >> > di mana jua.
> >> >
> >> >  Babak ketiga sandiwara hudud PAS ialah kenyataan
> >> > Abdul Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan
> >> > Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah salah
> >> > satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah".  Mengapakah
> >> > sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum
> >> > tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan
> >> > hudud yang dianggap begitu besar ?  Sekarang apabila
> >> > sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar
> >> > dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk PAS
> >> > sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu)
> >> > daripada hukum Islam ?
> >> >
> >> >  Kalaulah hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti
> >> > lakonan sandiwara pementasan drama tiga babak oleh
> >> > PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain denga mudah
> >> > sahaja dipentaskan oleh PAS sekalipun tanpa skrip dan
> >> > percanggahan sesama mereka.
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> > ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
> >> > Untuk melanggan Group Keluarga, Edisi & Sutera , sila hantar
> >> > e-mail kosong (blank e-mail) kepada:
> >> > [EMAIL PROTECTED]
> >> > [EMAIL PROTECTED]
> >> > [EMAIL PROTECTED]
> >> > ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
> >> > SUTERA:
> >> > Post message: [EMAIL PROTECTED]
> >> > Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> >> > Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> >> > List owner:  [EMAIL PROTECTED]
> >> > URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Sutera
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> >
> >> > Your use of Yahoo! Groups is subject to
> >>http://docs.yahoo.com/info/terms/
> >> >
> >> >
> >> >
> >>
> >>
> >>
> >>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >>
> >>Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
> >
> >_________________________________________________________________________
> >Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
> >
> >
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke