NEWS

Print version of this story

Tuesday June 5

Tahanan ISA Pak Din bebas

1:38pm, Tue: Aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Badaruddin Ismail dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jam 2.10 petang selepas ditahan 40 hari.

Beliau, juga dikenali Pak Din, kelihatan lebih kurus, mukanya pucat dan rambutnya dipotong pendek.

Pak Din kini dalam perjalanan ke rumahnya di Hulu Kelang, Selangor.

[Laporan penuh selepas ini]

Laporan jam 1.38 petang: Aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Badaruddin Ismail yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibenarkan lawatan kedua hari ini dan mungkin dibebaskan.

Menurut sumber, isteri dan tiga anaknya akan melawatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 1.45 tengahari.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan Badaruddin, dikenali juga sebagai Pak Din, dibebaskan selepas ditahan selama 40 hari.

Termasuk Pak Din, tiga daripada 10 aktivis reformasi masih dalam siasatan sejak operasi tangkapan antara 20 hingga 26 April lalu. Dua lagi adalah pemimpin Parti Keadilan Nasional, Dr Badrul Amin Bahron dan Lokman Noor Adam.

Tiga telah dibebaskan sejak minggu lalu, sementara empat yang lain dibawa ke Kem Kamunting, Perak untuk tahanan lanjutan selama dua tahun Sabtu lalu.

Aktivis-aktivis Pemuda Keadilan, N Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon dibebaskan Rabu lalu selepas permohonan habeas corpus mereka diterima Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara pengendali laman web 'Kempen Bebaskan Anwar' (FAC) Raja Petra Raja Kamaruddin dibebaskan tiga hari selepas itu.

Empat yang ditahan dua tahun adalah Naib Presiden Tian Chua, Ketua Pemuda Mohamad Ezam Mohd Nor, ahli jawatankuasa pusat Saari Sungib dan penulis malaysiakini Hishamuddin Rais.



Last modified:Tuesday June 5, 2:45 pm


Print version of this story

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke