*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila pastikan anda menghantarkan ke [EMAIL PROTECTED] dan bukannya
[EMAIL PROTECTED] (ini alamat penyelenggara)

Forwarded Message:> 

-----Original Message-----
From: fikir [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Tuesday, June 19, 2001 10:26 PM
To: Hizbi Net
Subject: Pakaian wanita...


Assalamu'alaikum kak pabiyen dan semua muslimin muslimat,

Saya sertakan 2 email tentang isu pakaian wanita ini.
Tuan Hassan Tuan Lah merupakan salah seorang panel dalam ahkam online.

Cakap mengenai urufi/relatif,  saya nak utarakan satu sampel, 

- Berjubah, jubah selapis tanpa baju kurung/t-shirt di bahagian dalam dan
saya pilih fabrik yang sejuk dan potongannya tidak menampakkan tubuh
badan. Kenapa saya pakai selapis? Sebab saya rasa lebih selesa, tak panas,
jadi kuranglah berpeluh. Kalau dah pakai fabrik dia pun tebal dan jenis
panas, pakai pulak dua lapis, berpeluh-peluh, lepas tu ada lak timbul bau
pulak.. org nak dekatpun tak larat... Imej org berjubah jugak yg tak baik
nanti.. Tapi kalau suka pakai dua lapis ape salahnya kan...  Tapi kalau
tak berjubahpun ok jugak.. pakai baju kurung, letakkan cekak di tangan,
jadi baju kurung yang tangan lebar tu tak le terselak nampak lengan.. 

- Warna pulak... tidak lah terang tapi taklah hitam - macam pink-pink
kelabu. Bila pakai tu, officemate saya akan kata saya nampak lebih ceria,
bagi kami, itu biasa. Tak menonjol sehingga menarik perhatian lelaki.
Kalau kita di Iran contohnya yang pakai kelubung dan jubah hitam, kalau
kita pakai warna pink yang dull, itu dah kira menarik dah.. tapi kalau kat
m'sia dengan wanita yang berbaju kurung ke office dengan kuning menyala,
merah, hijau.. meriahlah katakan... kalau kita pakai warna pink dull ni
mana nya menarik..  saya sendiri masih memakai baju yang warnanya kalau
hijau, pink, biru, ada unsur2 dull.. bukan menyala-nyala. 

- Tudung kilat - bagi saya biasa je.. ye lah kalau sebab menunjuk2, harga
tudung kain satin lebih kurang je dengan harga tudung biasa. Macma tu
jugak kalau dari segi menarik. Saya tak rasa ada muslimin kat sini yang
tertarik nak tengok muslimah tu semata-mata sebab tudung dia kilat...  

- Cara pakai tudung. Inipun kadang2 jadi isu... Org yang selempang tudung
(tapi masih menutupi dada, cuma macam ada gaya sikit le..) pun jadi isu..
Apa salahnya sematkan hujugn tudung kat atas bahu, atau bawa hujungnay ke
atas kepala...  asalkan dia menutupi dada dan tak larii dari konsep
menutup aurat tu sendiri..

Fitrah wanita ni memang suka berhias dan suka kecantikan... 
Baiklah kita jgn terlampau memberatkan dan jgn pulak sampai ambik ringan.

wallahu'alam.

----- Original Message ----- 
From: TuanHassan Tn-Lah 


Pakaian yang sebaiknya ialah yang menutup aurat. Warna, fesyen, fabrik,
design, semuanya bersifat urufi dan relatif dengan perkembangan
zaman...Islam tidak datang untuk memperincikan suruhannya dengan sedetail
itu. Kelak jadilah kita seperti kisah
Lembu Betina (alBaqarah itu); tak usahlah kita menjadi seperti umat
yahudi, yang asalnya disuruh menyembelih lembu betina, lalu mereka mula
bertanyaka detailnya dan hampir-hampir mereka gagal mencari lembu itu.
Maka pakaian dalam islam pun begitulah, janganlah kita cuba nak detailkan
sempai serban, kopiah, warna
jilbab, labuhnya...maka ini akan memberatkan mereka nanti... hingga mereka
tidak mampu melaksanakannya kelak.

sekian
thtl


-----------------------------------------


Syarat-syarat menutup aurat mengikut kebanyakan ulama As-sunnah wal-
Jamaah ialah, mesti:
1) menutup seluruh anggota badan kecuali wajah dan tangan.
(sesetengah ulama berpendapat wanita harus menutup wajah kecuali mata
=purdah. Sebagai umat Islam kita harus menghormati pendapat semua ulama
dan tidak mencemuh jika tidak setuju.)

2) Pakaian haruslah tidak jarang sehingga menampakkan tubuh dan kulit,
termasuklah tengkuk, dada ataupun lengan.

3) Pakaian tidak boleh ketat menampakkan tubuh. 

4) Tidak menyerupai lelaki. 

5) Warna tidak terlalu garang, terlalu banyak perhiasan seperti manik,
labuci dan sebagainya sehingga menarik perhatian. 

Kebanyakan ulama tidak menggalakkan berpakaian berwarna-warni seperti di
Malaysia dan Pakistan ketika keluar rumah. Tetapi ada yang mengatakan di
negara-negara ini kebiasaannya wanita dan lelaki berpakaian
berwarna-warni. Jadi alasannya, ianya tidak menarik perhatian lebih dari
yang sepatutnya. Jawapan sebenar, Tuhan sahaja yang tahu. Kita wajib
mencuba sedaya upaya melaksanakan yang terbaik di sisi Allah.

6) Tidak menyerupai pakaian orang kafir. 
Kebanyakan ulama setuju ini maksudnya kita tidak patut di salah tafsir
sebagai seorang paderi, nun, sami hindu atau buddha dari cara berpakaian
kita. Tetapi tafsiran yang lebih ketat lagi ialah kita tidak boleh
meniru-niru pakaian orang yang bukan Islam seperti artis rap, pelakon
Barat dan sebagainya.

7) Pakaian haruslah tidak terlampau dihias sehingga menampakkan taraf yang
tinggi dari orang lain. 
Kita harus berpakaian sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk perbezaan darjat
sosial kita dalam masyarakat.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke