*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Jadi, betullah aduan makcik tu.  Terdapat irregularities
dalam pengebilan pakai rate baru ni.  Senangnya dia orang
dapat duit lebih - hantar bil tinggi, ambil duit dulu, 
masuk bank, dan dapat interest. Nak settle aduan memakan 
masa. Habis2 pun dia orang kira tolak dari bil bulan akan
datang aje. Kalau nak dikirakan, ini pun boleh 
dikategorikan dalam bab rompakan juga ni, sebab ada unsur2 
ugutan (tak bayar...potong).  Sepatutnya, kalau dah silap 
bil, bagi free aje penggunaan sebanyak kesilapan untuk
bulan2 akan datang. Baru fair and square. 

Apasal YAB Khir Toyo diam? Atau pun dia diam dalam senyum 
sebab hasil kerajaan negeri meningkat dari bil yang
DISILAPKAN.      

> -----Original Message-----
> From: IRYAWATI MD SUMAIRI <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "'apanama'" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
> Sent: Thu, 14 Jun 2001 11:35:48 +0800
> Subject: RE: H-Net* Bil Air - apasal mesti buat aduan?
>
>Tu kira okay lagi tu.. baru 100 lebih.. saya punya rumah 
>dok menyewa 3 orang tapi bill yang baru kami terima 2 
>minggu lepas tu 200 lebih.. cam ne tu.. sebelum nie kami 
>punya bill dalam lingkungan 30-an jea.. la nie dah naik
>sampai cam tu skali... nak tak nak kena bayar gak lerr.. 
>kang kene potong kang.. tak mandi ler jawabnyerr.. 
>terkejut gak kami... la nie dok check ingat ada orang curi
>air.. 
>
>so.. cam ne dan dimana nak buat aduan nie.. kami nie bab2 
>adu mengadu nie payah sket... tapi kalau bab sembur 
>menyembur orang nie kira lagi laser ler dari mulut laser 
>era tuuu... 
>
>-----Original Message-----
>From: apanama [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: Wednesday, June 13, 2001 5:16 PM
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Bil Air - apasal mesti buat aduan?
>
~~~~~~~~
>Salam,
>
>Kenapa mesti buang masa rakyat buat aduan? Tak boleh kah
>dibuat bebenda macam ni "first time right".  Dah lah bil
>air orang melambung2, nak kena pergi buat aduan lagi, 
>kena bayar tambang lagi, buang masa lagi. Lembab punya
>kerja. Mana MB selangor? Dah senang hati dapat cukai
>lebih dari rakyat?
>
>Mana pulak email kerajaan negeri selangor ni?
>
>----------
>
>Setempat: KEMUKA ADUAN JIKA BIL TINGGI
>13 June 2001 
>          
>KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menghadapi masalah kenaikan 
>bil air melebihi peratus yang ditetapkan mengikut tarif air
>baru yang bermula 15 April lalu, boleh mengemukakan aduan 
>kepada mana-mana pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) daerah.
>
>Timbalan Pengarah JBA Selangor, V Subramaniam, berkata 
>maklum balas aduan boleh diberikan dalam tempoh kira-kira
>seminggu.
>
>Beliau berkata, orang ramai boleh membuat susulan di 
>pejabat JBA sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan 
>daripada jurutera daerah atau pegawai jabatan itu.
>
>"Masalah kenaikan bil air melampau adalah aduan biasa, 
>namun kita akan memastikan ia dilayan dan maklum balas 
>diberikan secepat mungkin.
>
>"Dalam hal ini, orang ramai harus mengemukakan aduan 
>secepat mungkin supaya dapat diperiksa kemungkinan berlaku
>kesilapan pengiraan atau bacaan meter," katanya.
>
>Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan suri rumah, 
>Mazila Wahab, 33 dari Taman Rasmi Jaya, Ampang, dekat sini 
>yang mendakwa menerima kenaikan kadar baya- ran bil yang 
>melampau sejak dua bulan lalu.
>
>Mazila dalam aduannya berkata, bil air terbaru yang 
>diterima Isnin lalu mencatatkan bayaran sebanyak RM125.35
>manakala sebanyak RM82.54 dicatatkan bagi bil bertarikh 2 
>Mei lalu.
>
>Katanya, kenaikan itu adalah melampau berbanding purata bil
>airnya sebelum ini hanya pada kadar belasan ringgit.
>
>Bil air yang diterima pada 3 Januari mencatatkan bayaran 
>sebanyak RM15.85, manakala RM13.90 dicatatkan pada 27 
>Februari dan 30 April lalu.
>
>Berkuatkuasa 15 April lalu, tarif air di Selangor, Kuala 
>Lumpur dan Putrajaya dinaikkan antara 20 hingga 75 peratus.
>
>Bagi penggunaan antara 20 dan 35 meter padu air, kenaikan 
>ialah 40 peratus, sementara penggunaan lebih 35 meter padu
>mencatatkan kenaikan 60 peratus.
>
>Mengulas mengenai masalah Mazila, Subramaniam berkata, 
>bayaran bil yang dikeluarkan adalah melebihi tarif yang
>ditetapkan.
>
>Malah, beliau mengkategorikan penggunaan air bagi kediaman 
>Mazila pada paras sederhana dan seharusnya hanya 
>membabitkan kenaikan tarif air pada kadar 20 hingga 40 
>peratus.
>
>Sehubungan itu, beliau menasihatkan Mazila dan pengguna 
>lain yang menerima kenaikan melebihi 60 peratus supaya 
>membuat aduan secepat mungkin.
>
>Katanya, segala maklumat mengenai pejabat JBA daerah 
>seperti alamat, nombor aduan dan alamat e-mel boleh 
>diperolehi di belakang bil air yang diterima.


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke