Date: Wed, 13 Jun 2001 17:05:34 +0800

NEWS

Print version of this story
Wednesday June 13
'Pilihan jalan raya' untuk gulingkan kerajaan: KDN
Azlina Ngainon
1:27pm, Wed: Aktivis reformasi dan penulis kolum malaysiakini, Hishamuddin
Rais yang ditahan dua tahun di kem Kamunting dituduh mendakwa "pilihan jalan
raya" langkah terbaik menggantikan kerajaan, bukannya pilihan raya.
Hishamuddin dituduh berkata: "... dalam sejarah politik dunia tidak ada
seorang diktator, tiada seorang diktator yang dapat dijatuhkan melalui
pilihan raya" ... "hanya ada satu jalan sahaja untuk menumpaskan rejim
seperti ini... tidak lagi dalam pilihan raya, bukan lagi dalam pilihan raya
tapi pilihan jalan raya..."
Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan demikian ketika berucap di depan 500
orang dalam ceramah anjuran sebuah parti politik di Taman Tuanku Jaafar,
Seremban pada 21 Oktober tahun lalu.
Kementerian Dalam Negeri dalam perintah tahana! n terhadap Hishamuddin
menyebutkan: "Hasutan sedemikian itu boleh merangsang orang ramai untuk
bertindak menggulingkan kerajaan yang sah dengan cara kekerasan di luar
undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan."
Bekas pemimpin pelajar itu juga dituduh menyampaikan pendapat yang sama
semasa berucap di satu ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 orang di
Sentul, Kuala Lumpur awal Oktober 1999.
Selain beliau, tiga lagi pemimpin Parti Keadilan Nasional turut ditahan di
kem itu, Naib Presiden Tian Chua, Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor dan
ahli jawatankuasa pusat parti itu Saari Sungib.
'Rusuhan dan keganasan'
Selain dua pertuduhan menghasut itu, Hishamuddin turut dihadapkan dengan
tiga lagi alasan - menghadiri dua perjumpaan sulit dengan anasir-anasir
reformasi dan satu lagi tuduhan menyertai demonstrasi anjuran gerakan
reformasi.
Beliau dituduh terlibat dengan gerakan reformasi sejak 14 April 1999 hingg! a
ditangkap di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur 14 April lalu.
Penulis itu dituduh menghadiri tiga perjumpaan dengan 10 hingga 25 orang
aktivis reformasi di Setapak dan Bangsar, kedua-duanya di Kuala Lumpur,
antara Oktober hingga November lalu bagi merancang 'Perhimpunan 100,000
Rakyat' yang dijadualkan 5 November. Perhimpunan itu didakwa mencetuskan
"rusuhan dan keganasan" di sekitar plaza tol Lebuhraya Kesas.
Hishamuddin juga didakwa menghadiri satu perjumpaan dengan sembilan aktivis
reformasi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada Februari lalu dan
merancang strategi mempengaruhi orang ramai menyertai demostrasi jalanan.
Selain itu, beliau dituduh pernah menyertai demonstrasi yang dihadiri 50
hingga 10,000 orang di sekitar Lembah Kelang antara 14 April 1999 hingga 6
Mac tahun ini.
Perhimpunan itu "bertujuan menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan
haram dan demonstrasi jalanan yang boleh mendatangkan huru-hara sertamenganca, ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara.
Hishamuddin dan tiga lagi dibawa ke kem itu pada 2 Jun lalu dan perintah
tahanan itu, bersama alasan-alasan ini, ditandatangani oleh Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Abdullah Baadwi.
Selain empat yang ditahan di kem Kamunting, empat yang lain telah dibebaskan
sejak dua minggu lalu. Sementara dua lagi, Dr Badrul Amin Bahron dan Lokman
Noor Adam, masih lagi dalam tempoh siasatan polis.
Malaysiakini pernah melaporkan Lokman menjangkakan beliau ditahan selama dua
tahun di Kamunting.

Tian Chua guna Internet hasut sertai demo: KDN

Lokman dijangka ke Kamunting

Nota di balik tembok Kamunting

Ezam minta 'bantuan gerila pemisah negara jiran': KDN


Last modified:Wednesday June 13, 5:18 pm

Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke