*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ----------
From: d panglima
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Dipukul kerana jual VCD Dr Harun Din & Ismail Kamus di
Pesta Buku KL
Date: Thursday, May 31, 2001 7:11PM

Saudara ,banyak sabar saudara !!! itu pon jika anda ada anak isteri. tapi
kalau berani sangat mari bertemu. Agak nya seronok pukul orang ye...
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Pukul jangan tak pukul !! Apsal pukul sahaja ? Patut bakar sekali gerai
jualan
tu sekali. Patut juga tarik balik lesen berniaga kedua dua pengedar VCD tu.
VCD
tu kemungkinan besar juga di cetak rompak, maka boleh ditahan bawah akta
yang
bermacam macam. Peniaga kedua dua gerai itu patut juga diberkas masuk ISA
kerana
kegiatan subversif mereka meracuni rakyat. Lagi pulak kandang ISA dan ada
dua
tempat kosong sekarang ini.

Panglima

>
> Pesta Buku Kuala Lumpur dikuasai samseng Umno?
>
>
> Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mengecam keras tindakan
sekumpulan
> Pemuda Umno yang menganggu, mengugut serta bertindak memukul seorang
petugas
> gerai buku yang menjual kaset-kaset agama, di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala
> Lumpur 2001, di PWTC, pada petang Jumaat lalu, 25 Mei.
> Difahamkan, kejadian bermula apabila empat orang pemuda, dalam lingkungan
> 20-30 tahun, bertindak kasar, mendesak seorang penjual buku dan
kaset-kaset
> agama, pemilik Sarjana Media, gerai bernombor 3046-3048, agar tidak
> mempamerkan kaset dan CD ceramah agama oleh dua orang tokoh ulamak
tanahair,
> Dato' Dr Haron Din dan Dato' Ismail Kamus.
> Ketika ditanya apa kuasa mereka untuk membuat arahan itu, seorang darinya
> mendakwa mereka dari Kementerian Dalam Negeri. Tetapi selepas diminta kad
> pengenalan diri, mereka mengatakan mereka adalah ahli Umno dan berhak ke
> atas bangunan di mana pesta buku diadakan.
> Apabila pemilik gerai mengatakan apa yang dijual di situ tidak bercanggah
> dengan undang-undang, dan beliau membayar sewa sebanyak RM10,000 kepada
> penganjur, "pemuda-pemuda Umno" itu mula bertindak liar. Di samping
> mengeluarkan kata-kata kesat, beberapa keping kaset dan VCD ceramah agama
> dipecahkan. Mereka mengatakan, kaset-kaset itu hanya sesuai dijual di
Markas
> Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Gombak, bukannya di bangunan Umno.
> Tidak cukup dengan itu, kumpulan berkenaan meronda dari satu gerai ke
gerai
> yang lain. Kekecohan berlaku sekali lagi di gerai Pustaka Alhas, yang
turut,
> antara lain menjual kaset dan VCD ceramah agama dua tokoh yang sama, Dr
> Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus. Sebahagian kaset dan VCD berkenaan
ditolak
> jatuh.
> Apabila salah seorang pembantu jualan gerai tersebut menegur tindakan
tidak
> beradab 'pemuda-pemuda Umno' itu, mereka bertindak ganas, dengan mengheret
> pembantu jualan itu ke tempat yang agak tersorok, dan memukulnya. Beliau
> kemudiannya membuat aduan di Balai Polis Dang Wangi.
> KAMI telah membuat tinjauan ke Pesta Buku itu, di Dewan Tun Razak 3 dan 4,
> PWTC, pagi Selasa (29 Mei) dan berkunjung ke gerai Sarjana Media dan
Pustaka
> Alhas. Didapati tiada sebarang kaset, VCD ataupun bahan-bahan bercetak
yang
> menentang parti pemerintah ataupun secara jelas menyokong parti
pembangkang.
> Yang memenuhi ruang pameran gerai-gerai itu adalah buku, kitab, poster,
> kaset dan VCD agama.
> Kami dimaklumkan oleh penjual, itulah juga yang mereka jual sejak pesta
buku
> itu dirasmikan Jumaat lalu, 22 Mei. Sememangnya kami dapati kaset dan VCD
> agama ini mendapat sambutan hangat dari pembeli, khususnya yang
membabitkan
> dua tokoh tadi, Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus. "Pemuda-pemuda Umno
itu
> fobia dengan gambar ulamak-ulamak yang tidak lagi menyokong Umno. Itu
saja,"
> kata seorang penjual.
> Beliau menunjukkan kepada kami contoh VCD yang dirosakkan. Mahu tahu apa
> tajuknya? "Kesempurnaan Sembahyang, Siri Dua", oleh Dr Haron Din!
> KAMI sedang mengumpul maklumat kejadian itu secara lebih terperinci.
> Percubaan untuk mendapatkan butiran lanjut dengan penganjur pesta, petang
> Selasa gagal. Pembantu jualan yang dipukul itu sedang dikesan. Beliau
tidak
> lagi muncul di PWTC selepas insiden buruk buruk. Oleh kerana Presiden Umno
> mengadakan pertemuan khas dengan pemuda-pemuda Umno, 29 Mei, didapati agak
> ramai yang berpakaian rasmi Pemuda Umno kelihatan di pesta buku itu.
> KAMI menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan bertindak
> pantas menanganinya walaupun ia mungkin menyentuh parti pemerintah
sendiri.
> KAMI amat kesal dengan sebarang usaha mengugut, menakut-nakutkan, apatah
> lagi bertindak ganas menghalang penyebaran maklumat dan kegiatan ilmu di
> negara ini. Sungguh memalukan, apabila majlis pesta buku yang sepatutnya
> dijalankan secara beradab dan harmonis, dalam suasana yang merancang
tradisi
> keilmuan, tercemar dengan amalan budaya samseng. Lebih mengaibkan, apabila
> ia dicetuskan oleh mereka yang mendakwa pemuda Umno, sayap kanan parti
> pemerintah.
> KAMI juga menggesa pihak penganjur, Majlis Buku Kebangsaan supaya mengkaji
> semula lokasi pesta di masa-masa akan datang. Jika pimpinan Umno gagal
untuk
> mengawal emosi ahli-ahlinya -- yang langsung tidak dapat menghayati erti
> demokrasi -- MBK mesti mencari lokasi baru yang lebih bebas dan kondusif
> kepada aktiviti-aktiviti keilmuan.
> Namun, mungkin pemuda-pemuda Umno berkenaan terdorong melakukan tindakan
> ganas itu berdasarkan sikap pemimpin-pemimpin mereka sendiri? Apa
tidaknya,
> lihat saja tindakan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang mengeluarkan
> arahan agar semua premis perniagaan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri
> Selangor dibersihkan datri sebarang makalah penerbitan yang 'menentang
> kerajaan'. Apa maksud 'menentang kerajaan' tidak pula dijelaskan.
> Mungkin juga mereka terdorong dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN),
> di bawah Timbalan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi, yang kian gemar
> menggantung dan mengharamkan penerbitan yang tidak selari dengan Umno,
> manakala banyak lagi pula yang dirampas.
> AHMAD LUTFI OTHMAN
> Jurucakap Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
> 29 Mei 2001
>
>
>
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo!
Mail.
<<  >>
___________________________________________________________________
Sent via Fetchmail - free email service at http://www.fetchmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "d panglima" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ismail Hj Joned <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke