Pemilihan bijak - Fadzil
KUALA LUMPUR, 3 Jun(Hrkh) - Presiden PAS Dato' Fadzil Noor menyifatkan
pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru (sesi 2001-2003) sebagai
keputusan bijak perwakilan yang mendapat mandat seluruh ahli parti.
"Saya cukup puas hati dengan AJK dan juga naib presiden," katanya merujuk
keputusan pemilihan pada Muktamar PAS ke 47 yang berakhir hari ini.
Keputusan yang diumumkan petang tadi menunjukkan ahli PAS mahu parti
diterajui kombinasi ulama dan professional.
Selain itu kata Ustaz Fadzil, pemilihan perwakilan menunjukkan mereka juga
menilai barisan muda bagi mengimbangi keadaan. "Jelas veteran dan golongan
muda mendapat tempat," kata beliau.
Namun yang penting kata beliau ialah perjuangan mesti berasaskan Islam
dengan komitmen penuh, sambil menyifatkan golongan yang dipilih mempunyai
kefahaman Islam yang baik.
Ustaz Fadzil juga berkata pemilihan kali ini membuktikan muslimat mendapat
tempat dalam saf pimpinan dan PAS ' b!
ersedia memberi kepercayaan kepada
muslimat "untuk sama-sama memimpin".
Calon tunggal muslimat yang dipilih hari ini ialah Dr Lo' Lo' Ghazali.
Pemilihan itu dilihat sebagai tanda permulaan PAS meletakkan calon wanita
pada pilihan raya umum akan datang.
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
