Date: Wed, 13 Jun 2001 17:38:23 +0800
Program Kitar Semula Melalui VCD debat UMNO sudah tidak berdaya lagi untuk
berhadapan dengan hujah-hujah bernas pemimpin PAS sehingga terpaksa
menggunakan dan mengitar semula barang buangan PAS. Begitulah pandangan yang
dinyatakan oleh YAB Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar Negeri
Terengganu Darul Iman, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di dalam Ceramah Umum
Pimpinan Tertinggi PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 47 yang
berlangsung selama 3 hari di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Perkara ini
sebenarnya telah secara ghairah dilakukan oleh UMNO setiap kali pilihanraya
umum dan yang terbaru ialah apabila mereka yang dahulu pernah bersama PAS
tetapi kini bersama UMNO turut digunakan oleh Dr. Mahathir untuk berlakon
sebagai orang PAS di dalam vcd yang sedang hangat diperkatakan oleh para
perwakilan dan pemerhati sempena muktamar ini. Vcd yang memaparkan debat
olok-olok di antara aktivis UMN!
O dan "pemimpin PAS" turut disertai oleh
Dato' Abdul Hamid Othman selaku moderator, Ustaz Nakhaei Ahmad, bekas-bekas
aktivis PAS dan Dato' Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
Penglibatan Dato' Ismail Ibrahim dalam apa yang dikatakan sebagai debat
UMNO dan PAS dalam isu takfir menimbulkan banyak persoalan. Walaupun
berlakon sebagai wakil PAS, apa yang amat dikesalkan ialah sebagai pengerusi
sebuah majlis yang mulia, beliau sepatutnya bersikap neutral dan tidak
memihak kepada sesiapa. Tetapi apa yang jelas, cara beliau berlagak sebagai
orang PAS sebenarnya kelihatan seperti memperlekeh pimpinan PAS justeru
mengesahkan beliau adalah agen UMNO. Walau apapun, amat tepat sekali apa
yang dinyatakan oleh YAB TG Hj Abdul Hadi Awang mengenai mereka yang telah
dibuang oleh penyokong-penyokong PAS dan dikitar semula oleh UMNO. Mereka
tidak ubah seperti lembu yang dicucuk hidung oleh Dr Mahathir dan
kuncu-kuncunya yang menurut ke mana s!
ahaja dibawa oleh pemimpin UMNO.
P
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
