Print version of this story
Wednesday June 6
PM marah, Raja Abdullah tinggalkan Utusan
2:21pm, Wed: Ketua kumpulan tokoh yang menyokong hak rawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara meletakkan jawatannya dari Kumpulan Utusan hari ini selepas didesak berbuat demikian.
Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah, yang bertugas sebagai ahli lembaga pengarah kumpulan itu selama 15 tahun, dihantar kepada pengerusinya Tan Sri Kamarul Arifin, tengahari ini.
Menurut Raja Ahmad, beliau telah diminta meletakkan jawatan atau memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung usahanya menggerakkan 108 tokoh utama Malaysia agar menyokong memorandum 30 April lalu kepada PM berhubung rawatan Anwar.
Dalam surat peletakan jawatannya, Raja Ahmad menyebutkan kata dua itu disuarakan oleh Kamarul dalam pertemuan mereka pada petang 14 Mei lalu.
�Tan Sri (Kamarul) menyatakan pada saya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat marah dengan inisiatif surat rayuan yang saya usahakan bersama-sama dengan kawan-kawan,� surat itu dipetik.
[Laporan penuh selepas ini]
Last modified:Wednesday June 6, 2:23 pm
Print version of this story
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
