Tidakkah Datuk Abdul
Aziz Sheikh Fadzir perasan yang apabila beliau menegur cadangan Mahfuz Omar
untuk membuka kaunter pendaftaran ahli PAS di IPTA akan menjejaskan pelajaran
pelajar, bukankah Puteri Umno yang patut lebih terasa???
Sebab Puteri Umno yang
memulakan membuka kaunter pendaftaran ahli di IPTA....
Bukan kah secara
logiknya Pemuda Umno sepatutnya menegur tindakan Puteri Umno terlebih dahulu
olehkerana Puteri Umno sudah pun membuka kaunter sedangkan Pemuda Pas baru
sekadar mencadang???
Tidakkah ini serupa dengan pepatah
Melayu, kuman
di
seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak?
Atau pun Pemuda Umno
sebenarnya nak cuba sindir/tegur Puteri Umno dalam diam???
Pemuda dakwa syor Pas jejas pelajar
PETALING JAYA, Jumaat – Pemuda Umno hari ini, mendakwa
cadangan Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar untuk menyediakan kaunter
pendaftaran ahli di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menambah keahlian
parti itu, akan menjejaskan pelajaran pelajar.
Naib Ketua Pemuda, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, berkata Pemuda Umno tidak mahu pelajar diperalatkan kerana sedar ramai pelajar Melayu yang terbabit dalam politik, terjejas pelajaran mereka.
Beliau berkata, malah, Pemuda Umno selama ini bergerak secara tidak langsung di IPTA dengan mengatasi masalah membabitkan pelajaran, kewangan serta penempatan.
“Saya nasihatkan Pas supaya memikirkan masa depan pelajar dan jangan menjerumuskan pelajar ke kancah politik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan berupa kelengkapan sekolah kepada 56 pelajar bernilai RM100 selain tikar kepada mangsa kebakaran di Kampung Perangsang Permai 14 Mei lalu yang kini tinggal sementara di Dewan Perangsang Permai, dekat sini.
Beliau mengulas cadangan Mahfuz untuk membuka kaunter keahlian di IPTA ekoran tindakan Puteri Umno mengedarkan borang keahlian di beberapa IPTA baru-baru ini.
Mengenai gesaan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata, Pemuda akan menubuhkan Sekretariat Tetap minggu depan bagi menggerakkan jenteranya.
Abdul Aziz berkata, sekretariat itu akan memantau tugas Pemuda menarik lebih ramai ahli dan akan dipengerusikan Setiausaha Agung Pemuda, Zulkefli Mohd Alwi.
“Saya percaya Pemuda yang mempunyai 850,000 ahli serta 16,000 cawangan berjaya menambah keahlian baru,” katanya.
Terdahulu, beliau berkata, bantuan persekolahan itu bertujuan meringankan beban murid-murid serta keluarga mangsa kebakaran.
Ekoran kebakaran 14 Mei lalu, keluarga berkenaan terpaksa menetap di Dewan Sri Manja, Dewan Umno dan Dewan Perangsang Permai.
Sebanyak 77 keluarga, termasuk 66 keluarga mangsa kebakaran itu masih dibenarkan tinggal di kampung berkenaan.
Abdul Aziz berkata, pemaju perumahan kawasan berkenaan, Peter Holdings bersetuju membenarkan penduduk tinggal di situ sebelum mereka mendapat rumah baru.
“Pemaju sudah membenarkan mangsa membina rumah panjang untuk sementara waktu sebelum penduduk terbabit berpindah ke rumah lain,” katanya.