Dua hakim dipuji kerana pertahan prinsip
Oleh Mohd Sabri Said
TASEK GELUGOR, 12 Jun (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
Salahudin Ayub berkata, PAS berbangga sikap dua hakim di negara ini kerana
berani menanggung risiko untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap
sistem kehakiman negara ini.
Beliau menambah, Hakim Shah Alam dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
yang membatalkan keputusan pilihan raya ekoran bantahan terhadap pengundi
hantu yang dimenangi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Likas oleh bekas Ketua
Menteri Sabah, Dato' Yong Teck Lee sebagai petanda perundangan negara akan
diangkat ke martabatnya semula setelah ianya dicampuri oleh orang politik.
"PAS amat mengharapkan sistem kehakiman yang luhur dan bijak memutuskan
sesuatu kes bukannya terikut-ikut dengan petunjuk seseorang sehingga
membuatkan ianya dimarahi rakyat, " tegasnya sewaktu berucap di Simpang Tiga
Lahar Yooi dalam Parlimen Tasek Gelugor bar! u-baru ini.
Menurutnya lagi, kemungkinan mereka mengikut arahan yang diberikan oleh
Ketua Hakim Negara, Dato' Zaidin yang mahukan undang-undang dipelihara
supaya keadilan dapat ditegakkan setelah ianya lusuh diperkudakan oleh orang
yang tidak bertanggungjawab.
Negara akan maju dan dipandang hebat sambungnya, apabila sistem kehakiman
yang menjadi tunjang sesebuah negara diselamatkan.
"Negara akan maju dan pelaburan akan kembali aktif jika sistem kehakiman
diselamatkan. Ini tidak hakim bagaikan sebatang kayu yang boleh diangkat ke
sana ke mari, " terangnya dalam program anjuran PAS Cawangan Simpang Lahar
Yooi.
Kira-kira dua minggu lalu satu peristiwa yang mengejutkan berlaku apabila
Hakim Shah Alam dengan berani membebaskan dua tahanan yang ditangkap di
bawah ISA iaitu Exco Pemuda KeAdiLan Pusat, Abdul Ghani Harun dan Penolong
Setiausaha Pemuda KeAdiLan Pusat, Gobalakrisnan selepas didapati tangkapan
tidak sah oleh pihak polis.Ini mengambarkan, penangkapan itu ada muslihat orang tertentu yang
mempergunakan polis bagi menyelamatkan individu yang terlalu malu rahsia
mereka di bongkar satu persatu.
"Kita sanjung hakim yang tegas dan berprinsip dan menolak hakim yang
memberikan keputusan kes yang berat sebelah semata-mata mendengar kata-kata
nasihat orang tertentu, " ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat.Berceramah sama pada malam itu ialah Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS
Pokok Sena, Azmi Abdullah dan kepimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke