Pesta Buku Kuala Lumpur dikuasai samseng Umno?
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mengecam keras tindakan sekumpulan
Pemuda Umno yang menganggu, mengugut serta bertindak memukul seorang petugas
gerai buku yang menjual kaset-kaset agama, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur 2001, di PWTC, pada petang Jumaat lalu, 25 Mei.
Difahamkan, kejadian bermula apabila empat orang pemuda, dalam lingkungan
20-30 tahun, bertindak kasar, mendesak seorang penjual buku dan kaset-kaset
agama, pemilik Sarjana Media, gerai bernombor 3046-3048, agar tidak
mempamerkan kaset dan CD ceramah agama oleh dua orang tokoh ulamak tanahair,
Dato' Dr Haron Din dan Dato' Ismail Kamus.
Ketika ditanya apa kuasa mereka untuk membuat arahan itu, seorang darinya
mendakwa mereka dari Kementerian Dalam Negeri. Tetapi selepas diminta kad
pengenalan diri, mereka mengatakan mereka adalah ahli Umno dan berhak ke
atas bangunan di mana pesta buku diadakan.
Apabila pemilik gerai mengatakan apa yang dijual di situ!
tidak bercanggah
dengan undang-undang, dan beliau membayar sewa sebanyak RM10,000 kepada
penganjur, "pemuda-pemuda Umno" itu mula bertindak liar. Di samping
mengeluarkan kata-kata kesat, beberapa keping kaset dan VCD ceramah agama
dipecahkan. Mereka mengatakan, kaset-kaset itu hanya sesuai dijual di Markas
Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Gombak, bukannya di bangunan Umno.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan berkenaan meronda dari satu gerai ke gerai
yang lain. Kekecohan berlaku sekali lagi di gerai Pustaka Alhas, yang turut,
antara lain menjual kaset dan VCD ceramah agama dua tokoh yang sama, Dr
Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus. Sebahagian kaset dan VCD berkenaan ditolak
jatuh.
Apabila salah seorang pembantu jualan gerai tersebut menegur tindakan tidak
beradab 'pemuda-pemuda Umno' itu, mereka bertindak ganas, dengan mengheret
pembantu jualan itu ke tempat yang agak tersorok, dan memukulnya. Beliau
kemudiannya membuat aduan di Balai Polis!
Dang Wangi.
KAMI telah membuat tinjauan ke Pesta Buku itu, di Dewan Tun Razak 3 dan 4,
PWTC, pagi Selasa (29 Mei) dan berkunjung ke gerai Sarjana Media dan Pustaka
Alhas. Didapati tiada sebarang kaset, VCD ataupun bahan-bahan bercetak yang
menentang parti pemerintah ataupun secara jelas menyokong parti pembangkang.
Yang memenuhi ruang pameran gerai-gerai itu adalah buku, kitab, poster,
kaset dan VCD agama.
Kami dimaklumkan oleh penjual, itulah juga yang mereka jual sejak pesta buku
itu dirasmikan Jumaat lalu, 22 Mei. Sememangnya kami dapati kaset dan VCD
agama ini mendapat sambutan hangat dari pembeli, khususnya yang membabitkan
dua tokoh tadi, Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus. "Pemuda-pemuda Umno itu
fobia dengan gambar ulamak-ulamak yang tidak lagi menyokong Umno. Itu saja,"
kata seorang penjual.
Beliau menunjukkan kepada kami contoh VCD yang dirosakkan. Mahu tahu apa
tajuknya? "Kesempurnaan Sembahyang, Siri Dua", oleh Dr Haro!
n Din!
KAMI sedang mengumpul maklumat kejadian itu secara lebih terperinci.
Percubaan untuk mendapatkan butiran lanjut dengan penganjur pesta, petang
Selasa gagal. Pembantu jualan yang dipukul itu sedang dikesan. Beliau tidak
lagi muncul di PWTC selepas insiden buruk buruk. Oleh kerana Presiden Umno
mengadakan pertemuan khas dengan pemuda-pemuda Umno, 29 Mei, didapati agak
ramai yang berpakaian rasmi Pemuda Umno kelihatan di pesta buku itu.
KAMI menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan bertindak
pantas menanganinya walaupun ia mungkin menyentuh parti pemerintah sendiri.
KAMI amat kesal dengan sebarang usaha mengugut, menakut-nakutkan, apatah
lagi bertindak ganas menghalang penyebaran maklumat dan kegiatan ilmu di
negara ini. Sungguh memalukan, apabila majlis pesta buku yang sepatutnya
dijalankan secara beradab dan harmonis, dalam suasana yang merancang tradisi
keilmuan, tercemar dengan amalan budaya samseng. Lebih menga!
ibkan, apabila
ia dicetuskan oleh mereka yang mendakwa pemuda Umno, sayap kanan parti
pemerintah.
KAMI juga menggesa pihak penganjur, Majlis Buku Kebangsaan supaya mengkaji
semula lokasi pesta di masa-masa akan datang. Jika pimpinan Umno gagal untuk
mengawal emosi ahli-ahlinya -- yang langsung tidak dapat menghayati erti
demokrasi -- MBK mesti mencari lokasi baru yang lebih bebas dan kondusif
kepada aktiviti-aktiviti keilmuan.
Namun, mungkin pemuda-pemuda Umno berkenaan terdorong melakukan tindakan
ganas itu berdasarkan sikap pemimpin-pemimpin mereka sendiri? Apa tidaknya,
lihat saja tindakan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang mengeluarkan
arahan agar semua premis perniagaan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor dibersihkan datri sebarang makalah penerbitan yang 'menentang
kerajaan'. Apa maksud 'menentang kerajaan' tidak pula dijelaskan.
Mungkin juga mereka terdorong dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN),
di b!
awah Timbalan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi, yang kian gemar
menggantung dan mengharamkan penerbitan yang tidak selari dengan Umno,
manakala banyak lagi pula yang dirampas.
AHMAD LUTFI OTHMAN
Jurucakap Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
29 Mei 2001
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
