ISA - Muslimat PAS mahu bersemuka dengan TPM
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan menemui
Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dipejabatnya di
Putrajaya Jumaat ini bagi membantah penggunakaan ISA keatas musuh politik
kerajaan.
Muslimat PAS yang diwakili DMPP, Ustazah Fatimah Ibrahim, setiausahanya
Hajah Wan Hasrina Wan Hassan dan saf kepimpinannya akan menyerahkan
memorandum bantahan kepada Abdullah pukul 3 petang pada hari berkenaan.
Menurut Wan Hasrina, DMPP kesal dengan tindakan Abdullah yang menggunakan
kuasa dibawah seksyen 8 Akta Keselamatan dalam Negeri untuk memerintahkan
empat pemimpin Keadilan dan aktivis sosial ditahan dibawah ISA di Kem
Kemunting bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.
Katanya, adalah jelas "ISA digunakan lebih untuk menangani kebangkitan
politik pembangkang daripada menjaga kestabilan dan keselamatan negara".
Wan Hasrina menggesa semua Dewan Muslima!
t Negeri dan Kawasan hadir di
Putraja untuk mengiringi delegasi DMPP.
Semua muslimat diminta berkumpul di masjid Putra jaya jam 2. 30 petang,
Jumaat ini (15 Jun).
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
