|
Assalamu'alaikum semua...
Nampaknya, ramai juga yang berminat untuk mengetahui
pelaburan di Astromax ni. Penat juga tangan nak menjawab
panggilan dari pelbagai pihak untuk mendapatkan penjelasan yang lebih
lanjut. Terima kasih.
Sebelum itu, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak
berhak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak
syarikat ASTROMAX dan diharapkan tuan/puan semua dapatlah agar terus
menghubungi nama-nama berikut untuk
pertanyaan yang lebih terperinci.
Marketing Executive
:
1. En
Rizal - 019-3102745
2. Cik
Siti Nurain - 016-3686570
APAKAH YANG SAYA KENALI DI
ASTROMAX
Sebagai asasnya, astromax menjalankan perdagangan
antarabangsa menggunakan sistem "Trading Unit" di mana ianya
amatlah berbeza jika dibandingkan dengan "Open-Brokerage-System" yang
meliputi lebih 80% syarikat. Begitu banyak
syarikat yang bergiat cergas dalam pasaran komoditi ini. Dengan permulaan
yang berani pada tahun 1996, astromax
dilihat agak berjaya dengan kemampuan para pedagangnya yang mampu
memberikan pulangan seperti yang dijanjikan.
Akaun CMN ini bermula dengan agak perlahan dengan mensasarkan pulangan
sekitar 3.5%. Pelabur yang masuk pun
masih ragu-ragu memandangkan usia astromax yang baru setahun jagung. Sukar
untuk membuktikan tanpa sebarang
track-record yang baik serta pengalaman yang agak baru.
Dengan kegigihan dan komitment semua pihak, astromax
mula mengorak-langkah dan hasilnya cukup memberangsangkan.
TIDAK PERNAH MUNGKIR semenjak mula berdagangan sehingga sekarang.ini
tetap memberikan pulangan yang begitu
baik sekali. Jelas Trading Unit System memberikan lebih keyakinan kepada
setiap pelabur. Mereka yang terawal sudah
tentunya tersenyum di kala ini di mana dikalangan mereka ada yang bergelar
"Millionaire" ( Namanya dirahsiakan ). Sukar
sekali untuk menerima kenyataan ini. Wow! Hebat...Sekim Cepat Kaya ke ni?
.....
Sistem trading memerlukan sokongan pelabur itu sendiri
dan bersama pedagang bagi memantapkan lagi DANA yang dibentuk.
Dengan berteraskan beberapa DANA yang bernilai RM160,000.00 setiap satu
akaun, amatlah agak sukar untuk akaun tersebut
goyang. Dimaklumkan bahawa astromax mensasarkan seramai +/- 200 orang
traders akan dilahirkan dari pelabur itu sendiri.
Mereka-mereka ini lebih cepat bergelar millionaire dari pelabur itu sendiri
memandangkan setiap dagangan pastinya melibatkan
wang pedagang itu sendiri. Jadi, pedagang pastinya sedaya upaya bagi
memberikan pulangan yang baik bukan sahaja untuk dirinya
malah untuk pelabur itu sendiri. Percaya atau tidak - kita tetap buat
profit pada harga jatuh. SO, tak adalah masa untuk rugi.
Itu yang saya faham. Jadi, bertambah yakinlah saya.
Kemudian diceritakan lagi bahawa syarikat pernah berikan pulangan 110%
pada bulan Feb 2000 kepada salah satu a/c yang besar dananya dan average
dia orang enjoy 40 - 60 % return monthly. Wow!
very impressive. Duit tak ada ni. hutang pun keliling pinggang. Mana nak
gagau. kereta tengah hutang, rumah masih hutang dan
senang kata..."LUBUK HUTANG". Terfikir dalam hati, kenapalah astromax tak
diwujudkan pada masa aku bujang lagi???????
Nak pinjam dengan bank, bank kata "Hutang lama kasi langsailah dulu". Mahu
tak mahu saya hanya ada satu pilihan iaitu loan
semula rumah ( Re-Financing ). Congak-congak, dapatlah sikit untuk mulakan.
Tapi belum mula lagi....
Dari hari itu, saya mulakan berkempen kepada kekawan
yang dikira rapatlah malah diaorang ini boleh dianggap pakar jugak dalam
pasaran saham ( BSKL ) dan pengurusan. Setelah dua tiga kali pergi seminar,
akhirnya dengan langkah Hang Tuah, saya membuka
langkah dengan harapan agar "SEJARAH YANG BAIK AKAN MEMBERIKAN LEBIH
KECEMERLANGAN". Bayangkanlah
sekiranya saya gagal...akibatnya begitu teruk sekali. Air dah sampai ke
paras hidup. Mungkin tak mampu nak bernafas lagi. Alhamdulillah,
penelitian selama ini begitu bererti sekali dan saya sahkan bahawa ASTROMAX PASTINYA AKAN MENGUBAH TAHAP
EKONOMI
ANDA SEMUA KE PERINGKAT YANG DIINGINKAN.
Astromax tidak meletakkan cop GURANTEED kepada pelabur
cuma mereka berjanji bahawa setiap sen yang dilaburkan tidak pernah
dipersiakan begitu sahaja. TIADA PAKSAAN. Jika tuan/puan mahu, melaburlah.
Saya dimaklumkan bahawa pemegang akaun korporat
( RM500K ) dijamin oleh astromax pulangannya. ( Berapa? tak tanya sebab nak
cari RM5K pun payah...). Saya dapati ramai dikalangan
pelabur sebelum ini telah terjerumus dalam SEKIM CEPAT KAYA dan lingkup
berpuluh-puluh ribu. Kesalnya mereka sampai sekarang
ini. Apatah tidak, indah khabar dari rupa. Ingatkan nak baiki taraf hidup,
tak sangka telah tertipu dengan sindiket sebegini. AWAS!!!!!!
Saya yakin bahawa astromax boleh memberikan tuan/puan
semua satu sumber ekonomi yang baik tamabahan sekarang ini keadaan
ekonomi negara yang agak terumbang ambing. Dengar-dengarlah seminar yang
dibawakan oleh astromax atau jika ada kekawan yang
sudah melabur tu, tanyalah dia. Saya yakin bahawa so far, tak ada pelabur
dalam sistem trading ini merungut kerugian tapi merungut
kerana menerima pulangan lebih dari yang dijanjikan. Untuk bakal pelabur,
astromax akan berikan 4% sahaja atas nasihat BNM bagi
menjaga kepentingan Bank-bank di Malaysia. Walaupun begitu, pelabur akaun
baru telah diberikan 10% baru-baru ini. WOW!!!!
Kita yang tahu hendaklah disampaikan kepada mereka yang
tahu dan yang tidak tahu. Agar yang salah diperbetulkan dan yang kusut,
diluruskan atau yang tiada, diadakan. Dan, yang kurang, ditambahkan
ilmunya. Begitulah apa yang saya dapat ceritakan apa yang saya
tahu mengenai astromax ( Baru sahaja berkenalan ). Untuk detailnya, cubalah
call H/P marketing executive astromax seperti di atas.
Jika anda berada di KL, singgahlah ke
ASTROMAX SDN BHD (
409361-T)
Suite 33B, Level 33, Menara Maxis,
KLCC, Jalan Ampang, KL.
Seminar penerangan seluruh
Malaysia.
PJ Hilton, 15-5-2001, 8 malam
Hotel Sri Morib, 22-5-2001, malam
Pertanyaan call astromax sendiri di 03-21687222.
Adnan Bin Mohamed Nor
Senior Programmer (IS Section) Plannning Department NEC Semiconductors (M) Sdn Bhd KM 15, Jalan Banting, FIZ 42500 Telok Panglima Garang Kuala Langat, Selangor DE, Malaysia. Tel: (603)-3526023 Ext. 6330 Fax:(603)-3527048 H/P: 019-3524526 ( 24hours ) Email:[EMAIL PROTECTED] |
