Awas persempadanan semula kawasan pilihan raya
KOTA BHARU, 12 Jun (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan amaran
agar jangan menjadi alat parti yang memerintah dalam proses persempadanan
semula kawasan pilihan raya yang sedang berjalan sekarang.
Ini kerana, maklumat-maklumat mulai keluar sekarang kononnya Barisan
Nasional (BN) menggunakan SPR yang sepatutnya bebas untuk melahirkan suasana
yang 'pro-BN' dalam persempadanan semula itu.
Antaranya menambahkan kerusi Parlimen di kawasan-kawasan kubu BN termasuklah
Johor, kata Adun Lunas, Saifudin Nasution ketika memberikan ceramahnya dekat
sini.
"Mengikut maklumat yang diterima, persempadanan baru itu melibatkan banyak
perubahan dan mewujudkan daerah-daerah mengundi baru di negeri yang menjadi
kubu kuat kepada BN.
"Misalnya di Johor iaitu negeri tempat lahir Umno khabarnya akan mempunyai
kawasan persempadanan sehingga lapan kawasan baru," katanya.
Menurutnya, tindakan ya! ng dilakukan itu seolah-olah mencerminkan badan yang
mengendalikan pilihan raya di negara ini bertindak secara tidak langsung
mahu mengekalkan majoriti BN.
Beliau memberikan amaran, jika benar perkara tersebut berlaku, rakyat akan
memberontak dan akan lahirlah keputusan-keputusan mahkamah dan sebagainya
yang membayangkan hasrat rakyat itu.
Beliau dipercayai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ketika
menerima petisyen pilihan raya DUN Likas dengan menyalahkan SPR dalam
mengendalikan pengundi hantu.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke