*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tu kira okay lagi tu.. baru 100 lebih.. saya punya rumah dok menyewa 3 orang
tapi bill yang baru kami terima 2 minggu lepas tu 200 lebih.. cam ne tu..
sebelum nie kami punya bill dalam lingkungan 30-an jea.. la nie dah naik
sampai cam tu skali... nak tak nak kena bayar gak lerr.. kang kene potong
kang.. tak mandi ler jawabnyerr.. terkejut gak kami... la nie dok check
ingat ada orang curi air.. 

so.. cam ne dan dimana nak buat aduan nie.. kami nie bab2 adu mengadu nie
payah sket... tapi kalau bab sembur menyembur orang nie kira lagi laser ler
dari mulut laser era tuuu... 

-----Original Message-----
From: apanama [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, June 13, 2001 5:16 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Bil Air - apasal mesti buat aduan?

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Kenapa mesti buang masa rakyat buat aduan? Tak boleh kah
dibuat bebenda macam ni "first time right".  Dah lah bil
air orang melambung2, nak kena pergi buat aduan lagi, 
kena bayar tambang lagi, buang masa lagi. Lembab punya
kerja. Mana MB selangor? Dah senang hati dapat cukai
lebih dari rakyat?

Mana pulak email kerajaan negeri selangor ni?

----------

Setempat: KEMUKA ADUAN JIKA BIL TINGGI
13 June 2001 
          
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menghadapi masalah kenaikan 
bil air melebihi peratus yang ditetapkan mengikut tarif air
baru yang bermula 15 April lalu, boleh mengemukakan aduan 
kepada mana-mana pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) daerah.

Timbalan Pengarah JBA Selangor, V Subramaniam, berkata 
maklum balas aduan boleh diberikan dalam tempoh kira-kira
seminggu.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat susulan di 
pejabat JBA sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan 
daripada jurutera daerah atau pegawai jabatan itu.

"Masalah kenaikan bil air melampau adalah aduan biasa, 
namun kita akan memastikan ia dilayan dan maklum balas 
diberikan secepat mungkin.

"Dalam hal ini, orang ramai harus mengemukakan aduan 
secepat mungkin supaya dapat diperiksa kemungkinan berlaku
kesilapan pengiraan atau bacaan meter," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan suri rumah, 
Mazila Wahab, 33 dari Taman Rasmi Jaya, Ampang, dekat sini 
yang mendakwa menerima kenaikan kadar baya- ran bil yang 
melampau sejak dua bulan lalu.

Mazila dalam aduannya berkata, bil air terbaru yang 
diterima Isnin lalu mencatatkan bayaran sebanyak RM125.35
manakala sebanyak RM82.54 dicatatkan bagi bil bertarikh 2 
Mei lalu.

Katanya, kenaikan itu adalah melampau berbanding purata bil
airnya sebelum ini hanya pada kadar belasan ringgit.

Bil air yang diterima pada 3 Januari mencatatkan bayaran 
sebanyak RM15.85, manakala RM13.90 dicatatkan pada 27 
Februari dan 30 April lalu.

Berkuatkuasa 15 April lalu, tarif air di Selangor, Kuala 
Lumpur dan Putrajaya dinaikkan antara 20 hingga 75 peratus.

Bagi penggunaan antara 20 dan 35 meter padu air, kenaikan 
ialah 40 peratus, sementara penggunaan lebih 35 meter padu
mencatatkan kenaikan 60 peratus.

Mengulas mengenai masalah Mazila, Subramaniam berkata, 
bayaran bil yang dikeluarkan adalah melebihi tarif yang
ditetapkan.

Malah, beliau mengkategorikan penggunaan air bagi kediaman 
Mazila pada paras sederhana dan seharusnya hanya 
membabitkan kenaikan tarif air pada kadar 20 hingga 40 
peratus.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Mazila dan pengguna 
lain yang menerima kenaikan melebihi 60 peratus supaya 
membuat aduan secepat mungkin.

Katanya, segala maklumat mengenai pejabat JBA daerah 
seperti alamat, nombor aduan dan alamat e-mel boleh 
diperolehi di belakang bil air yang diterima.

----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Pengirim: IRYAWATI MD SUMAIRI <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke