Date: Wed, 13 Jun 2001 17:27:10 +0800

Pindaan: Ada pihak cuba buat kacau
KOTA BHARU, 13 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa ada
segelintir pihak di negeri ini akan mencetus suasana tidak aman dengan
menganjurkan demontrasi pada 25 Jun ini, semasa pindaan Perlembagaan
Kelantan dilakukan di Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ketuanya, Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada maklumat yang
diperolehi pihak berkenaan akan mengadakan demontrasi secara terbuka pada
tarikh tersebut.
"Pihak berkenaan khabarnya akan berkumpul di sebuah masjid di bandar ini,"
katanya pada satu program ceramah di sini, baru-baru ini.
Oleh itu, beliau berharap pihak polis dapat memantau keadaan itu bagi
menghalang gangguan yang kemungkinan dicetus pihak terbabit.
Menurutnya, kalau sebelum ini pihak polis boleh menahan Ketua Pemuda
KeADILan Pusat, Ezam Mohd Noor, kononnya mahu menjatuhkan kerajaan melalui
demontrasi, mengapa tidak boleh me! nangkap pihak yang bakal menganjurkan
perhimpunan haram di sini.
Pada 25 Jun ini, Dun Kelantan akan bersidang termasuk mengemukakan usul
meminda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan berhubung kuasa-kuasa
sultan.
Pindaan itu dilakukan bagi diseragamkan dengan Perkara Kelapan Perlembagaan
Persekutuan.
Selain itu, enam usul (enakmen) lain bakal dikemukakan pada persidangan
tersebut.
Takiyuddin yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, isu kafir
mengkafir secara jelas dicetus oleh Umno sendiri, berdasarkan kepada VCD
yang dijual secara berleluasa sekarang mengenai debat yang diadakan Umno di
Putrajaya berkaitan isu tersebut.
Debat berkenaan membariskan bekas-bekas pemimpin PAS yang pernah
mengeluarkan fatwa kafir kepada Umno dan kini mereka bersama Umno.
Antara yang menjadi panel pada debat tersebut termasuk Dato' Nakhaie Ahmad,
Mustafa Taib, Ustaz Mohd Nor Idris dan Wan Ismail Machang.
Bekas Menteri di Jabata! n Perdana Menteri, Dato' Dr Abdul Hamid Othman
bertindak sebagai pengerusi forum.
Debat tertutup itu difahamkan turut disaksikan Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Takiyudin berkata, Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan kepada Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai perkara tersebut bagi mengkaji
siapa sebenarnya yang mengkafirkan Umno.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke