*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sejak bila dato' ismail ibrahim jadi penjilat umno ??
sanggup diri diperalatkan begitu sekali. ini lah
manusia yg gila dunia.


--- Horoscopes <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Debat olok- olok PAS- Umno di lakonkan depan PM
> KUALA LUMPUR,1 Jun (Hrkh) - Cakera padat (cd) debat
> olok-olok PAS - Umno kini laris dijual di sekitar
> ibu negara khususnya di Taman Melewar di mana
> Muktamar PAS sedang berlangsung.
> 
> CD itu mempaparkan lima tokoh Umno berlakon sebagai
> ulamak PAS dan berdebat dengan lima tokoh yang juga
> dari Umno.
> 
> Antara tokoh Umno yang memegang watak ulamak PAS itu
> ialah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Dato Ismail
> Ibrahim, Wan Ismail dan Umar Khalid.
> 
> Sementara tokoh Umno yang bertindak selaku ulamak
> parti itu termasuk Nakhaie Ahmad, Mustafa Taib dan
> bekas Ketua Pengarah Pusat Islam Dato' Zainal Abidin
> Abdul Kadir.
> 
> Debat olok-olok itu dipengerusikan bekas Menteri di
> Jabatan Perdana Menteri Dato' Paduka Hamid Othman.
> 
> Sesi itu dikatakan dipersembahkan di hadapan Perdana
> Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan
> timbalannya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
> 
> Rakaman CD itu menunjukkan lima tokoh Umno dan
> golongan yang dilihat sebagai pro parti itu,
> berlakon sebagai ulamak PAS dan menyerang keras Umno
> dan kerajaan Barisan Nasional.
> 
> Ulamak Umno pula cuba menangkis serangan itu
> disamping 'melancarkan' serangannya sendiri terhadap
> PAS.
> 
> Tidak diketahui siapa yang merakamkan sesi debat
> olok-olok itu dan bagaimanapun ia memasuki pasaran
> tempatan.
> 
> Pada sidang media di Muktamar PAS petang tadi
> Presiden PAS Dato' Fadzil Noor diaju soalan mengenai
> debat olok-olok itu.
> 
> Ustaz Fadzil mengakui beliau sendiri sudah menonton
> rakaman itu setelah diberikan oleh seorang "hamba
> Allah" CD itu semalam.
> 
> "Yang pasti debat itu olok-olok. Ia diadakan antara
> Umno dengan Umno dan bukannya dengan PAS," kata
> beliau.
> 
> Ustaz Fadzil berkata tidak dapat dipastikan tujuan
> debat olok-olok itu diadakan tetapi "mungkin Dr
> Mahathir ingin menguji kemampuan partinya sebelum
> mencabar PAS untuk berdebat".
> 
> Menurut debat olok-olok itu sesuatu yang serius
> untuk Umno kerana "Dr Mahathir tidak buat
> main-main".
> 
> Dan kata Ustaz Fadzil jika cabaran untuk benar-benar
> berdebat dilemparkan, PAS sedia menyahut kerana
> "kita ada hujah yang lebih kuat berbanding hujah
> yang diutarakan oleh mereka yang berlakon sebagai
> ulamak PAS dalam CD itu".
> 
> Namun beliau kecewa di atas pembabitkan beberapa
> tokoh yang sepatutnya bersifat berkecuali .
> 
> "Umpamanya Dato' Ismail Ibrahim, pengerusi Majlis
> Fatwa Kebangsaan. Ini membuktikan beliau terbabit
> dalam Umno secara aktif," kata beliau.
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own
> domain with Yahoo! Mail.


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke