*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KITA cukup hairan kenapa Dr Mahathir Mohamad sering terjebak dengan
pujuk rayu kroni-kroninya yang meminta bantuan kewangan sekira projek
mereka menemui kegagalan? Sama juga seperti Menara Petronas dan Projek
Empangan Bakun, Formula 1 merupakan projek yang agak membazir bagi
sebuah negara seperti Malaysia kerana masalah kumpulan kelas yang
dianggap miskin tidak ditangani dan jarang menarik perhatian PM kita. 

Apakah kita rela menang sorak daripada membantu ekonomi atau rakyat
terpinggir di negara kita? Atau konsep Mahathir Mohamad mengenai bail
out atau membina monumen besar sama seperti menegakkan maruah negara?" 

Formula One Race (Formula 1) atau perlumbaan kereta berkuasa tinggi
merupakan satu kegiatan sukan antarabangsa yang tersohor di dunia.
Formula 1 berprofil sangat tinggi kerana tidak kurang sekitar 350 juta
manusia dari pelbagai pelosok dunia dapat menonton sukan itu melalui
kaca tv. Formula 1 ditanggapi sebagai kemuncak gabungan keunggulan
pengiklanan, teknologi pemotoran, keberanian pemandu dan ego manusia. 

Kereta lumba Formula 1 berpecut bagaikan peluru sekitar 170 km/jam,
deruman enjinnya bagaikan boleh memecahkan anak telinga dan akibat
kelajuan akan terhasil baur hangit getah roda kereta yang menggelek tar
pada litar itu. Namun itulah yang mempesonakan sebahagian besar
penonton meskipun tiada adegan berunsur seks atau seksual pada
perlumbaan itu. Ada sesetengah pihak mengatakan lumba kereta F1 itu
adalah sukan gila. Dalam larian di Litar Sepang pada 18 Mac lalu setiap
22 kereta lumba akan membuat 56 pusingan. Yang terpantas menyempurnakan
56 pusingan itu akan muncul keluar sebagai wira atau johan.

Industri kereta lumba adalah sebuah industri yang mantap di
negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat, Australia dan Jerman.
Bayangkan belanja untuk menubuh dan menguruskan sebuah pasukan. la
memakan belanja sejumlah RM2.5 bilion untuk tiga tahun. Terdapat
sejumlah sebelas pasukan yang mengambil bahagian maka ini bermakna
jumlah belanja adalah kira-kira RM27.5 bilion. Malaysia tidak mahu
tercicir dalam sukan sedemikian lalu sanggup untuk menganjur sukan itu
di atas bumi Malaysia sendiri tanpa mengira sama ada ia berbaloi atau
tidak sekurang-kurangnya di segi ekonomi dalam konteks pembangunan
negara semasa.Mengikut Mahathir jika Malaysia dapat menganjur Formula 1
maka Malaysia mempunyai kepakaran mengurus menganjur sebuah sukan
berprestij tinggi. 

Malaysia akan dapat publisiti dan nama Malaysia turut harum di samping
dapat menarik pelancong asing ke negara Malaysia. Seterusnya acara
sukan Formula 1 boleh membawa pertukaran asing dan akan menambah ke
saku negara. Kononnya. Tambahan lagi nama Malaysia turut berada dalam
daftar arus perdana perlumbaan yang bergengsi itu. Agaknya itu yang
paling mahal sekali kerana bukan senang bagi sesebuah negara yang
sedang membangun dapat pengiktirafan sedemikian, pendeknya ada kelas
walaupun sebagai penganjur sahaja! Maka Malaysia pun membina litar
sepanjang 5.5 kilometer pada tahun 1997 di Sepang. 

Kos membina litar itu menelan sejumlah sekitar RM425.6 juta. Kos
sebenar tidak diberikan. Pembinaan litar dikontrakkan kepada syarikat
Tongkah milik anak PM Mahathir. Bayangkan wang sejumlah itu jika diguna
untuk mempertingkatkan mutu kehidupan perumahan seperti Kampung Medan
atau yang sama sepertinya yang banyak terdapat di negara kita. Bukankah
keperluan seperti itu lebih mendesak? Tetapi Mahathir tidak berfikir
demikian. Malahan masalah atau nasib rakyat dari kelas bawahan atau
pertengahan bawah jarang menarik perhatian beliau. Beliau lebih gemar
pada projek yang bergemerlapan dan yang disukai oleh orang kaya. Dengan
berkat kerja keras juga Malaysia berjaya mendapat kontrak dari Formula
One's Bernie Ecclestone untuk menjadi tuan rumah selama 10 tahun. 

Dalam tahun 2001 ada 17 Formula 1 yang dibuat serata dunia mengikut
jadualnya. Malaysia adalah salah sebuah negara yang berjaya memperolehi
kehormatan untuk menganjurkannya. Sehingga kini Malaysia telah berjaya
menganjur tiga kali sukan perlumbaan ini, pertamanya pada tahun 1999,
kali kedua pada Oktober 2000 dan yang terakhirnya pada 16-18 Mac 2001.
Setakat ini juga belum ada lagi pemandu kereta Formula 1 dari Malaysia
yang muncul juara. Sepang International Circuit Sdn Bhd adalah syarikat
yang menganjur larian lumba kereta itu. Malaysia harus berbelanja
sekurang-kurangnya RM100 juta untuk menganjur satu lumba kereta Formula
1. 

Semasa menganjurnya pada tahun 2000, Malaysia kerugian RM23 juta dan
berhutang RM536 juta. Tahun 2001 bagaimana pula? Mungkin lebih parah
lagi. Data-data perbelanjaan sama ada untung atau rugi memang susah
diperolehi. Bagaimanapun ada banyak laporan mengatakan pihak penganjur
mengeluh kerana sebahagian tiket masih tidak dapat dijual. Dulu dapat
88,000 penonton kali ini cuma 75,000 sahaja. Jika betul tiket tidak
laku maka siapa yang akan menanggung kerugian? Sudah tentu pihak
penganjur. 

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan tabiat pihak kerajaan yang suka
memberi bail outpada kroni-kroninya maka besar kemungkinan Mahathir
akan membantu pihak penganjur dengan menggunakan wang rakyat. Mahathir
tidak rela melihat tiket Formula 1 tidak laku, sesuatu harus dibuat
untuk menunjukkan kepada dunia yang sambutan hangat seperti hangatnya
suhu dan kadar kelembapan di Litar Sepang itu. Suka atau tidak tiket
harus dijual setidak-tidaknya pada saat terakhir sebelum perlumbaan
bermula. Cari jalan menjualkan tiket asalkan nampak berjaya, asalkan
nampak ada sorak sorai; yang penting setidak-tidaknya kita menang
sorak! Tambahan pula Malaysia dipuji melambung kerana berjaya
menganjurkan Formula 1 di Sepang sebagai satu penganjuran terbaik di
sepanjang sirkit lumba kereta itu. 

Lihat sahaja bagaimana kes terakhir yakni sahamTime dotCom sebuah
syarikat gentian optik yang dapat sambutan terpaksa meminta baik secara
tidak langsung bantuan KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk
memberi sebahagian besar sisa saham yang tidak diambil oleh para
pembeli Mengikut laporan sekitar RM1.89 bilion diperlukan untuk membeli
saham yang berjumlah 572juta saham bernilai satu RM3.30. Time dotCom
ada hubungan rapat dengan Time Engineering, Renong dan United Engineers
Malaysia; Halim Saad adalah taukenya. Halim Saad terkenal orangnya
iaitu seorang kroni Mahathir. Beliau selalu dibela oleh Mahathir.
Bukankah ini sama dengan menyalahgunakan wang rakyat? 

Justeru, wakil-wakil rakyat yang sedar dan tidak restu dengan tindakan
itu akan bangkit menentang keras usaha bail out sedemikian itu. Kita
cukup hairan kenapa Mahathir sering terjebak dengan pujuk rayuan
kroni-kroninya yang meminta bantuan kewangan sekira projek mereka
menemui kegagalan? Kenapa Mahathir begitu mudah menggunakan wang rakyat
jika dalam keadaan terdesak? Apakah dengan tindakan bail out sama
dengan meningkatkan prestasi ekonomi? 

Pertama apakah faedah sebenar yang boleh diperolehi dari membina litar
lumba kereta dan menganjurnya sekali dalam setahun? Siapa yang
benar-benar menikmati kegiatan sukan seperti Formula 1 itu? Rakyat
biasa atau segelintir masyarakat? Rakyat biasa sudah pasti tidak mampu
membeli tiket yang dalam kategori paling murah pun berharga RM100.
Harga tiket boleh mencecah sehingga RM1,000.  

Sambutan daripada rakyat Malaysia kali ini tidak memberangsangkan,
malahan pihak korporat pun sudah tidak lagi memberi respons yang panas
seperti yang pernah diberi pada masa yang lepas. Kata Tan Sri Basir
Ismail, Pengerusi Sepang International Circuit Sdn Bhd beberapa hari
sebelum hari larian "Semua menjangka yang F1 itu seperti lombong emas,
tetapi respons setakat ini amat buruk sekali" sebab prestasi ekonomi
tidak begitu baik kali ini. Ekonomi tumbuh pada kadar 6.5 peratus pada
suku keempat yang paling rendah dalam tempoh 18 bulan ini. 

Lantas itu kita bertanya bagaimana projek Formula 1 yakni pembinaan
litar kereta lumba di Sepang boleh memangkin proses ekonomi negara?
Kalau adanya kurang respons maka usaha menganjurnya boleh dikira gagal?
Tetapi siapa yang bakal hendak membiayai kos penganjuran yang menelan
berjuta-juta ringgit itu? Bukan murah untuk menganjur sukan yang
bertaraf dunia. 

Tatkala nilai ringgit kita RM2.5 sama dengan 1 US dolar maka boleh
tahan lagi tetapi apabila sekarang RM3.8 sama dengan 1 US dolar agak
sulit untuk meneruskan projek penganjuran ini. Boleh teruskan tetapi
mungkin dengan bantuan kerajaan? Dari mana kerajaan mendapatkan wang
sebanyak itu? Tahu sama tahulah. Soalnya apakah kegiatan ini boleh
menjana ekonomi negara? Malaysia menjadi tuan rumah cuma setahun
sekali. Pada 11 bulan yang lain apakah Litar Sepang itu dapat
menghasilkan wang untuk negara atau menjadi gajah putih sahaja? Kalau
Mahathir masih mahu meneruskan dan seterusnya memantapkan egonya maka
negara akan rugi lagi. Kehadiran pelancong asing pun bertambah kurang. 

Besar kemungkinan yang projek Litar Sepang ini akan menjadi satu lagi
projek gajah putih kerana tidak memberi apa-apa faedah pada negara.
Sama seperti Bangunan Berkembar Petronas yang masih tidak dipenuhi.
Nampak indah dari segala pelosok Kuala Lumpur tetapi tidak upaya
menjanakan kewangan untuk negara. Bukankan wang yang banyak diguna
untuk projek prestij boleh digunakan untuk peningkatan mutu rakyat?


--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> A'kum,
> 
> Kawan boleh tak post the text of the article. I ni tak de internet
> connection !
> 
> Salam,
> Hayati
> ----------
> | From: irfa5 /  mime, , , [EMAIL PROTECTED]
> | To: hizb /  mime, , , [EMAIL PROTECTED]
> | Subject: H-Net* Perlumbaan Ego Mahathir..!!
> | Date: Monday, 14 May, 2001 9:47PM
> |
> |
> |  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> |  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> |  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> |  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> |  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> |           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> |  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> | Assalamualaikum Netters Budiman.
> | Saya cukup tertarik dengan article ini untuk renungan
> | kita semua..Semua rakyat perlu tahu . Selamat membaca.
> |
> |
> http://www.majalah.com/articles.php?mag=fokus&month=20010500&ref=1050
> | Wassalam
> | irfa
> |


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke