*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Tadi masa drive dari Tanjung ke Bayan Lepas, baru saya dengar petikan ucapan Mahathir 
yang menghina Melayu. Diulang-ulangnya "Melayu Mudah Lupa" berkali-kali sampai dengar 
macam orang tak berapa betul. Atau penyajak yaang syok sendiri.

Lepas tu, dikatanya pula bahwa dulunya Melayu ni hamba, bodoh, haprak, dan lain-lain 
sifat yang hina dan menghinakan. 

Masa dengar tu, hati saya merasa agak bengang mengenangkan betapa orang spt ini mahu 
dianggap wira Melayu? Wira apa itu bila cuba menghina orang yang dipimpinnya dengan 
mengatakan mereka dulunya bodoh, haprak, hina, dll.

Saya berpendapat, Mahathir sengaja membangkitkan kehinaan Melayu dahulu supaya Melayu 
sedar bahwa tanpa dia dan tanpa UMNO Melayu akan masih bodoh, hina, haprak, dan 
sebagainya.

Namun, sedarlah wahai Mahathir. Yang memuliakan Melayu bukan anda, bukan UMNO. Tetapi 
ketakwaan kepada Allah subhanahuwataala.

Melayu tak memerlukan lagi ketua yang sanggup menghina mereka semata-mata mahu 
menjatuhkan jatidiri mereka sekaligus menentukan mereka terus menyokong UMNO. 
Sebagaimana yang dilakukan oleh Inggeris dahulu bilamana mereka menuduh Melayu malas.

Maka, dari ucapan mahathir yang terakhir dan mengguris hati ini, sudah terang dan 
nyatalah bahwa Mahathir sedang membawa UMNO sedang menuju ke kuburan, insyaAllah.

Wassalam.

****** Original Message ******
From: Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Mon 06/25/2001 09:29 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Bicara Politik: Ulasan Sajak PM
>
>Assalamualaikum,
>
>
>
>Minggu ini, membaca mana-mana akhbar arus perdana atau pun
>menonton mana-mana saluran TV Perdana, tidak dapat tidak, mau
>tak mau, kita terpaksa juga menatap wajah atau pun kata-kata
>petikan ucapan Presiden UMNO yang kemudiannya disusuli dengan
>ucapan sokongan dan segala puji-pujian yang tidak terhingga
>hebatnya untuk sang Presiden.
>
>
>
>Tak perlu diulaskan apa yg diucapkan oleh Dr Mahathir kerana
>beliau sendiri mengakui yang beliau sudah pun hilang modal, dah
>tak tau dah nak cakap apa, pusing pi pusing mai cakap benda tu
>juga. Ini bukan saya yg kata, tapi Dr Mahathir sendiri yang
>mengaku:
>
>
>
>"Sudah 19 kali saya buat ucapan pembukaan UMNO ini. Idea baru
>nak cari cukup susah tapi alhamdulillah last minutes dia datang
>juga, dan saya harap ucapan saya ini dapat difahami oleh kita
>semua"
>
>[Berita Minggu 24/6/01]


:) 
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet' 
__________________________________________________________________
TheMail.com - Full featured premium email you can count on.
Sign-up today at http://www.themail.com/






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke