*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Sudah sampai masanya Menteri Kehakiman, Dr Rais Yatim dipecat. Kalau Dr Rais 
tidak dapat mengawal lagi hakim hakim dibawah peliharaan dan tunggangan beliau 
apa guna beliau berada dikerusi tersebut. Dr Rais sepatutnya merasa malu dan aib 
yang teramat sangat kerana Hakim hakim sudah mula tunjuk belang dan celupar. 

Satu senarai patut dibuat untuk mendapatkan kepastian hakim hakim mana lagi 
dimasa masa akan datang yang mempunya potensi untuk menggigit tangan yang 
memberi dan tidak tahu berterima kasih. Semua SB patut dikerahkan untuk 
menyiapkan senarai ini secepat mungkin. 

Selepas senarai ini siap, mana mana hakim yang boleh diberhentikan atas apa apa 
alasan patut diberhentikan.  Sesiapa yang boleh dipaksa bersara serta merta 
patut diarahkan untuk berbuat demikian. Mana mana yang boleh ditukar daerah atau 
kawasan maka teruskanlah. Yang engkar dan degil, SB bolehlah mengawal mereka 
siang dan malam dan pastikan semua gerak geri mereka diawasi.

Keceluparan hakim sudah tidak dapat dikawal lagi, Badan Kehakiman mesti tahu 
siapakah sebenarnya Taiko ( Boss besar ) Executive atau pun Judiciary ??. 

Panglima


> 
> Dua hakim dipuji kerana pertahan prinsip 
> Oleh Mohd Sabri Said 
> TASEK GELUGOR, 12 Jun (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
> Salahudin Ayub berkata, PAS berbangga sikap dua hakim di negara ini kerana
> berani menanggung risiko untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap
> sistem kehakiman negara ini. 
> Beliau menambah, Hakim Shah Alam dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
> yang membatalkan keputusan pilihan raya ekoran bantahan terhadap pengundi
> hantu yang dimenangi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Likas oleh bekas Ketua
> Menteri Sabah, Dato' Yong Teck Lee sebagai petanda perundangan negara akan
> diangkat ke martabatnya semula setelah ianya dicampuri oleh orang politik. 
> "PAS amat mengharapkan sistem kehakiman yang luhur dan bijak memutuskan
> sesuatu kes bukannya terikut-ikut dengan petunjuk seseorang sehingga
> membuatkan ianya dimarahi rakyat, " tegasnya sewaktu berucap di Simpang Tiga
> Lahar Yooi dalam Parlimen Tasek Gelugor baru-baru ini. 
> Menurutnya lagi, kemungkinan mereka mengikut arahan yang diberikan oleh
> Ketua Hakim Negara, Dato' Zaidin yang mahukan undang-undang dipelihara
> supaya keadilan dapat ditegakkan setelah ianya lusuh diperkudakan oleh orang
> yang tidak bertanggungjawab. 
> Negara akan maju dan dipandang hebat sambungnya, apabila sistem kehakiman
> yang menjadi tunjang sesebuah negara diselamatkan. 
> "Negara akan maju dan pelaburan akan kembali aktif jika sistem kehakiman
> diselamatkan. Ini tidak hakim bagaikan sebatang kayu yang boleh diangkat ke
> sana ke mari, " terangnya dalam program anjuran PAS Cawangan Simpang Lahar
> Yooi. 
> Kira-kira dua minggu lalu satu peristiwa yang mengejutkan berlaku apabila
> Hakim Shah Alam dengan berani membebaskan dua tahanan yang ditangkap di
> bawah ISA iaitu Exco Pemuda KeAdiLan Pusat, Abdul Ghani Harun dan Penolong
> Setiausaha Pemuda KeAdiLan Pusat, Gobalakrisnan selepas didapati tangkapan
> tidak sah oleh pihak polis.
> Ini mengambarkan, penangkapan itu ada muslihat orang tertentu yang
> mempergunakan polis bagi menyelamatkan individu yang terlalu malu rahsia
> mereka di bongkar satu persatu.
> "Kita sanjung hakim yang tegas dan berprinsip dan menolak hakim yang
> memberikan keputusan kes yang berat sebelah semata-mata mendengar kata-kata
> nasihat orang tertentu, " ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS
> Pusat.Berceramah sama pada malam itu ialah Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS
> Pokok Sena, Azmi Abdullah dan kepimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor. 
> Comments ? E-mail Us 
> 
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
<<  >> 
___________________________________________________________________
Sent via Fetchmail - free email service at http://www.fetchmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "d panglima" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke