Penulis Cina boikot akhbar Cina KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - Para pengarang
akhbar Cina tempatan mula mencari alternatif kepada para penulis Cina yang
mula memboikot mereka berikutan tragedi yang berlaku kepada Nanyang Press.
Menurut maklumat yang Harakah terima, "mana-mana editor yang cerdik mula
mencari penulis yang bukan Cina termasuk dari kalangan pensyarah terutama
dari kalangan penyokong BA, untuk membolehkan akhbar mereka dilihat tidak
berapa pro-BN." Langkah ini terpaksa dibuat apabila kira-kira 90 penulis
untuk akhbar Cina mula menghentikan sumbangan tulisan mereka kepada empat
akhbar harian Cina termasuklah Nanyang Siang Pau dan China Press. Mereka
juga mengambil tindakan menghentikan sumbangan mereka kepada Sin Chew Jit
Poh dan Guang Ming sehinggalah isu Nanyang ini selesai. Tindakan ini dibuat
sebagai tanda protes tindakan MCA mengambilalih Nanyang Press yang
menerbitkan Nanyang Siang Pau dan China Press melalui organ pelabur! an
mereka, Huaren. Menurut seorang ahli Parlimen DAP dalam satu kenyataannya
kepada Kumpulan Diskusi maya BA, "boikot tersebut telah berjalan dengan baik
sehingga sekarang dan akhbar Cina yang selalu menyiarkan komentar-komentar
politik mula terasa bahangnya apabila mereka kelihatan kurang benar
menyiarkan tulisan sedemikian." Antara penulis tetap dalam akhbar Cina di
kalangan pemimpin DAP adalah Ronnie Liu dan Teresa Kok. Mereka berdua juga
sudah tidak menghantar tulisan mereka kepada akhbar berkenaan. "Saya di
sini mencadangkan agar kita semua menghentikan penghantaran tulisan kita
kepada mereka sehinggalah keseluruhan isu pengambilalihan Nanyang ini jelas.
"Dengan itu kita tidak akan kelihatan menyokong media yang dikawal MCA serta
tangan-tangan hitam di sebalik apa yang didakwa dalam 'persepakatan' di Sin
Chew Jit Poh," tulis Teresa Kok dalam satu kenyataannya kepada kumpulan
perbincangan maya itu. Sementara itu, dalam kenyataan bersa! ma 40 orang
penulis tetap dan penyumbang tulisan kepada akhbar Cina baru-baru ini,
mereka menyifatkan persoalan kawalan akhbar ini dimulai sejak 40 tahun lalu
lagi apabila Umno mengambilalih Utusan Melayu dan New Straits Times Press
(NSTP). Sehingga sekarang, Utusan dan NSTP dikawal oleh Umno. Kumpulan yang
menamakan diri mereka Rangkaian Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI)
berkata, apabila akhbar dikawal sebagaimana yang berlaku sekarang, pembaca
akan kehilangan hak mereka untuk mendapat maklumat yang pelbagai dari
akhbar-akhbar kerana akhbar di kawal oleh satu pihak sahaja. "Akhbar yang
pelbagai tetapi mempunyai suara dan stail yang sama kerana dikawal oleh satu
kumpulan manusia sahaja," kata mereka dalam pengumuman penubuhan WAMI itu.
"Protes yang meluas di kalangan masyarakat Cina sekarang akan kami jadikan
sebagai asas untuk mempertahankan akhbar-akhbar Cina yang lain dari diambil
alih oleh parti-parti politik termasuklah kemungkina! n pengambialihan Sin
Chew Jit Poh dan Kwong Wah Jit Poh," kata kenyataan WAMI. Comments ? E-mail
Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke