Muktamar PAS kecam lanjutkan tahanan ISA
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh)- Muktamar PAS yang bersidang di Taman Melewar
hari ini mengecam tindakan kerajaan melanjutkan empat tahanan ISA dengan
menghantar mereka ke Kem Tahanan Kemunting mulai 2 Jun semalam.
Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor ketika menggulong perbahasan ucapan
dasar Muktamar PAS hari ini berkata, tidak ada sebarang sebab yang munasabah
untuk kerajaan melanjutkan tahanan mereka selain dari kebimbangan Umno
menghadapi arus reformasi.
Mulai semalam, empat tahanan ISA, Ezam Mohd Noor, Shaari Sungib, Tian Chua
dan aktivis reformasi Hishamudin Rais dihantar secara berperingkat-peringkat
ke kem Tahanan Kemunting selepas ketiga-tiga ditahan lebih dari 50 hari di
tempat yang tidak diketahui.
Ezam adalah Ketua Pemuda Keadilan, Tian Chua adalah Naib Presiden manakala
Shaari adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan. Hishamudin adalah
seorang aktivis reformasi dan penulis.
Mereka ditahan mulai 10 April lepas. !
"Kita merasa sedih dan mengharapkan mangsa dan keluarga masing-masing
bersabar dengan tindakan kejam ini," kata Ustaz Fadzil di depan hampir
seribu perwakilan PAS serta ribuan pemerhati yang memenuhi dewan besar
Markas Tarbiyah PAS Pusat.
Semalam, 2 Jun, Raja Petra Kamarudin dibebaskan tanpa syarat dari tahanan
ISA. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan dua dari mereka, N
Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon setelah mendapat tahanan itu tidak
sah.
Ini bermakna, tiga lagi tahanan iaitu Lukman Nur Adam, Badarudin Ismail dan
Dr Badrul Amin Baharom tidak diketahui lagi nasib mereka.
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
