*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Well written brother.
----- Original Message -----
From: "Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, June 26, 2001 9:15 AM
Subject: H-Net* Bicara Politik: Ulasan Sajak PM
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Minggu ini, membaca mana-mana akhbar arus perdana atau pun menonton
mana-mana saluran TV Perdana, tidak dapat tidak, mau tak mau, kita terpaksa
juga menatap wajah atau pun kata-kata petikan ucapan Presiden UMNO yang
kemudiannya disusuli dengan ucapan sokongan dan segala puji-pujian yang
tidak terhingga hebatnya untuk sang Presiden.
>
> Tak perlu diulaskan apa yg diucapkan oleh Dr Mahathir kerana beliau
sendiri mengakui yang beliau sudah pun hilang modal, dah tak tau dah nak
cakap apa, pusing pi pusing mai cakap benda tu juga. Ini bukan saya yg kata,
tapi Dr Mahathir sendiri yang mengaku:
>
> "Sudah 19 kali saya buat ucapan pembukaan UMNO ini. Idea baru nak cari
cukup susah tapi alhamdulillah last minutes dia datang juga, dan saya harap
ucapan saya ini dapat difahami oleh kita semua"
> [Berita Minggu 24/6/01]
>
> Ha, tu dia - "Idea Baru Nak Mai Cukup Susah"; kalau diminta
> diterjemahkan ke bahasa Melayu moden, maksudnya ialah 'Sorry brader, wa
dah habis modal dah, tak tau nak cakap apa dah!!'.
>
> Maka itulah jadinya, apa yang dicakapkan oleh beliau seperti apa yg kita
dengar di corong2 radio atau pun di kaca TV dan akhbar2 perdana, semuanya
benda yg sama saja, PAS Pengkhianat Bangsa, PAS Penipu, Melayu Bodoh, Melayu
Malas, Melayu Lupa Diri, Melayu Haprak etc.
>
> Benda yang sama saja - nak buat gena, dah tak dak modal!!
>
> Kerana itu juga agaknya, di penghujung petikan kata2 beliau di atas,
beliau berkata "Saya harap ucapan saya ini difahami oleh kita semua".
Maksudnya beliau sendiri tak berapa paham apa yg beliau cuba sampaikan,
dalam ertikata sama ada masih relevant atau pun tidak dengan suasana politik
semasa.
>
> Mungkin kerana betul-betul tidak faham agaknya dengan ucapan Dr
> Mahathir ini, maka itu apabila ditanyakan pendapat kpd beberapa orang
tokoh UMNO seperti Muhyideen Yassin misalnya, dalam keadaan beliau sendiri
tak berapa faham apa yg cuba disampaikan oleh Dr Mahathir, maka beliau pun
berkata:
>
> "Ucapan Dr Mahathir ini adalah yg terbaik, hinggakan ianya mampu
> mengubah GUNUNG!!"
>
> Tu dia, gila babi punya bodek!!
>
> Kemudian, pengarang Utusan Malaysia pula dalam tulisan padatnya di muka
depan Utusan Malaysia 24/6/01 pula menulis:
>
> "Ucapan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ini adalah yang terbaik (yg
paling baik) sejak 20 tahun pemerintahannya"
>
> Awat tak tulis kata:
>
> "Ucapan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ini adalah yang terbaik (yg
paling baik) sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka!!!"
>
> Ha, kalau tulis macam tu baru la orang nak percaya sikit sebab bukan ada
pun sapa yg masih hidup dari zaman Melaka tu, jadi tak taulah orang nak beza
zaman tu dgn zaman la nie. Ini pi habag kata sejak 20 tahun dulu; bukan kata
cikgu Sejarah kat sekolah anak saya, saya pun boleh habag kata masa mula dia
jadi PM dulu, ucapan dia nampak berisi lah sikit, mengenai agenda
membangunkan negara bangsa dan sebagainya, tapi la nie dok merepek bantai
PAS, Keadilan, hentam orang asing, dok kutuk Melayu, Melayu bodoh, Melayu
malas, Melayu Subsidi, Melayu Haprak etc etc!!
>
> Tu pun, ada juga pemimpin-pemimpin Melayu Baru macam Muhyideen Yassin ini
boleh dok pi angguk kepala kata Baguih. Haprak punya Muhyideen - nak bodek
pun berpada-padalah; buat malu Melayu saja!!
>
> Dalam banyak-banyak ucapan Dr Mahathir tu, saya cuma teringin nak
> sentuh tang sajak "Melayu Mudah Lupa" . Bukannya apa, sajak tu
mengingatkan saya kepada bapa saya yang cukup tebal dengan semangat parti
perikatannya.
>
> Hari tu, masa tengah panas demam p/raya, waktu balik kampung di kala
kami-kami generasi muda ini semuanya cakap tak tapis menghentam Mahathir
kiri kanan, bapa saya menyampuk, kata dia:
>
> "Hangpa ini lupa diri kot, siapa yg tolong hangpa selama ini kalau bukan
UMNO, kalau bukan Dr Mahathir bla,bla,bla!!"
>
> Sebagai menghormati orang tua, saya senyum sajalah sesama saudara satu
generasi itu, malas nak jawab orang tua. Kita cuma bergaduh dengan pemimpin2
UMNO yg ada hari ini bukannya dengan orang-orang UMNO peringkat bawahan
macam ayahanda saya tu.
>
> Entah macam mana, beberapa bulan kemudian, adik saya ditawarkan masuk ke
sebuah IPT tempatan; nah, tengok dia punya surat tawaran, kena bayar itu ini
dengan bayaran entah berapa ekor kerbau untuk satu semester, ayahanda saya
menghubungi saya:
>
> "Nie pak nak habag nie, adik hang dapat masuk U, nak kena pakai RM sekian
sekian banyak"
>
> Kata saya:
>
> "Tak dapat biasiswa ka?"
>
> "Tak dapat"
>
> "Ha, tu la sebabnya ayah, kami lawan Dr Mahathir & UMNO la nie; dulu zaman
kami okaylah ada biasiswa, la nie mana ada dah biasiswa, Pusat2 Matrikulasi
pula habis dok kena korporat, nak masuk U nak kena bayar ribu-ribu, mana
orang kampung nak cari duit nak hantar anak masuk U. Sedangkan duit biasiswa
itu adalah duit royalti politik untuk anak-anak Melayu iaitu sebahagian drpd
hak2 istimewa org Melayu yg ditukarkan dengan IC Biru kpd bukan Melayu,
untuk syarat mendapatkan kemerdekaan hari tu. Macam tu pun ayah masih nak
sokong Dr Mahathir lagi; pemimpin2 UMNO kat
> atas sana bukan peduli dah pun dengan nasib kita kat bawah nie, yg depa
kira nak penuhkan tembolok depa saja, bla, bla,bla!!"
>
> Tak kata apa ayahanda saya; tapi sebab tanggungjawab saya sebagai
> abang, terpaksalah juga saya tolong mana yang mampu w/pun terpaksa ikat
perut untuk memastikan adinda saya dapat menjejakkan kaki ke bangku
Universiti. Selepas itu, ayah saya dah mula kurang retorik parti
Perikatannya. Walaupun dalam p/raya lepas beliau memangkah UMNO, tapi hari
ini saya lihat jiwa UMNOnya, semangat juang parti Perikatannya dah makin
luntur.
> Apabila kami rancak bersembang mengenai projek billion billion Dr
> Mahathir di Putra Jaya dsgnya, ayahanda saya lebih banyak mendiamkan diri
daripada berbicara, paling kuat pun beliau akan bangun, tak kata apa,
kemudian start engine motor terus ke rumah sahabat2 nya yg berhampiran.
>
> Sesungguhnya, orang-orang Tua seperti ayahanda saya tak pernah lupa jasa
UMNO, dan anak-anaknya ini pun tidak pernah lupa sumbangan orang-orang yang
terdahulu; yang lupanya ialah Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO hari
ini.
>
> Mereka lupa bahawa budak-budak kecik yang baru belajar ABC di kala
pemimpim-pemimpin ini mula merangkak di gelanggang politik; kini budak-budak
itu sudah pun besar panjang, dan besarnya mereka adalah di celah-celah dunia
ketuanan Melayu yang begitu haru; kalau dulu misalnya tanah-tanah bendang
Melayu hampir mencecah tapak Jambatan Pulau Pinang hari ini, tapi kini
tanah-tanah bendang tersebut dan kampung2 tradisonal Melayu sekitarnya sudah
pun berganti dgn rumah2 kedai - yg pemilik Melayunya
> bertuah kalau boleh ditemu.
>
> Tumbuhnya kilang-kilang industri memang baik untuk pembangunan; tapi
pembangunan apa namanya kalau majoriti Melayunya cumalah sebagai operator
pengeluaran, Makcik/Pakcik Janitor dan Pak Guard Kilang sedangkan yang
memegang jawatan pengurusan 90% nya adalah orang-orang depa.
>
> Bagi sedikit jumlah anak2 Melayu yg berjaya mengisi 10% jawatan
> pengurusan itu, mereka tertanya-tanya:
>
> "Kenapakah dalam keadaan anak-anak Melayu, lulusan professional yg masih
belum pun dapat mengisi 30% target Dasar Ekonomi Baru ini, tiba-tiba
BIASISWA untuk org Melayu ditarik balik; dan secara ironiknya pula dlm masa
yg sama the so called pempimpin-pemimpin Melayu ini pula melalui
proksi-proksinya menggalak dan melibatkan diri dengan begitu giat mengaut
keuntungan melalui Kolej/Universiti Swasta - sedangkan kita semua
> tahu hampir 100% lulusan kolej2 swasta adalah orang2 depa"
>
> Mengenepikan faktor PAS, faktor Anwar Ibrahim dan faktor campurtangan dlm
bidang kehakiman; ketidakpuasan terhadap tindakan pemimpin-pemimpin UMNO yg
lebih mementingkan kepentingan tembolok peribadi daripada perjuangan
memartabatkan bangsa dan agama, adalah antara sebab utama kenapa generasi
muda hari ini khususnya golongan professional berpaling arah meninggalkan
UMNO.
>
> Sesungguhnya kami tak pernah lupa sejarah, yang lupa adalah
> pemimpin-pemimpin UMNO.
>
> -Barakuda-
>
>
>
> Free email addresses helping endangered species every time you write
> http://www.purpleturtle.com
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>